Semalam kami ke Imigresen minta pandangan tentang masalah pembantu rumah kami yang hendak pulang juga ke Indonesia hujung minggu ini tetapi pas kerja akan tamat awal bulan Julai. Selepas meneliti beberapa pandangan dari beberapa kakitangan di Jabatan Imigresen, maka satu keputusan perlu kami buat.
Kami juga terpaksa memujuk pembantu rumah supaya beliau hanya mengambil cuti sahaja dan perlu balik ke sini hujung bulan Jun. Kalau difikirkan agak susah sekarang ni nak cari pengganti dan kami memang amat memerlukan pembantu disebabkan anak2 masih kecil dan parents tak berapa sihat. Selepas persetujuan beliau kami terpaksa juga suruh buat medical check up supaya nanti bila dia balik ke sini tinggal nak urus pembaharuan pas kerja ja. Keputusan medical check up pun akan hanya diperolehi sekurang2 nya 10 hari bekerja.
Walaubagaimanapun, risikonya memang ada juga kiranya nanti dia tak balik .... tapi kami hanya pengang pada janjinya ja lah.....Di harap semuanya OK .....
3 comments:
masalah jugak ya tak ada pembantu rumah... sabarlah sementara anak2 sedang membesar...
saya tak pernah ada pembantu rumah. masa anak kecil2 dulu saya hantar nursery je..
Salam..
antara masalah utama ibu2 bekerja..ini sebenarnya menguji kesabaran kita..I've been thru all sort of problems..amah berhenti..amat buat hal..1001 mcm masalah psl amah...tapi tanpa durang susah jugakan..neway, sabar ja la k..so skrg sudah dpt pengganti?
Ya lah Ita...Thanks anyway..Setakat ni lum ada pengganti, So, kena buat sendirilah...Kalau siang tu ada kakak dari rumah sebelah tolong jenguk2kan anak2 & parents...
Post a Comment