AKU DAN AL QURAN....(Bhgn 1)
Salam Nuzul Quran untuk semua....
Sempena menyambut Nuzul Quran hari ini, aku tuliskan kenangan aku bersama Al Quran ...Agak panjang sedikit ..hanya sekadar mengimbau kembali kenangan aku mempelajari/bersama Al Quran dari kecik hingga sekarang (agak panjang penceritaannya...arap tidak boring untuk membacanya bagi yang singgah di blog yang tidak seberapa ni...) Ilmu Allah SWT sangat luas sebenarnya....semakin dipelajari semakin kerdil rasanya ilmuku, semakin banyak lagi rupanya aku tidak tau ...Moga aku istiqomah menuntut ilmu ini selagi masih dipinjamkan nyawa oleh Allah SWT ...Lagi dan lagi...dan lagi...hingga ke hujung hayat ..
Catatan ini juga sebagai inspirasi kepada anak2 muda ... Ingatlah MASA ITU ADALAH EMAS YANG TAK BOLEH DIULANG .... Ambil kesempatan pelajari ilmu Al Quran selagi kita masih di alam kehidupan yang hanya sementara ini....
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
"Ya Allah berikan aku peluang untuk mempelajari apa yang aku belum ketahui , Kurniakan kami kefahaman Para Nabi, hafazan Para Rasul, dan ilham Para Malaikat. Kurniakan kami kesihatan dan permudahkan urusan kami wahai Tuhan Yang Maha Pengasih"
Aamiiin...Aamiin...Aamiiin Ya Rabb....
Alhamdulillah...aku dilahirkan dalam keluarga yang boleh membaca Al Quran...Datuk ku seorang guru Al Quran di kampung kami dan mengajar anak2 di kampung..Secara tidak langsung kami belajar bersama2 ...(utk makluman masa tu aku hanya masuk sekolah Agama selama setahun saja...tak tahu pasal apa...)... Memang sejak kecik keinginan ingin belajar Quran ada dalam diriku... selepas datuk meninggal dunia.. ayahku jadi penyambung guru Quranku...Pada masa dulu kami belajar Muqaddam ..Abis Muqaddam baru bule pindah ke Alquran...
Memang seronok belajar Quran beramai-ramai....orang datang rumah satu bulatan besar di buat ditengah2 rumah...kami bergilir2 akan dipantau bacaannya...banyak kenangan manis dan ada juga yang sampai nangis2 kalau kena marah..salah baca la dan tidak diingat... Dulu2 aku belajar Quran...sekadar kenal huruf, tau bunyi/makhraj, tau hukum sedikit sebanyak, tau baca.. mana yang dibunyi jelas, bunyi dengung, panjang pendek sebutan, huruf qalqalah ..dll... dan Alhamdulillah aku direzekikan dapat abis Quran awal dan khatam sewaktu aku masih darjah lima lagi...
Walaubagaimanapun, aku bersama Quran.. ON & OFF orang bilang ...kadang2 baca..kadang2 tidak..sehinggalah aku bekerja di TM...dan ada peluang belajar lagi ilmu Al Quran dengan Tn. Hj Masri (pada masa tu GM Petronas Sabah..kalau tidak silap)...sesekali beliau diganti oleh Ustaz Murad (bekerja di Jabatan Tanah & Ukur masa tu).....kami belajar masa lunch hour...Pelajaran kami lebih kepada talaqqi...kami disuruh baca dan ditegur kalau salah...Alhamdulillah...aku dapat tambah ilmu tajwid ku masa tu dimana penerangan terperinci berkenaan tajwid telah diajar kepada kami...Yang paling aku ingat bila sekeping kertas A4 yang diletak dekat bibir oleh Ustaz Murad ..untuk mengenal pasti sebutan iqlab sebenar... Alhamdulillah Ustaz Murad tekun mengajar kami dan kami juga tekun belajar sehinggalah kami khatam Al Quran beramai-ramai.. satu Majlis yang agak besar..dan dikhatamkan oleh Datok Hj Mokhtar Rapok..Imam yang tidak asing lagi di Negeri Sabah....
Selepas tu..aku dan Al Quran ON & OFF lagi....hmmmm..sehinggalaa aku berumah tangga dan beranak pinak...dari anak kecik hingga anak besar..remaja..Masa terlalu cepat berlalu ..Ya Allah ampunkan segala dosa dan kesalahan ku...yang aku sedar dan tidak disedari meninggalkan Quran begitu sahaja....Masaku terbuang begitu sahaja....
Apa2 pun Allah swt mengetahui setiap perjalanan setiap makhluknya...Perancangan Allah la yang terbaik...Pada tahun 2013 melalui facebook (FB), aku ternampak POST dari kawan lama (schoolmate dari darjah 1 hingga tkt 3) - Hj Nordin Hj Lossin dimana beliau tengah giat mengadakan kelas Asas Sistematik & Praktikal Mempelajari Ilmu Tajwid di sana sini...Dengan keinginan dan perasaan yang mahu tahu, apa sebenarnya diajar..aku & beberapa kawan membawanya ke TM untuk belajar dan buka kelas sekali lagi....
Alhamdulillah teknik yang diajarnya mudah difahami bagi mengingat nama2 hukum tajwid...Macammana nak kenal Hukum Nun Mati, Hukum Mim Mati melalui simbol....dan beberapa lagi hukum tajwid..yang sebelum ini akupun tidak tau macam mana nak terangkan pada orang lain macam mana nak kenal izhar, iqlab, ikhfa syafawi dll sekiranya ada yang bertanya...hanya tau baca sahaja...sehingga aku dapat ringkaskan seperti ini...Moga gambarajah ini dapat memberi manfaat .....
Selain belajar tajwid, dia telah beri beberapa tazkirah..berkaitan dengan surah2 amalan harian seperti Al Mulk, Sajadah, Waqiah dll...yang sebelum ini memang dah tahu tetapi tiada usaha untuk cuba menghafal surah2 tersebut.. Dengan hanya bertemankan CD yang dimainkan dalam kereta sepanjang perjalanan pergi & balik kerja ...Alhamdulillah pada mulanya dah boleh ikut qari yang membacanya..sehinggalah dah dapat hafal beberapa surah amalan harian tanpa tengok Al Quran ...Alhamdulilah syukur ke hadrat Allah swt...Perancangan Allah la yang terbaik .....Maka nikmat Allah manakah yang mahu kita dustakan?... Semenjak dari itu....aku dan Al Quran ON lagi....Alhamdulillah....
Selepas itu, ada suatu ketika, semasa Program Usrah yang diadakan setiap 2 kali Jumaat di pejabat , ustazah jemputan masa tu Ustazah Azwa Ahmad memperkenalkan Program "10 bacaan qiraat Al Fatihah.."..anjuran Al Baghdadi Group Sabah yang akan diadakan tak lama lagi...Dalam fikiran teringin nak tahu..apa tu sebenarnya?????...Ya Allah ...alangkah cetiknya ilmu aku...istilah QIRAAT pun tak faham...terasa macam kerdil sangat...Tanpa berfikir banyak terus join program tu.....
Bersambung ke entri seterusnya ya....dah panjang ni.......