Friday, July 24, 2009

Hadif pula yang masuk Hospital Likas ..

Sebenarnya, aku tak terfikir malah tak terbayangpun, akan menjejaki sekali lagi Hospital Likas bahkan akan masuk sekali lagi bilik Operation di Tingkat 3 di hospital itu. Bilik yang amat mencemaskan semasa menunggu. Tapi apa nak buat, itulah ketentuan atau Qada dan Qadar Allah SWT yang perlu kami hadapi dan harungi sebagai dugaan dan cubaan. Dan ini juga sebahagian dari ragam hidup kita yang perlu kita tempohi dengan hati yang tabah dan memerlukan kesabaran yang tinggi.

Tanggal 20 Julai yang lalu lebih kurang jam 5 petang, sekali lagi aku dikejutnya dengan panggilan telefon dari husbandku yang menggatakan, "Yati jatuh di sekolah kena bawa ke hospital , mungkin tangannya terseliuh atau patah, kita kena balik cepat". Wah terkejutnya aku masa tu. Terbayang beberapa kes kanak2 tadika jatuh di sekolah ni. Nauzubilllah min zalik..Itu saja dalam ingatanku, moga kecederaannya tidaklah teruk sangat. Tanpa berlengahkan masa, aku terus ja balik. Dalam perjalanan balik, aku sempat menghubungi sekolah Yati bertanyakan berkenaan keadaannya. Walaubagaimanapun, penjaga di sana cakap Yati OK saja dan telahpun diambil oleh husbandku. Tidak terfikir pula anak aku yang lain. Sampai di bawah, terkejutnya aku, Yati ada dalam kereta . Di situ baru husbandku cakap yang jatuh adalah Hadif bukannya Yati. Mungkin aku tersalah dengar agaknya ...


Bah bila saja aku dengar Hadif yang jatuh, lain lagi kerisauan ku sebab sebenarnya, Hadif ni baru saja jatuh dari tangga di rumah hari Sabtu sebelumnya. Tapi taklah teruk sangat ada lebam sana sini saja. Kami tengok OK saja dia masa tu, jadi kami tak lah bawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Bila dengar dia jatuh lagi, aku terfikir adakah dia pening2 menyebabkan dia jatuh...atau disebakan masalah lain. Kalau ikut Hadif ni tidaklah tergolong dalam budak2 nakal yang suka panjat sana sini, lari sana sini. Dia ni innocent ja orang nya .. Begitu jugalah cikgu2nya cakap..Jadi aku agak mungkin disebabkan kesan dia terjatuh di rumah...Dalam perjalanan pulang, aku sempat call cikgu nya untuk dapatkan keterangan lanjut, handphone pun tak berhenti berbunyi, call dari kakak, adik dan lainnya ... Sampai ja kami terus ke Hospital Tuaran dimana dia telah di bawah ke situ oleh cikgu2 sekolahnya dan ditemani oleh bapa dan emakku. Setelah di X ray, disahkan 2 tulang tangan kanannya patah dan perlu rawatan lanjut di Hospital Likas.


Malam tu juga, kami ke Hospital Likas dan terpaksa bermalam lagi dengan kedinginan yang amat sangat sebagaimana kami menjaga Yati tempoh hari. Seperti sebelum ini, hanya aku yang menjaga di atas manakala husbandku akan menunggu di bawah. Keadaan Hadif malam tu, OK saja, dia taklah rasa sakit sangat sebab dah disimen separuh tapi dia kena berpuasa juga bermula jam 2 pagi. Pada keesokan hari nya, sebelum di operate , doktor memaklumkan kami bahawa ada dua cara diurang akan buat samada cuba tarik sahaja terlebih dahulu dari luar untuk memperbetulkan kedudukan tulangnya ataupun kena masukkan besi atau wayar ke dalam tangan sebagai sokongan. Hadif masuk ke bilik operation lebih kurang jam 10:45 pagi dan juga ditemani oleh aku seorang saja seperti juga sebelum ini. Walaubagaimanapun, Hadif taklah macam Yati yang meronta2 semasa kena bius, Hadif nampak macam rileks sahaja cuma air matanya sentiasa mengalir, agaknya takut melihat berbagai peralatan dalam bilik operation tersebut disamping beberapa nurse dan pakar bius yang lengkap dengan pakaian mereka. Bila saja nampak air matanya, aku pun rasa macam sedih sangat melihat keadaanya macam tu...Menitis juga air mata ku..

Setelah dia tertidur, baru aku keluar sekitar jam 11 pagi. Masa ni lah yang aku tak suka, menunggu berseorangan tanpa ada husband atau keluarga lain yang boleh menunggu sama di dalam bilik sejuk dan aku hanya mengira detik2 dan saat2 bila operasi akan selesai. Apa nak buatkan, inilah prosidur yang perlu kita ikuti. Disamping itu aku hanya berdoa dan bertawakal pada Allah SWT, semoga ianya akan berjalan dengan lancar tanpa ada perkara yang tidak diingini berlaku. Selepas satu jam menunggu, belum ada tanda2 ianya kan tamat. Doktor2 dan nurse2 yang terlibat dalam operasi tersebut, belum juga kelihatan dan muncul di luar. Hanya tuhan saja yang tahu masa tu ... Masa ni, OK sedikit sebab ada beberapa parent juga sedang menunggu anak2 mereka dalam bilik operation. Jadi kami sempat berbual2 dan ini mengurangkan rasa kerisauanku. Walaubagaimanapun, mereka lagi dulu keluar dari aku dimana anak2 mereka dah selesai operasi. Tinggallah aku berseorangan. Tak lama kemudian baru ada seorang lagi masuk menemani anaknya masuk.


Sekitar jam 12:45 pm, baru ada doktor maklumkan kepadaku bahawa mereka terpaksa juga guna alternatif kedua dimana mereka masukkan 2 "K wayar" sebagai sokongan kepada tulang tangan anak aku. Tulah ianya memakan masa yang agak lama baru operasinya selesai. mendengar penjelasannya dia cakap diurang sedang menjahit ..agaknya lah tu..Jam 1:05 pm baru aku terdengar, suara nurse memanggil2 namanya untuk menyedarkan Hadif .. Masa ni aku risau sangat sebab tak dengarpun suara Hadif menangis kah, teriak kah, macam Yati dulu.. Aku tengok di luar sana, husbandku juga pusing sana, pusing sini ..risau juga agaknya....Lebih kurang 15 minit lepas tu, baru Hadif dikeluarkan dari bilik operation. Walaubagaimanapun, dia masih belum sedar betul lagi. Aku hanya mengikuti ke kawasan dimana dia di tambahkan oksigen dan memanaskan badannya. Lama juga kami di situ, dia tak juga sedar betul .. Aku difahamkan, memang begitulah keadaanya, ada anak yang lambat sedar dari kesan bius...Sampai aku menampar2 kecil mukanya, baru dia bergerak sedikit. Bila dia sedar sedikit barulah kami di keluarkan dari situ lebih kurang jam 2 petang dan dibawa ke bilik wad.

Selama 3 hari 3 malam kami di situ, lagi lama dari masa Yati dulu dan aku terpaksa cuti hampir seminggu juga. Alhamdulillah sekarang dia sedang bercuti agak lama untuk ke sekolah. Kami cuma dapat kuatkan semangatnya supaya bila dia dah sembuh betul baru boleh pergi ke sekolah. Sebenarnya Hadif ni tak suka ponteng sekolah walapun dia sakit. Kesian juga tengok, tapi apa nak buat kan. Sekarang dia dah boleh menerimanya. Itulah kan, kita hanya merancang tetapi Allah SWT yang menentukan segalanya.

Sekali lagi terima kasih kepada para doktor2 terutama pada Dr. Che Ismail, Dr. Shamsul, staff nurse Salimi, nurse2 dan semua kakitangan di Wad Melur Hospital Likas atas keperihatinan dan bantuan kalian sepanjang Hadif di situ.

1 comment:

CikSembang said...

sabar jelah sal.. dugaan ni memang macam2.. kita bersyukur dgn dugaan ni .. semoga dugaan lain yg datang tak sebesar mana

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...