Wednesday, April 29, 2009

Mak kena admit hospital lagi....

Pagi semalam 28 April lebih kurang jam 4:45 pagi, aku dikejutkan dengan suara kuat bapa ku memanggil namaku dengan begitu kuat dan jelas sekali. Tanpa menunggu bapa sampai ke bilik kami, aku bergegas keluar bilik menanyakan apa hal..dan dia hanya sempat menyebut mak ku...Apa lagi aku terus turun ke bilik diurang dan mendapati memang asma mak datang dan serang lagi dimana beliau tak boleh bernafas seperti biasa dan tak boleh bergerak, hanya dapat menyebut nama Allah..Wah, kami amat cemas sekali tak tau nak buat apa dulu...Sebenarnya, ini kali kedua asma mak teruk sehingga beliau tak boleh bergerak. Nasib husbandku masih belum berjalan ke masjid untuk sembahyang Subuh...
Sebelum inipun (bulan April juga), diwaktu kami semua dah pergi kerja, tiba2 dapat call dari kakak sulung mengatakan mak tak boleh bernafas dan bergerak sehingga semua adik beradikku pulang masa tu. Tapi masa tu semasa kami dah sampai rumah, keadaan OK sikit dimana bila kami nak bawa dia ke hospital dia masih mampu berjalan cuma di pimpin sahaja....
Tapi kali ini, langsung beliau tak boleh buat apa2..dan bapaku terus bersiap sedia untuk bawa ke hospital..Bapa dan husbandku cuba menangkat beliau tapi masih tak boleh..Nasib baik, abang ipar ku dari rumah sebelah masih belum keluar dengan sepupunya.. Bila dengar suara mak, diurang terus masuk dan membantu mengangkat mak ke kereta sementara bapaku standby di kereta..Husband aku bawa kereta yang ditemani bapaku terus memecut laju untuk bawa mak ke Damai Specialist Centre, tempat biasa beliau dimasukkan juga tempat kerja kakakku ...sementara diurang abang iparku mengikuti mereka dari belakang...Selepas diurang pergi, baru kami dapat call adik beradik yang lain ...
Alhamdulillah, sampai sahaja diurang di sana dan beliau di bagi tambahan oksigen, baru beliau boleh bernafas seperti biasa...khabar dari husbandku.. Kami jangka diurang akan sampai ke sana dalam masa 30 minit, tetapi husband ku cakap diurang dah sampai dalam masa 15-20 minit sahaja dimana beliau memandu sehingga 120 km/sejam. Nasib baik masa tu masih awal, iaitu jam 5.00 pagi dimana belum banyak kereta...
Alhamdulillah setakat ini, keadaan beliau beransur pulih tapi masih stay di hospital untuk mendapatkan rawatan lanjutan. Sebenarnya dalam tahun ini sahaja beliau dah masuk hospital sebanyak 3 kali sudah. Pertama kali (tak seteruk yang kedua dan kali ini), beliau dimasukkan sebelum aku pegi KL berkursus hari tu dan keluar hospital semasa aku masih di KL lagi..Masa tu diuarang (emak dan bapa) baru balik saja dari KL berjalan2 dan makan angin dibawa oleh adikku. Kali ini pun diurang baru balik dari Jakarta juga dibawa oleh adik ku untuk makan angin dan sambil2 melihat tempat orang. Mak aku ni, rajin juga berjalan meskipun dia ada asma. Tapi alhamdulillah masa di sana, tak ada masalah pula...
Kepada kawan2 yang mengenali aku, itulah juga salah satu sebab aku lambat update blog ni. Ditambah belum ada cerita dan kadang2 tu tak ada idea...
Itu saja coretan ku untuk kali ini dan doakan moga mak aku sihat sahaja hendaknya...Amiin....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...