Wednesday, August 26, 2009

Besi/wayar belum dapat ditanggalkan

Hari ini, kali kedua kami ke Hospital QEH bagi tujuan untuk menanggalkan besi/wayar di tangan Hadif tetapi malangnya, sekali lagi kami dimaklumkan oleh doktor pakar bahawa tulangnya masih belum berapa sambung lagi setelah lihat keputusan X-ray beliau. Risau juga tengok Hadif masih berkeadaan begitu. Dah sebulan lebih tak pergi sekolah sebab yang patah adalah tangan kanannya. Ini kena jumpa lagi 2 minggu dari sekarang.. Harap2 sebelum Raya dapatlah dibuka...


Kerana kerisauan tu, aku cuba cari2 di internet kot2 ada petua bagi untuk mempercepatkan sembuh patah tulang ni .. dan aku dapat satu petua yang dikongsi oleh BONDA seperti berikut


"Ayat 78 dan 79 surah Yaasin tu maksudnya macam nie..
[78]Serta ia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu), dan ia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil ia bertanya: “Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu?”
[79]Katakanlah: “Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya; dan Ia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya);

Khasiat ayat ni diberikan oleh penceramah Dr Fatimah Zahra.. orang Arab yang kahwin orang Kelantan tu..

Caranya.. sediakan air..bacakan surah Yaasin dari mula sampai akhir, 2 ayat di atas diulang 3 kali. Bacalah dengan penuh harapan agar Allah akan menyembuhkan si pesakit tadi.
Air tu buat minum dan sapu ke tempat sakit dalam keadaan sehala ke bawah. Amalkan selalu. InsyaAllah.. dengan amalan tadi mudah-mudahan dapat menarik rahmat Allah utk sembuhkan pesakit.

Sebenarnya, apa-apa kesembuhan pun dari Allah. Ikhtiarnya ada macam macam cara. Tengoklah mana yang sesuai dengan kondisi pesakit dan gerak hati kita yang mengusahakannya. Ape pun.. ikut pengalaman lepas.. kalau selalu beristikharah.. kita tidak akan menyesal dengan apa pun keputusan yang kita buat… sebab ianya di pandu oleh Allah.
Petua BONDA"


Insya Allah, akan ku ikut petua ni moga Hadif cepat sembuh dan besi tersebut dapat dikeluarkan 2 minggu akan datang.. Amiin...

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan 1430 Hijrah

Kepada kawan2 dan para pengunjung blog yang beragama muslim selamat menyambut bulan Ramadhan 1430H pada tahun ini, moga segala amalan dan ibadah kita diterima di sisi Allah SWT.

Friday, August 14, 2009

Q'Dees Sports Day 2009

Walaupun ada perasaan bimbang/risau juga bila mengikuti perkembangan terkini penularan wabak H1N1 di seluruh dunia termasuk Malaysia dan tidak terkecuali Sabah, tapi kami pergi juga Sports Day sekolah Yati minggu lepas. Apa nak buat kan, program sudah diatur...
Tawakal sajalah ..

Sama2 lah kita berdoa, moga wabak ini dapat dibendung oleh pihak2 berwajib termasuk diri kita sendiri. Ikut sahajalah apa yang disarankan demi menghalang penularan wabak ini. Kalau ikutkan hati risau juga bila dapat tahu bilangan orang yang dikesan positif H1N1/ bilangan yang masuk ICU /bilangan yang meninggal meningkat saban hari. Tapi apa nak buat, kita kena sentiasa mengikut perkembangan ini demi kebaikan semua...

Di bawah antara gambar2 Yati yang sempat diambil masa tu ....

Yati bersama kawan2 sekelasnya En-Wright Brothers.....


Ini gambar selepas terima hadiah ....



Posing depan banner ...........



Dan ini acara mama menemani anak masing2 ...Seronok juga lah....

Sunday, August 2, 2009

Pentas Pilih Kasih

Semalam aku sempat tengok Pentas Pilih Kasih episod ke 9. Setakat ini aku hanya sempat menonton 2 episod dari awal rancangan hingga tamat di TV. Almaklum, ada saja perkara yang menyebabkan aku tak tertengok rancangan ini tiap malam minggu. Walaubagaimanapun, episod yang lain tu ada juga aku tengok melalui web site http://www.hypp.tv/, sekiranya aku ada kesempatan masa. Ada beberapa lagi lah episod yang belum sempat aku tengok.


Semalam bertemakan Bolywood VS Malaywood. Terhibur jugalah. Pengkritik jemputan adalah Ahmad Idham. Sepanjang aku tengok rancangan ini, aku tengok para pengkritik memang mengkritik secara terus terang...Kalau yang tak bagus tu, memang diurang akan cakap tak baguslah. OK jugalah kepada para peserta demi memperbaiki hasil lakonan mereka pada masa2 akan datang. Bagi tugasan monolog, yang aku nampak hanya beberapa peserta saja yang betul2 menjiwai, ekspresi muka yang berubah mengikut dialog, posture tubuh yang betul dan lontaran suara yang penuh keyakinan..iaitu bagi monolog yang kedua dimana pesertanya adalah Kahfie, Wanina Zaki, Sofian Bujang dan Zulin Aziz (..aku dah mula mengenali diurang ni)..Aku rasa Rosyam Nor memang ada sebab kenapa Zulin masih terselamat walaupun dah 6 kali (termasuk semalam) di kedudukan 3 terbawah ......Chewah..macam pandai ja aku ni kan..Bagi cereka pendek, rupanya ada 2 cereka pendek yang bersambung2 iaitu yang pertama diarah oleh Along Kamaludin yang bertajuk Mangsa dan yang kedua oleh siapa ntah ..(maaf lupa..) yang bertajuk Pemburu. Semalam diurang gabungkan kedua2 nya sekali dan dipanggil Mangsa Pemburu. Bila aku tengok cereka ini, aku rasa kesian bebudak tu, macam sengsara ja nampaknya..Tapi tak apa lah kan, sebagai pendedahan kepada diurang juga nanti. Di sini, ada beberapa peserta juga yang aku nampak yang menonjol. Bagi tugasan ke tiga iatu Teater Muzikal yang diarah oleh Erma Fatimah pula ...Aku rasa dalam tugasan ini, ramai yang menonjol dan aku terhibur bila menontonnya. Setakat yang aku tengok (di TV atau melalui internet), semuanya teater muzikalnya best2lah. Antara lain adalah Batu Belah Batu Bertangkup, Tranformasi dan Azura...


Bagi aku, peserta yang berpotensi adalah Wanina Zaki, Zulin Aziz dan Sofian Bujang. Aku suka dengan karektor mereka ni. Bukan yang lain tu tak berpotensi cuma kureng sikit dari diurang bertiga ni. Memang 20 peserta yang dipilih dalam program ni memang ada bakat tersendiri dan perlu digilap lagi dengan menambahkan ilmu2 lakonan serta perlukan pendedahan lagi ...

Sempena Perkahwinan Ameng 24 - 26 Jul 2009

Ini gambar diurang 4 beradik khatam Al Quran pada 24 Jul 2009.

Sempena perkahwinan Ameng juga, sepupuku (Ahmad Asir) sempat menyiapkan klip video beliau yang sedang menyanyikan lagu bajau dan difahamkan juga ianya akan disiarkan di saluran 180 Astro (kalau tidak silap....)selepas hari raya nanti .... Tunggu .....



Seperti biasa acara malam bebedak, bapa dan emak aku sedang merenjis pengantin ....



Ni gambar2 semasa tiba dan selepas akad nikah di rumah pengantin perempuan...



Antara pose yang menarik yang diambil oleh husband ku.....



Moga bahagia hingga ke akhir hayat ....Amiin .....

Gambar Hadif


Inilah gambar Hadif yang aku sempat ambil sehari selepas keluar dari hospital. Pada hari Ahadnya pula, anak sepupu aku melangsungkan perkahwinan, jadi dia tidaklah dapat pergi, dirumah ja lah ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...