Tuesday, June 2, 2009

Cuti Pesta Menuai dan cuti sekolah....

Minggu lepas, Sabah cuti Pesta Menuai 30 dan 31 Mei .. So hari Isnin, kita orangpun cuti gak lah..tapi walaupun cuti anak aku terutama Miza padat juga jadualnya pada minggu pertama cuti sekolah ni. Mana tidaknya, sekolah diurang adakan kelas bimbingan hingga jam 11:00 pagi. Lepas tu kena bekejar ke Tuaran untuk mengikuti kelas gantian tusyen yang tidak dapat diadakan pada 13hb Jun, ni hingga jam 1:00 petang. Lepas tu nanti, kelas membaca Al Quran juga terpaksa diadakan waktu siang memandangkan ustazah diorang tak boleh mengajar waktu malam pula. Waduh, bukan cutilah namanya....Fikir punya fikir dan ambil kira siapa nak hantar diurang dari sana ke sini (almaklum, aku dan husband kena ke KK juga - aku memang terpaksa bekerja dalam minggu ni sebab dah ramai staff ambil cuti termasuk bos, so tak boleh ambil cuti), dengan itu terpaksalah anak2 aku belajar membaca Al Quran di rumah ja lah. Siang belajar dengan parents dan nanti malam kami yang ajar ... Sebenarnya, boleh juga kita nak mengajar tetapi tahulah anak2 sekarang kalau bergantung hanya belajar di rumah ni, ada saja alasan diurang....Itulah pasal disamping belajar di rumah , kami terpaksa cari guru lain juga ......bikin tambah2 orang bilang...
So hari minggu lepas, memandangkan diurang Miza dan Nisa tak ada kelas tusyen, aku dan husband bercadang bawa diurang jalan2 ke KK ja sebab dah lama tak bawa diurang ni..Yalah setiap weekendpun ada saja urusan termasuk tusyen hujung minggu dan kadang2 ada undangan kahwin, kenduri dll. Tak kemana pun, cuma nak bawa diurang round2 kat 1Borneo, tempat diurang suka lepak...Lepas makan tengah hari di rumah, kita orangpun jalan, dan sampai saja ke kawasan 1Borneo, waduh banyaknya orang plus kereta park sampai di luar....di dalam pun dah full parking, mau tidak mau terpaksa kami ke Likas ja lah iaitu ke rumah mak mertua. Terpaksalah kami memujuk anak2 sebab nenek diurangpun tak berapa sihat untuk berjalan lagi, so kena jengok2 selalu...At last diurangpun setuju dan kamipun beli lah apa2 makanan untuk di bawah ke sana...
Balik dari Likas, anak2 aku masih nak bawa jalan2..tapi bila masuk bandar..waduh, kereta blok sana sini lagi....agaknya ada function sempena Harvest Festival ni.. At last, aku cadang gi ke CityMall tengok buku. Di sana OK sikit tak banyak kenderaan...Kamipun ambil masa beberapa minit, masing2 nak cari buku yang nak dibeli.....Selepas anak2 membeli apa buku diurang mau, ternampak pula Novel "Ayat2 cinta" ..Terfikir sejenak, ...ini kah novel yang Ain pernah cerita dalam blognya ya..Apa lagi, atas dasar nak tau isi ceritanya akupun belilah plus satu buku resipi...
Balik dari CityMall, seperti biasa singgah di Masjid Bandaraya, untuk solat Maghrib...On the way pulang, anak2 aku bawa singgah juga ke 1Borneo ... Makan kat situ dan jalan2 jap baru kita orang balik ... Letih jugak lah...Anyway, anak2 seronok ....
Minggu depan, aku punya turn cuti tapi aku tak tau nak ke mana ya, sebab Miza masih dengan kelas bimbingan di sokolah hingga jam 11:00 pagi... Dan satu lagi masalah yang mungkin kami terpaksa hadapi dimana amahku nak terminate servicenya dan memandangkan passportnya pun akan habis bulan Julai ni dan dia mungkin tak mau sambung pass kerja... Masalah lagi ni ..mana nak cari pembantu lain , emakpun kurang sihat lagi .........
Tidak apa, fikir kemudian......

2 comments:

Nurain said...

wah! Sal pun beli Ayat-ayat Cinta... saya gerenti Sal mesti suka ceritanya... belum dgr lagi org baca kata tak suka... nanti jangan lupa beritahu saya pendapat Sal lepas habis membacanya ya.

Selamat bekerja dan bercuti... Saya pun tak cuti minggu ni... maybe next week kot..

salsbh said...

Ya lah Ain, Sal tengah baca sekarang ni dah separuh agaknya...

Tak tahu lagi apa penghujung cerita, tapi setakat ini bestlah ceritanya banyak pengajaran dan maklumat yang perlu kita tahu dalam mengharungi kehidupan yang sementara ini.. dan memang susah nak cari orang macam "Akhl Fahri" tu pada masa ini kan.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...