Friday, October 21, 2011

Rawatan Penyakit

Lama benar rasanya tidak buat ulasan buku dalam blog ini kan....Bukan apa, ada gak buku di baca tapi bila dah habis baca tidak ada mood pula mau update blog masa tu ...Bila ada mood nak update blog, terlupa pula isi2 penting yang melekat dihati time baca buku ... Tapi tidak apa , ni kali aku update ja la blog ni walaupun sebenarnya aku belum habis baca buku ni ...


Rasanya buku yang baru aku beli ni ada kesenambungan dengan entri aku yang lepas. Entahlah akhir2 ini aku banyak search di internet dan berminat pula nak tahu perkara2 berkaitan dengan penyakit dan rawatan alternatifnya sehingga aku terbaca ngan satu blog rawatan Darussyifa.  Dan kebetulan singgah di kedai buku, ternampak pula buku ni.  Sebenarnya ada 5 jilid semuanya, tetapi buku jilid 2 ini aku rasa amat ku perlukan/sesuai dengan apa yang aku cari/mau buat masa ini. 

Dalam buku ini diterangkan 10 ruqyah/jampi utama yang mana terdiri dari 5 ayat Alquran dan 5 Hadis sahih, bahan2 yang dibolehkan digunakan dalam rawatan dan cara mengambil bahan2 tersebut disamping penerangan tentang beberapa jenis penyakit jasmani dan cara rawatannya serta bahan2 yang digunakan. 

Rasanya kita kena juga cari rawatan alternatif selain berubat di hospital dan berjumpa dengan doktor.  Bukan apa, rawatan2 ini juga berlandaskan Alquran dan Hadis dan moga kita tidak terpesong dengan apa jua rawatan yang tidak dibenarkan semata2 hanya untuk sihat dan cepat sembuh....
Wallahualam bisawab...

Friday, October 7, 2011

Setiap penyakit ada ubatnya....

Aku tersentuh dan tersentak dengan kata2 seorang saudaraku yang jarang2 berkunjung ke rumah baru2 ini.  Dia telah menceritakan dimana dia pernah terlantar sakit selama 6 bulan dimana lebih kurang 4 bulan beliau langsung tidak dapat buat apa2 sendiri tanpa bantuan isterinya.  Menurut beliau dia kena penyakit "Kurap Tanah" dimana kulit2 kaki dan tangan beliau ada biji2 dan berair, lebih kurang kudis lah kali.......Bayangkan lah, kalau kita ditakdirkan begitu.  Apapun tidak boleh buat, makan tak kenyang dan tidur tak lena. Mereka ni dikategorikan orang susah dan tinggal di kampung.  Berubat di hospital dan berjumpa dengan doktor mungkin pilihan terakhir mereka memandangkan mereka tidak berkemampuan untuk itu lebih2 lagi pengangkutan sendiri pun tidak ada.  Saudara mara terdekat tak ramai ...

Walaubagaimanapun, akhirnya mereka telah bertemu dengan seorang pakar dengan penyakit tersebut melalui  orang lain (bukan doktor pakar tapi hanya orang kampung juga) dan memberi tahu penawar kepada penyakit tersebut iaitu hanya daun2 yang perlu digunakan untuk mencuci dan menampal kudis tersebut dan akhirnya, secara perlahan2 "kurap" tu hilang ... Tak ingat pula nama daunnya apa lagi rupanya ...

Bukan apa, teringat aku sebuah hadis dan yang sering juga kita dengar, seperti di bawah...

Sebuah hadis sahih Bukhari, dari hadis Abu Hurairah R.A, dari Nabi S.A.W bersabda:“Allah tidak menurunkan penyakit melainkan juga menurunkan penawar (ubat) baginya.”


dan juga ...

Di dalam sahih Muslim diriwayatkan dari hadis Jabir bin Abdullah berkata: Rasulullah S.A.W bersabda: “Setiap penyakit ada ubatnya. Jika suatu ubat penawar sesuai untuk penyakit (tersebut), maka ia akan sembuh dengan izin Allah.”

Disamping itu, Moral of the story ... iaitu dalam menghadapi sebarang dugaan dan ujian seberat itu, seharusnya kita kena banyakkan bersabar, kuatkan hati, tawakkal dan tabah dengan ketentuan Illahi sesungguhnya Dia adalah Maha Penyembuh dan Maha Mengetahui apa yang kita tidak ketahui .....

Wallahualam Bisawab ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...