Tuesday, February 24, 2009

Kursus di KL

Baru2 ni, aku dan 2 staff (Kak Nor & Kak Yus) gi kursus sehari kat MMC KL. Nak share ngan U all satu gambar, sebenarnya dah beberapa kali aku gi kursus di situ tapi aku tak perasan pun ada pokok ni hah......Tinggi...nyaaa..Macam semua blokpun ada pokok ni...Blok asrama perempuan ja lah yang aku nampak ... Terfikir gak macam mana nak jaga dan maintain hingga tinggi macam tu..


Walaupun hanya 1 hari kursus, sempat gak kami round kat Jalan TAR tu..shopping lah tu....Apa lagi sampai ke malam gak lah..penat berjalan, kita rehatlah jap kat SOGO..Layan je lah yea gambar kita urang yang sampai buka kasut/sandal tu yea....Tapak kaki sudah penat bah.....

Monday, February 9, 2009

Yati dimasukkan di Hospital Likas

Sebenarnya salah satu sebab lambat update blog ni, ialah hari tu Yati telah dimasukkan ke Hospital Likas 2 hari 3 malam. Bukan sakit apa, cuma dia kena operate giginya.

Alkisahnya adalah berpunca ngan sakit gigi ja. Pada mulanya kami fikir sakit gigi biasa dan terkena pula hari Ahad so hari Isnin 12 Jan baru bawa jumpa dentist. Dentistpun tak berani nak cabut pasal dah bengkak. Cuma bagi ubat ja. Keesokan harinya, pipi dah tambah bengkak, so kami bawa lagi ke dentist lain dengan harapan diurang buang nanah yang ada saja. Walaubagaimanapun, dentist tu tak nak tanggung risiko sebab kalau nak cabutpun, dia cakap memang terlalu sakit dan anak sebesar Yati tu memang susah nak dikawal kalau nak cabutpun. Dengan itu, kami dirujuk ke Hospital Likas bahagian pakar pergigian kanak2. Di situ kami dimaklumkan bahawa operation perlu juga dibuat bukan sahaja untuk mencabut gigi yang sakit tapi mereka akan cabut semua giginya yang buruk agar bengkaknya tidak akan berulang lagi. Untuk kebaikan, kami turuti sahaja nasihat doktor pakar pergigian tersebut. Di situ kami terpaksa stay 1 malam sebelum operate disebabkan Yati ada sejarah asma dan pernah masuk wad sebelum ni.

Kenangan di wad ari tu bercampur baur le perasaan. Dah lah kena jaga seorang diri pada malamnya (tak sama ngan swasta), mana lagi kesian tengok anak menahan kesakitan dan terpaksa berlapar beberapa jam , nak kosongkan perut sebelum kena operate. Papanya terpaksa tidur dalam kereta berdekatan hospital kerna tak sanggup juga meninggalkan kami di sana meskipun rumah emaknya taklah jauh sangat ngan hospital tu. Yati masuk bilik pembedahan lebih kurang jam 12.00 tengah hari pada 13 Jan 09. Menurut doktor dan nurse di situ kebiasaannya operation tersebut memakan masa hanya lebih kurang 30 minit ke 1 jam sahaja. Dahlah masuk ke bilik tersebutpun dikehendaki seorang ja yang boleh mengiring dan diurang prefer maknya. Waduh3 bertambah kencang lagi dengupan jantungku. Bermacam2lah dalam fikiran walaupun diurang cakap operation tersebut adalah normal dan kebanyakan orang dah buat. Tapi perasaan sebagai seorang mak tengok anak keciknya dibawa ke bilik operation yang penuh dengan kelengkapan hospital, hanya tuhan sahaja yang tau. Rasanya, waktu aku bersalin 4 anakpun tak setakut dan tak se risau masa tu. Mana lagi bila tengok Yati sebelum dan semasa kena bius, beberapa orang doktor dan nurse terpaksa memegang tangan dan kakinya dan aku hanya boleh mententeramkan saja dan memanggil namanya. Last sekali bila dia dah tak boleh dimasukkan ubat bius melalui cara suntikan, mereka terpaksa guna gas yang dicekup ke mulut. Dalam masa beberapa minit sahaja, lepas tu aku hanya nampak, mata hitamnya naik ke atas dan aku hanya sempat bertanya pada doktor di situ" dia sudah tidur kah tu?". Soalan yang rasanya tak perlu dijawab. Itu cuma untuk menteteramkan diri ja. Selepas itu aku dikehendaki menunggu di luar (di luar bilik pembedahan).... seorang diri lagi. Husband dan mak aku di luar sekali dan tak boleh masuk ke kawasan tersebut. Masa tu hanya tuhan sahaja yang tau apa yang sedang aku fikirkan. Aku hanya menoleh ke arah jam dinding dan mengira masa yang berlalu. Kesejukan aircondpun terasa sangat..Selepas 1 jam menunggu, aku berharap aku sudah terdengar suara Yati menangis, tapi malangnya masih juga senyap sunyi kecuali kedengaran para nurse sedang bergurau senda sesama mereka. Dan pada satu ketika tu ada seorang nurse ni dipanggil dengan segera. Aku cuma terdengar diurang cakap ada masalah sikit....Waduh macam nak jatuh jantungku masa tu. Nak tanya pada nurse yang ada situ, takut pula dengar perkara yang tidak sepatutnya aku dengar. Masa tu aku hanya dapat bertawakal pada Allah moga tak ada perkara yang tidak diingini berlaku. Dan mungkin bila melihat keadaan aku, adalah seorang nurse ni menghampiri aku dan bertanyakan macam2. Dan aku sempat bertanyakan samada dah banyak kes macam begitu dan apa kebisaannya berlaku. Dengan perbualan kami itu, sekurang2nya kerisauan aku dapat dikurangkan dan fikiran aku tidak la tertumpu dengan perkara2 yang tidak sepatutnya aku fikir. Dan akhirnya kira2 jam 1:30 petang baru aku dipanggil untuk duduk di depan bilik pembedahan (sebelum Yati dibawa keluar) dan dari situ baru aku terdengar suara Yati menangis. Barulah lega sikit perasaan aku ni. Masa tu pakar bius beri penerangan sama aku dimana dia cakap, masa operation tadi mereka menghadapi masalah dimana Yati tak boleh bernafas disebabkan terlalu banyak mucus di hidung dengan itu masa untuk bius bertahan terpaksa dipendekkan dan berkemungkinan besar ada lagi gigi buruknya tidak sempat dicabut. Mendengar penjelasan itu, hatiku terus terdetik adakah aku akan melalui saat2 cemas begini lagi nanti??.....Setelah Yati dikeluarkan, dia masih dengan tangisan yang meraung2, dan aku cuma dapat memanggil namanya supaya dia sedar aku sudah ada di situ. Walaubagaimanapun, dia masih separuh sedar masa tu, dan terlelap semula sehinggalah dia di bawa keluar dan masuk bilik wad. Pada petangnya doktor pakar pembedahan gigi kanak2 maklumkan kepada kami bahawa semua gigi Yati yang buruk iaitu 8 batang semuanya telah berjaya dicabut cuma ada 1 sahaja diurang hanya sempat tampal. Barulah lega perasaan kami dimana tidak akan lagi melalui detik2 mencemas dan mendebarkan itu. Walaubagaimanapun, kami terpaksa kena stay juga 1 malam lagi memandangkan diurang mau monitor keadaan Yati, memandangkan dia dah start batuk2 dan takut asmanya pula yang datang. Pada keesokan harinya kamipun balik ke rumah..
Alhamdulillah, semuanya dahpun berlalu dan kami amat bersyukur sekali, semuanya dah selamat. Terima kasih juga kepada semua doktor, pakar bius dan nurse di wad pembedahan pergigian kanak2 Hospital Likas terutama Dr. Chong, Dr. Lynora, Dr. Jane dan seorang lagi doktor (tidak ingat nama sudah) diatas keperihatinan kalian. ....Dan oleh kerana itu juga, aku terpaksa bercuti satu minggu khusus menjaga Yati meskipun baru sahaja bulan Januari di tahun baru ini.
Moral of the story, ialah kita sebagai mak/bapa kena juga disiplinkan anak untuk jaga gigi diurang. Yalah budak2 ni kan suka sangat makan gula2/cokelat dan makanan manis2. Dah lah tu bila nak gosok gigi macam2 karenah dan alasan diurang tak mau gosok gigi..

Jumpa dengan seseorang....

Selamat ketemu kembali..Lama tak update blog. Sebenarnya ada banyak perkara yang perlu diselesaikan dan mungkin agak sibuk sikit tahun baru ni..Almaklum, tahun baru kena aggresive sikit chewah...

Ni nak share, hari tu aku ketemu aku punya ex classmate semasa belajar di ITM dulu.. dah lama tidak berjumpa rasanya hampir 20 tahun gitu.. tapi masih maintain bah... Pertemuan memang tidak diduga, tidak dirancang dan langsung tak terfikir dapat berjumpa di tempat tu.. Terkejutpun ada...Nak tau siapa dia....Jeng..jeng...jeng....

Inilah orang kuat e-group kami Ex-ITM86-89, Hj Ramlie namanya. Atas usaha beliau lah, kami senantiasa berhubung antara satu sama lain ngan member2 yang lain. Masih kenal lagi bah walaupun dah lama tak berjumpa. Inilah kebaikan adanya kemudahan internet sekarang ni. Seolah2 selalu gak jumpa..Walaupun jumpa sekejap, dapatlah kami sembang2 dan tanya khabar masing2. Ini pula gambar kita orang sama-sama tengah makan...

Jumpa di mana yea....??????
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...