Monday, November 30, 2009

Drama "Selagi Ada Waktu"

Salam Aidil Adha untuk semua pengunjung blog ini yang merayakan.

Sebelum pergi ke rumah mertua raya haji yang lepas aku melayan drama "Selagi Ada Waktu" di RTM iaitu lakonan Jalil Hamid, Faizal Yusof sebagi heronya dan pelakon2 lain. Best juga ceritanya ni, aku tengok dari mula hingga habis, memang bersesuaian ditayangkan sempena Aidil Adha .. Rasanya banyak juga cerita2/drama2/telemovie yang ditayangkan samada di RTM dan saluran lain yang begitu mengkagumkan dari segi jalan cerita, pelakon2 dan lain2nya. Memang kita patut berbangga denga semua ini. Ada banyak sudah drama/telemovie keluaran tempatan yang aku tengok memang ada pengajaran disebaliknya terutama drama2 yang berunsurkan kekeluargaan.

Ceritanya ini berkisarkan tentang kehidupan seorang bapa dengan 3 anak dimana 2 anaknya berjaya dari segi akdemik dan karier (dan telah tinggal di bandar) sedangkan yang satu lagi disebaliknya. Si bapa lakonan Jalil Hamid terlalu mengharapkan anak 2 orangnya yang berjaya dan langsung tak mempercayai kemampuan anak yang tidak berjaya. Memang tidak dinafikan pada realitinya memang ada juga ibubapa yang suka membezakan anak2 yang secara tidak langsung akan menyebabkan si anak yang disisihkan/tidak diharapkan itu jadi tertekan . Aku tengok lakonan Faizal Yusof sebagai anak yang nampak macam degil/keras kepala dari segi luaran tetapi sebenarnya mempunyai hati yang suci untuk berkorban hanya untuk bapanya (cuma beliau tak tunjukkan) amat berkesan sekali dan beliau amat menjiwai watak tersebut. Walaupun beliau cuba mengambil hati bapanya namun langsung tidak diendahkan malah dibandingkan lagi dengan abang dan kakaknya yang telah berjaya dalam kehidupan. Kedua abang dan kakaknya walaupun nampak baik dan mengambil berat tentang bapa mereka tetapi mereka masih medahului karier dan keluarga masing2 dahulu berbanding dengan masalah bapa mereka.

Pada akhir cerita, si Farid (anak yang disisih) sanggup mengorbankan kariernya dan masa depannya demi menjaga hati bapanya yang juga ingin menunaikan Ibadah Haji tetapi tak cukup duit. Walaupun dia hanya bekerja di kilang tetapi banyak wang simpanan berbanding abang dan kakaknya. Secara tidak disedari, beliau rupanya mengidap barah otak dan akhirnya meninggal dunia. Walaupun beliau sudah meninggal dunia, bapanya masih tidak percaya bahawa yang memasukkan duit dalam akaun tabung haji beliau adalah anak yang disisihkan sehinggalah dimaklumkan oleh Pak Lang...

Syabas untuk semua krew drama ini kerana membuatkan hati kecilku tersentuh sekali sepanjang menonton seolah2 aku masuk dalam cerita ini....chewah...

Drama "Nur kasih",....rupanya dah pun habis dan sayang aku tak tengok penghujung cerita sebab Yati tak berapa sihat malam tu sehingga aku lupa pula.... Kalau ikut teorinya, memangpun watak Nur berjumpa juga akhirnya dengan suaminya kan.. tetapi kalau difikirnya betul, tak kan sampai bertahun suaminya tak boleh berhubung dengan keluarganya pada zaman canggih sekarang yang dah ada kemudahan telefon dan internet kannnn...Itu pandangan aku ja..jangan marah .... Walaubagaimanapun, cerita drama bersiri ini best jugalah ...Syabas juga....

Perkahwinan

Cuti sekolah dah pun bermula, dan masa ni ramai orang ambil kesempatan nak buat majlis perkahwinan, pertunangan, kenduri-kendara dan lain-lainnya lah.... Kalau Raya Haji tahun lepas aku sibuk dengan pertunangan anak saudaraku, tahun ini dengan perkahwinan adik iparku (adik suamiku) iaitu pada 28/11/09. Tak banyak gambar aku ambil sebab tak bawa kamera (Yati enda berapa sihat masa tu), hanya guna handphone ja...Ni adalah salah satunya ..iaitu Majlis Pertunangan, Hantaran, Permikahan dan Persandingan dalam masa yang sama ....



Pada malamnya, acara memotong kek dan sambutan ulang tahun abang iparku ..



Kepada adik ipar iaitu Zubaidah dan suami di doakan semoga ikatan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat dan kepada abang ipar iaitu Mohd Noh didoakan semoga diberkati selalu .......Amiin ...

Wednesday, November 25, 2009

Keputusan UPSR dah keluar

Agak lambat juga aku ni update blog ya..... Result UPSR Miza?..., endalah teruk sangat dapat 2A dan 3B ja.. Frust gak lah enda dapat 5A kan..Tapi apa nak buat, ini sajalah yang mampu dia dapat .. Dan diharap ini sebagai titik permulaan bagi beliau. Ada banyak lagi halangan2 yang akan mendatang...

Walaubagaimanapun, aku happy juga sebab salah satu A nya adalah Math.. Bagi aku, inilah subjek kegemaranku sejak aku dari sekolah rendah lagi ..Memang aku lebihkan tumpuan untuk mengajar Miza dalam subjek ini. Macam rugi rasanya, bila anak2 aku tidak ambil peluang untuk belajar subjek ini dengan bersungguh2. .Kalau diikutkan betul, Miza ni agak lemah juga dalam subjek ni terutama bila nak memahami soalan2. Di awal tahun, keputusan subjek Mathnya agak mengeciwakan .... Agak stress juga lah, bila mengajar diurang ni..sampai aku yang nangis...he..he..he ..Tapi alhamdulillah, bukan sahaja beliau lulus malah dapat A lagi .. masa dia bagi tahu subjek yang dapat A, rasanya macam nak nangis ..(ada kot keluar air mata...).. Terlalu happy agaknya ...meskipun bukan 5A...

Aku doakan yang terbaik saja untuk anak2 ku....Amiin...

Saturday, November 14, 2009

Drama bersiri Nur Kasih ..

Sudah 2 minggu berturut2 aku menonton cerita Nur kasih di TV3 ni.. Selalunya memang tak ada masa..Ada saja yang aku buat tetapi bila dengar orang cakap jalan cerita drama ni bagus dan dengar pula di radio Hotfm dimana ramai pula lelaki yang suka nonton ..Jadi dengan itu, keinginan nak tau apa sebenarnya cerita drama ini yang menarik ramai penonton...

Selepas menonton 2 kali ..(he..he..tertinggal aku kan..berapa episod dah ni pun aku tak tahu..), macam best juga lah, walaupun sebenarnya aku tak tahu hujung pangkal cerita ..Tetapi kadang2 geram juga dengan watak Sarah tu yang selalu batu api semua orang, macam malas pula mau tengok kalau dia muncul ...macam tak ada kerja lain pula dia ni..Tapi mungkin ini salah satu tarikan nya juga kan..disamping ada unsur2 keagamaan dan kekeluargaan dalam drama tu ..Tak pe lah, akan ku layan cerita ini hingga di akhir episod ..chewah ..

Pasal muzik2 separuh akhir semalam, OK gak lah keputusannya ...Lima lagu yang dapat markah tinggi tu adalah Arrora dari Estranged, Pakai Buang dari Stacy, Lagu Nubhan (tak ingat tajuk nya), Benggang dari Akim dan Aku rindu sayang kamu dari Black.. Tapi kelima2 penyanyi semuanya pula dari rancangan realiti kan iaitu dari AF kecuali Black (Mentor)..

Sekolah lamaku....

Agaknya dah lebih 27 tahun aku tidak menjejakkan kakiku ke salah satu sekolah lamaku iaitu masa aku tingkatan 1 hingga 3 Kelas Melur. Banyak juga kenangan ku di situ. Antara ramai kawan2 sekelasku, hanya seorang sahaja yang aku masih berhubung hingga sekarang, itupun jarang juga berjumpa ...Yang penting tidak "lost contact"..dah lah kan... Yang lain entah apa khabar masing2. Ni antara 2 gambar kenangan yang masih ku simpan baik..Siapa yang kenal aku, boleh agak kan yang mana aku dalam gambar tu .....



Dan pada hujung bulan lepas, tiba pula giliran ku untuk mendaftarkan Miza ke sekolah tersebut masuk ke tingkatan 1 tahun depan...Dari segi struktur bangunan dan dekorasi sudah terlalu banyak perubahannya.. Bilangan bangunanpun dah bertambah demi untuk menampung ramainya murid ...





Ada beberapa mini taman lagi, gambar di bawah adalah antaranya ...Cantik kan...



Dewannya pun dah ada "aircon"..dan banyak pula pingat pihak sekolah ni dapat ..



Anak saudaraku cakap, sekolah ini adalah salah satu sekolah cemerlang di Sabah dari segi pencapaiannya ....entahlah betul kah tidak fakta nya ni ..Tak pe lah yang penting, diharap Miza dapat menimba ilmu sebanyak mungkin di sekolah ini bermula tahun hadapan..Insya Allah ..Tapi kalau dia dapat keputusan cemerlang dalam UPSR, itu lain cerita lah kan ..Mungkin dia masuk sekolah lain....

Thursday, November 12, 2009

Minggu yang sibuk .....

Akhir2 ini memang aku dalam kategori sibuk sekali ..lebih2 lagi minggu ini... Di pejabat ataupun di rumah, macam banyak pula perkara yang perlu dibuat dan difikirkan ... Rasa2 macam stress juga la....(Ini mau kena ikut team building lagi ni untuk release tension ...).

Hari ini aku pergi kerja, dalam kereta sudah terfikir nak pergi mana dulu, apa nak dibuat , apa perlu dipertanyakan pada orang2 yang berkenaan dengan "sesuatu perkara" yang agak merunsingkan fikiranku, 2 , 3 hari ini. Mana lagi nak kejar masa masuk pejabat dengan kereta yang saban hari mengharungi jammed di jalan raya......Nasib husband yang drive...kalau aku lagi, enda tau lah....

Dan tiba2,....nasib kami tidak berapa baik hari ini ...... dimana kereta terlanggar lori di depan. Sebenarnya bukan salah kamipun dimana lori yang pada mulanya di depan kereta kami nak pindah ke lorong kiri, suami dah slow jugalah..(nasib slow, kalau laju masa tu tak taulah..na'uzubillah min zalik...). Tiba2 ada bas di lorong kiri brek mengejut, lori tersebut yang mana belakangnya masih ada sikit di lorong kanan pun brek juga ..Bah apa lagi, kami hanya dengar bunyi ja la....dan depan kereta kamipun jadi begini (lihat gambar di bawah..)..... Kalau ikut undang2 jalanraya, siapa yang di belakang salah kan... Jadi mau tidak mau...terpaksa tanggung ja lah ..... Alhamdulillah, sedikit sahaja kerosakan nya dan yang penting tak ada apa2 yang berlaku sama kami ... Syukran..syukran....


Selang beberapa minit berjalan kami pun sampai ke satu lagi lampu trafik lalu berhenti. Jammed agak teruk juga lah.. Tiba2 adalah seorang perempuan ni melintas betul2 di depan kereta kami untuk menyeberang ke sebelah jalan....(biasanya, bila ada orang melintas depan kereta kami ketika kereta dalam keadaan berhenti, aku selalu juga memerhatikan reaksi orang tu seperti nak tengok macam mana rupa nya, pakai apa, siapa dia dsbnya ...tapi kali ini aku tak berapa tengokpun..mungkin aku masih lagi trauma dengan kejadian kemalangan kecil kami tadi) ....dan tiba2.......

Kami nampak hanyalah perempuan tersebut ter pelanting jauh dan terbaring di jalan raya...(orang Sabah cakap)..selepas beliau kena langgar oleh sebuah motor yang tiba2 muncul di celah kereta2 yang berhenti..tangan dan kakinya masa tu kami nampak keras dan tergerak2 ke atas .. Bukan saja kami tergamam malah orang2 dalam kereta yang berhampiran juga terkejut seketika dan hanya menengok keadaan perempuan tersebut seperti ayam baru kena sembelih ....kesiannya ...Adalah beberapa minit kami tergamam sambil mulut kami serentak bercakap "tolong-tolong.."....dan husbandku pun keluar dari kereta dan cuba membantu.. Belumpun dia sampai kepada perempuan itu, adalah beberapa orang juga keluar dari kereta masing2 untuk menolong dan terus mengangkat beliau masuk ke sebuah kereta ...Rasanya adalah orang volunteer untuk membawa beliau ke rumah sakit..dan pemandu motor tersebut juga ada menolong dan mengikut kenderaan tersebut di belakang ..... Wah, macam2 kejadian .. Rasanya perempuan tersebut taklah teruk sangat kerana tidak ada darah keluar kami nampak ... Harap beliau selamat sekarang....

Walaubagaimanapun, rasanya aku lega juga sedikit hari ini kerana dapat meyelesaikan satu masalah walaupun bukanlah masalah aku sebenarnya ..... Moga masalah ini selesai tanpa membabitkan nama ku lagi .... macam suspen ja kan..... Siapa2 yang tau cerita ku ni ....diam2 ja lah yea....memang gitulah dugaan hidup...

Saturday, November 7, 2009

Q'dees Annual Concert 2009

Selepas Team Building, aku & family pergi pula "Q'dees Annual Concert 2009" pada keesokan harinya iaitu pada 25/10/2009 dimana Yati dah nak habis Tadika nya .. atau dipanggil "Graduation Day" lah konon ... Kali ini kami bawa mak dan ayahku sekali sebab ni lah anak terakhir yang habis tadika ... Selalunya kami ja pergi. Adik bungsuku, anaknya serta anak saudara juga ikut sama ...

Kali ini diadakan di Audotarium Tun Raffae di bangunan Yayasan Sabah atau sekarang dikenali sebagai bangunan Tun Mustapha. Sayang view nya tak berapa cantik pasal ada bas di depan kereta kami .....


Ini masa semua pelajar Q'dees dari 3 cawangan di Sabah mempersembahkan lagu Negaraku dan lagu sekolah mereka .....



Ini gambar Yati semasa menerima "Graduation Certificate" dan "Super-super Readers Certificate"



Yati juga turut serta menyanyikan lagu Gemilang bersama kawan2 yang nak grade ...


Yati dan kawan2 semasa membuat persembahan Hua-Hua Modern Dance ...





Gaya2 Yati selepas persembahan .....



Sebelum balik, sempat berposing dengan hamper yang dimenangi ....

Friday, November 6, 2009

Team Building ...

Sebenarnya ada beberapa artikel aku nak masukkan dalam blog ni tetapi disebabkan akhir2 ini aku agak sibuk juga dengan urusan keluarga dan kerja maka tertangguhlah sedikit. Bagi kawan2 yang tidak dapat tengok facebook, aku nak share tentang aktiviti2 dan program2 yang aku ikut sejak kebelakangan ini.
Pada 23hb Oktober yang lalu unitku telah mengadakan Team Building, lokasinya di Hotel Hyatt Kota Kinabalu. Rasanya inilah Team Building yang pernah aku ikuti yang aku rasa sungguh santai sekali dan tak perlu memerahkan otak berabis. Seronok rasanya bila sesekali diberi peluang macam ini oleh pihak pengurusan. Boleh mengurangkan stress juga la....



Kami telah di bahagi kepada 3 kumpulan termasuk bos2 dari KL. Di bawah adalah antara gambar2 semasa kami buat aktiviti atau perlawanan antara kumpulan masa itu. Kalau tidak silap ada 9 games yang perlu kami buat dan dipertandingkan. Ia cuma permainan tetapi disebalik setiap permainan itu ada tujuannya seperti menggalakkan kita kerja berkumpulan, kepekaan terhadap sesuatu tugasan, cara konsentrasi kiranya ada gangguan dari sekeliling dan macam2 lagi lah.




Pada malamnya kita orang dikehendaki membuat persembahan kumpulan masing2. Persembahan yang juga suka2 dan tidak perlu serius sangat.




Dan kami juga telah buat surprise game untuk bos2 kami dari KL iaitu lumba makan langsat. Pada awalnya nak suruh diurang makan buah tarap, tetapi memandangkan buahnya kami tak sempat beli, jadi makan buah langsat ja lah. Sebenarnya, game ni diurang tak tahu pun. Minta maaf ya bos. Sekadar suka2 ja...


Dan ini acara penyampaian hadiah kepada pemenang2 ... "The most popular man/women..."




Yea..kumpulan kami juara ...Mamarazzi Yakin Boleh ....






Seronoknya kak Nor bawa bos2 menari ...tak pe sekali sekala kan......

Lagi gambar kita orang sila layari .. http://picasaweb.google.com/Yannik9396/SabahTeamBuilding

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...