Monday, October 5, 2009

Ulang tahun Yati ke 6 tahun

Pada 29/09/2009 (cantik tarikh ni kan....), genaplah umur Yati ke 6 tahun. Seperti tahun lepas, dia sambut ulang tahunnya dengan kawan2 sekelas di sekolahnya sahaja. Lagipun tahun depan dah masuk darjah satu, jadi kami biarkan saja dia raikan di sekolahnya tahun ni. Ni antara gambar2 yang sempat diambil oleh cikgu kelasnya.
Bersama kawan2 perempuan.. Dia senyum serba tak kena pasal dah tak ada gigi, atas dan bawah (gigi kekal dah nak tumbuh) ....he..he..he


Ni, dengan budak lelaki pula....Agaknya terlalu ramai kalau diambil sekali, tu lah pasal ada 2 versi ...

Birthday girl ngan kek serta hadiah2 dari kawan2 nya....

Suasana dalam kelas ....tengah menikmati juadah yang ala kadar ja aku buat ....Mana yang sempat ...

Yati cakap, masa ni kelas komputer .... Cikgu ada di depan lah tu....


Kesian pula tengok kakak2 dan abangnya. jadi petangnya, aku sediakan juga kek untuk mereka sama2 raikan ...

Sibuk membuka hadiah2 yang diterima hari tu....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...