Friday, July 24, 2009

Hadif pula yang masuk Hospital Likas ..

Sebenarnya, aku tak terfikir malah tak terbayangpun, akan menjejaki sekali lagi Hospital Likas bahkan akan masuk sekali lagi bilik Operation di Tingkat 3 di hospital itu. Bilik yang amat mencemaskan semasa menunggu. Tapi apa nak buat, itulah ketentuan atau Qada dan Qadar Allah SWT yang perlu kami hadapi dan harungi sebagai dugaan dan cubaan. Dan ini juga sebahagian dari ragam hidup kita yang perlu kita tempohi dengan hati yang tabah dan memerlukan kesabaran yang tinggi.

Tanggal 20 Julai yang lalu lebih kurang jam 5 petang, sekali lagi aku dikejutnya dengan panggilan telefon dari husbandku yang menggatakan, "Yati jatuh di sekolah kena bawa ke hospital , mungkin tangannya terseliuh atau patah, kita kena balik cepat". Wah terkejutnya aku masa tu. Terbayang beberapa kes kanak2 tadika jatuh di sekolah ni. Nauzubilllah min zalik..Itu saja dalam ingatanku, moga kecederaannya tidaklah teruk sangat. Tanpa berlengahkan masa, aku terus ja balik. Dalam perjalanan balik, aku sempat menghubungi sekolah Yati bertanyakan berkenaan keadaannya. Walaubagaimanapun, penjaga di sana cakap Yati OK saja dan telahpun diambil oleh husbandku. Tidak terfikir pula anak aku yang lain. Sampai di bawah, terkejutnya aku, Yati ada dalam kereta . Di situ baru husbandku cakap yang jatuh adalah Hadif bukannya Yati. Mungkin aku tersalah dengar agaknya ...


Bah bila saja aku dengar Hadif yang jatuh, lain lagi kerisauan ku sebab sebenarnya, Hadif ni baru saja jatuh dari tangga di rumah hari Sabtu sebelumnya. Tapi taklah teruk sangat ada lebam sana sini saja. Kami tengok OK saja dia masa tu, jadi kami tak lah bawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Bila dengar dia jatuh lagi, aku terfikir adakah dia pening2 menyebabkan dia jatuh...atau disebakan masalah lain. Kalau ikut Hadif ni tidaklah tergolong dalam budak2 nakal yang suka panjat sana sini, lari sana sini. Dia ni innocent ja orang nya .. Begitu jugalah cikgu2nya cakap..Jadi aku agak mungkin disebabkan kesan dia terjatuh di rumah...Dalam perjalanan pulang, aku sempat call cikgu nya untuk dapatkan keterangan lanjut, handphone pun tak berhenti berbunyi, call dari kakak, adik dan lainnya ... Sampai ja kami terus ke Hospital Tuaran dimana dia telah di bawah ke situ oleh cikgu2 sekolahnya dan ditemani oleh bapa dan emakku. Setelah di X ray, disahkan 2 tulang tangan kanannya patah dan perlu rawatan lanjut di Hospital Likas.


Malam tu juga, kami ke Hospital Likas dan terpaksa bermalam lagi dengan kedinginan yang amat sangat sebagaimana kami menjaga Yati tempoh hari. Seperti sebelum ini, hanya aku yang menjaga di atas manakala husbandku akan menunggu di bawah. Keadaan Hadif malam tu, OK saja, dia taklah rasa sakit sangat sebab dah disimen separuh tapi dia kena berpuasa juga bermula jam 2 pagi. Pada keesokan hari nya, sebelum di operate , doktor memaklumkan kami bahawa ada dua cara diurang akan buat samada cuba tarik sahaja terlebih dahulu dari luar untuk memperbetulkan kedudukan tulangnya ataupun kena masukkan besi atau wayar ke dalam tangan sebagai sokongan. Hadif masuk ke bilik operation lebih kurang jam 10:45 pagi dan juga ditemani oleh aku seorang saja seperti juga sebelum ini. Walaubagaimanapun, Hadif taklah macam Yati yang meronta2 semasa kena bius, Hadif nampak macam rileks sahaja cuma air matanya sentiasa mengalir, agaknya takut melihat berbagai peralatan dalam bilik operation tersebut disamping beberapa nurse dan pakar bius yang lengkap dengan pakaian mereka. Bila saja nampak air matanya, aku pun rasa macam sedih sangat melihat keadaanya macam tu...Menitis juga air mata ku..

Setelah dia tertidur, baru aku keluar sekitar jam 11 pagi. Masa ni lah yang aku tak suka, menunggu berseorangan tanpa ada husband atau keluarga lain yang boleh menunggu sama di dalam bilik sejuk dan aku hanya mengira detik2 dan saat2 bila operasi akan selesai. Apa nak buatkan, inilah prosidur yang perlu kita ikuti. Disamping itu aku hanya berdoa dan bertawakal pada Allah SWT, semoga ianya akan berjalan dengan lancar tanpa ada perkara yang tidak diingini berlaku. Selepas satu jam menunggu, belum ada tanda2 ianya kan tamat. Doktor2 dan nurse2 yang terlibat dalam operasi tersebut, belum juga kelihatan dan muncul di luar. Hanya tuhan saja yang tahu masa tu ... Masa ni, OK sedikit sebab ada beberapa parent juga sedang menunggu anak2 mereka dalam bilik operation. Jadi kami sempat berbual2 dan ini mengurangkan rasa kerisauanku. Walaubagaimanapun, mereka lagi dulu keluar dari aku dimana anak2 mereka dah selesai operasi. Tinggallah aku berseorangan. Tak lama kemudian baru ada seorang lagi masuk menemani anaknya masuk.


Sekitar jam 12:45 pm, baru ada doktor maklumkan kepadaku bahawa mereka terpaksa juga guna alternatif kedua dimana mereka masukkan 2 "K wayar" sebagai sokongan kepada tulang tangan anak aku. Tulah ianya memakan masa yang agak lama baru operasinya selesai. mendengar penjelasannya dia cakap diurang sedang menjahit ..agaknya lah tu..Jam 1:05 pm baru aku terdengar, suara nurse memanggil2 namanya untuk menyedarkan Hadif .. Masa ni aku risau sangat sebab tak dengarpun suara Hadif menangis kah, teriak kah, macam Yati dulu.. Aku tengok di luar sana, husbandku juga pusing sana, pusing sini ..risau juga agaknya....Lebih kurang 15 minit lepas tu, baru Hadif dikeluarkan dari bilik operation. Walaubagaimanapun, dia masih belum sedar betul lagi. Aku hanya mengikuti ke kawasan dimana dia di tambahkan oksigen dan memanaskan badannya. Lama juga kami di situ, dia tak juga sedar betul .. Aku difahamkan, memang begitulah keadaanya, ada anak yang lambat sedar dari kesan bius...Sampai aku menampar2 kecil mukanya, baru dia bergerak sedikit. Bila dia sedar sedikit barulah kami di keluarkan dari situ lebih kurang jam 2 petang dan dibawa ke bilik wad.

Selama 3 hari 3 malam kami di situ, lagi lama dari masa Yati dulu dan aku terpaksa cuti hampir seminggu juga. Alhamdulillah sekarang dia sedang bercuti agak lama untuk ke sekolah. Kami cuma dapat kuatkan semangatnya supaya bila dia dah sembuh betul baru boleh pergi ke sekolah. Sebenarnya Hadif ni tak suka ponteng sekolah walapun dia sakit. Kesian juga tengok, tapi apa nak buat kan. Sekarang dia dah boleh menerimanya. Itulah kan, kita hanya merancang tetapi Allah SWT yang menentukan segalanya.

Sekali lagi terima kasih kepada para doktor2 terutama pada Dr. Che Ismail, Dr. Shamsul, staff nurse Salimi, nurse2 dan semua kakitangan di Wad Melur Hospital Likas atas keperihatinan dan bantuan kalian sepanjang Hadif di situ.

Friday, July 10, 2009

Pentas Pilih Kasih (petikan dari Berita harian 10/07/09)

Sekadar nak kongsi cerita berkenaan dengan Program ni ...


Zulin 'buah hati' Rosyam Nor?


PESERTA Pilih Kasih minggu kelima melakonkan aksi Batu Belah Batu Bertangkup.


Pilih Kasih makin hangat apabila peserta itu masih bersaing walaupun sering duduki tempat paling bawah undian SMS

AKTOR popular, Rosyam Nor terus menjadi mangsa cacian dan platform untuk dipersalahkan apabila beliau sekali lagi menyingkirkan seorang peserta dari program realiti cetusan ideanya sendiri, Pilih Kasih pada malam Sabtu lalu.

Pentas Pilih Kasih yang bersiaran secara langsung dari Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad Senawang hujung minggu lalu menyaksikan penyingkiran kelima yang membawa Ayu Ruhaizah Rosly atau nama komersialnya U Haizah untuk terus meninggalkan akademi seni lakon Pilih Kasih serta 15 teman yang lain dalam perjuangan demi bergelar seorang pelakon.

Menurut Rosyam juga pemilik kuasa veto untuk menyingkirkan mana-mana tiga peserta yang mendapat undian terendah menyifatkan tanggungjawabnya adalah sangat berat dan kuasa yang berada di tangannya mampu membawa elemen kebencian penonton serta ahli keluarga peserta.

Meskipun begitu, beliau terpaksa akur untuk terus membuat keputusan bagi menyingkirkan seorang peserta dalam misi mencari seorang pemenang dan bakal dinobatkan sebagai pelakon layar lebar dalam filemnya yang akan menyusur selepas program ini, Kekasih arahan pengarah tersohor, Bade Hj Azmi.

"Setiap minggu saya akan berdepan dengan senario cukup memeningkan. Saya tahu keputusan saya akan menimbulkan rasa tidak puas hati banyak pihak, baik ahli keluarga peserta, penyokong mereka malah kalangan tenaga pengajar Pilih Kasih juga sering mempertikaikan keputusan saya.

REAKSI peserta apabila U Haizah disingkirkan.

"Namun itulah cabaran dan risiko yang perlu saya ambil untuk merealisasikan objektif program terbitan saya yang mencari seorang pemenang. Sebab utama dan alasan mengapa saya menyingkirkan seseorang peserta itu hanya dalam hati saya dan saya tidak lihat ia sebagai satu bahan yang boleh dikongsi dengan sesiapa termasuk pihak penerbitan sendiri," katanya yang pernah dikaitkan isu bermasam muka dengan Erma Fatima yang juga tenaga pengajar teater atas keputusan yang dilakukan.

Rosyam yang kini sibuk di lokasi penggambaran filem terbarunya, Libas arahan Jurrey Latiff bagaimanapun menegaskan tiada unsur pilih kasih atau pilih bulu kerana masih menyimpan seorang peserta wanita yang sudah kali keempat berada di tangga terbawah, Zulin Aziz, namun masih terselamat.

"Keputusan yang saya ambil berdasarkan beberapa faktor pada perspektif pengalaman sendiri. Tidak timbul isu pilih bulu setiap kali saya mengadili mereka meskipun ramai yang menganggap begitu hanya kerana saya masih menyimpan Zulin.

"Seperti yang saya tegaskan, segala sebab dan faktor membawa kepada keputusan saya setiap minggu tidak perlu saya jelaskan kepada sesiapa kerana ia satu milik peribadi saya selaku penerbit dan pencetus konsep," katanya lagi.


ZULIN masih meneruskan cabaran dalam Pilih Kasih.

Justeru, tiada siapa yang mampu mempertikaikan setiap keputusan yang diambil oleh pemenang pelakon lelaki terbaik di Festival Filem ke-21 menerusi filem Kala Malam Bulan Mengambang ini kerana kuasa yang ada padanya adalah mutlak dan selari dengan konsep program yang membawa judul pilih Kasih.

Bagaimanapun, mangsa terbaru Rosyam, anak jati Sabah dan juga pelajar jurusan Seni Kreatif dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), U Haizah ketika ditemui di sidang media selepas tamat Pentas Pilih Kasih hanya menyerahkan segala keputusan atau perancangan selanjutnya kepada pihak pengurusan dan Rosyam sendiri yang telah dianggap seperti ayah dalam Pilih Kasih.

"Saya tidak menyalahkan Abang Rosyam sebaliknya hanya memandang segala yang berlaku dari aspek positif yang mana ia telah memberi ruang kepada saya untuk mempamerkan bakat saya selama ini. Pilih Kasih adalah sebuah program atau platform kepada saya dan rakan lain untuk menjual bakat dan kebolehan kami di pasaran terbuka dan kepada industri hiburan tanah air.

"Justeru segala kemungkinan dan keputusan yang diambil untuk menyingkirkan saya dari medan tempur itu hanya satu ujian awal demi bergelar anak seni. Jadi memang tidak timbul langsung rasa terkilan atau marah kerana Abang Rosyam menyingkirkan saya dan terus menyimpan Zulin kerana saya sendiri akui bakat yang dimilikinya (Zulin) jauh lebih menonjol berbanding saya," katanya yang terpilih ke program ini melalui sesi uji bakat yang diadakan di pusat beli belah 1 Borneo, Kota Kinabalu April lalu.

Kedudukan rapuh U Haizah selepas undian ditutup adalah pada skala selamat iaitu meraih 3.45 peratus undian berbanding Zulin Aziz yang juga pelajar Aswara hanya mendapat 3.1 peratus. Manakala bekas ahli kumpulan Flava, Ahdan mendapat 3.0 peratus.

Penerbit dan pembikin filem popular, David Teo telah dijemput menjadi juri undangan bersama juri tetap setiap minggu, Dr Abu Hassan yang juga Pensyarah Kanan Jabatan Komunikasi Universiti Malaya.

Ketika diminta mengulas mengenai penyingkiran U Haizah, penerbit yang kini tersenyum dengan kutipan box-office filem terbarunya, Jangan Pandang Belakang Congkak, hanya beranggapan ia lumrah sebagai peserta program realiti.

Namun, perjuangan U Haizah dalam bidang seni perlu diteruskan. David yang banyak memberi komen membina juga sempat berseloroh untuk menerbitkan sebuah filem berjudul Pilih Kasih kerana beliau cukup teruja dengan bakat yang ditampilkan peserta.

Pembantu Rumah (sambungan)

Sejak kebelakangan ini di media2 seperti suratkhabar, TV, radio, internet sering menceritakan atau mengulas perihal Pembantu Rumah aka Pengurus Rumahtangga (istilah yang bakal digunakan atau cuma baru cadangan sahaja). Beberapa persoalan ditimbulkan seperti soal Indonesia memberhentikan sementara penghantaran rakyatnya yang ingin bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia, soal satu hari cuti dalam seminggu, soal gaji minimum, soal pembayaran gaji kena masuk akaun bank, soal kes penderaan oleh majikan dan banyak lagi lah ...... Kemungkinan akan ada satu MOU antara kerajaan Malaysia dan Indonesia tak lama lagi .. Kita tunggu ja lah ..


Bagi aku pula, sejak pembantu aku balik awal bulan Jun yang lalu dan berjanji akan balik ke sini selewat2nya hujung bulan Jun (perjanjian secara lisan), namun sampai ke hari ini tak muncul2 lagi apalagi berita mahupun SMS dari dia, dihubungipun tak dapat2. Kan sekarang ni zaman moden, tak kan SMS atau call tak boleh kan .. untuk khabarkan yang beliau tak boleh balikkah, kena sekatkah tak boleh lagi masuk sini lah, ada masalah keluarga di situ kah , tak ada kawan nak balik sini kah.. Tak tahulah apa masalahnya. Mahu tidak mahu, kami terpaksa juga batalkan Pas Kerjanya tempoh hari dimana pas tersebut tamat awal bulan Julai walaupun sebenarnya kami dah pun buat medical check up untuk beliau tempoh hari. Kiranya kami tak batalkan nama kami kena black list oleh pihak Imigresen ..(ini salah satu masalah kepada majikan bukan).. Dahlah tu, bukan boleh kasih batal gitu ja, terpaksa juga kami kena buat repot polis kira macam kes larilah , baru boleh batal ...Itupun kena lapor di Balai Polis di kawasan tempat tinggal ..Kan satu kerja tu ...


So, sekarang memang tak ada pembantu dan mungkin sampai bila2 lah tak nak ada lagi pembantu. Macam susah pula mau urus diurang ni..(macam merajuk ja gaya nya...). Sebenarnya, sebelum inipun, kami pernah ada seorang pembantu, dah lama juga dia berkhidmat dengan kami hampir 6, 7 tahun.. Tiba2 keluarganya datang sini bawa dia balik untuk dikahwinkan ..So, kami secara terpaksa dengan tergesa2 memberhentikan tanpa merujuk kepada pihak Imigresen terlebih dahulu (almaklum belum ada pengalaman masa tu) .. Selepas tu, bila kami ambil pembantu baru, baru kami sedar bahawa nama kami ni dah kena black list disebabkan tidak melaporkan pembantu berhenti kepada pihak Imigresen....Kena bayar denda lagi pula tu ...


Sekarang rasanya dah terbiasa tak ada pembantu ..cuma aku dibantu oleh kakakku yang duduk rumah sebelah .. Sebenarnya ada 2 alasan utama kenapa aku perlukan pembantu ni iaitu yang pertama disebabkan mak/bapa tinggal dengan kami dan buat masa nipun, emak kurang sehat. Aku risau juga, kalau siang tu (masa time kerja), emak ni tidak senang duduk, kalau ada kerja sikit dia nampak, dia akan buat juga..walaupun sebenarnya ada juga kakak dari sebelah tu untuk membantu diurang waktu kami tak ada di rumah..Maklumlah orang tua ni memang begitu ..Mana diurang mau duduk diam saja kan.. Dan yang kedua, kalau tak ada pembantu ni, rasanya masa dengan anak2 kurang, terutama time diurang belajar . Kiranya ada pembantu tu, sekurang2nya masa untuk diurang boleh lama sikit kan ...


Tapi tak apalah, ini adalah salah satu cabaran sebagai ibubapa dan juga sebagai anak kan ... Kena pandai2 lah susun masa tu ..


Sorrylah, bahasa tu ada frust sikit kalau cerita pasal pembantu ni ...

Wednesday, July 8, 2009

MAP Training di Sabah

Minggu lepas sekali lagi, kami dedahkan Miza untuk menghadiri Kursus Motivasi Alihan Pelajar yang julung kalinya diadakan di Sabah. Itupun dapat tahu dari kawan aku Zaidah di Semenanjung. Difahamkan MAP ni telah berjalan dengan aktif di Semenanjung lebih kurang dah 15 tahun lamanya. Memandangkan ianya pertama kali diadakan di sini, kamipun tak lepaskan peluang ini. Sebenarnya aku ada bagi tahu beberapa kawan dan keluarga tentang Kursus MAP ini, tapi macam tak ada respon ja. So kami hantar Miza berseoranganlah lagi ..tanpa ada kawan dikenali. Walaubagaimanapun, kami yakin dia OK sahaja kerana minggu sebelum ini pun dia dah ada pengalaman bersendirian.. Tetapi bila dah sampai Tabung Haji, aku terkejut nampak bos ku dan isterinya ada di situ (sebenarnya aku tak ada bagitau diapun tentang kursus ni..dan diapun tak ada cakap2 pasal ni di ofis) . Diurang hantar 3 orang anak lagi .. Menurut isterinya, diurang dapat tahu dari saudara bosku dan ada template di edarkan di ofis diurang..


Ni gambar Miza di hari pertama semasa ambil dia sebelah petang ... Dalam perjalanan pulang, dia asyik bercerita tentang apa yang telah diajar seperti disiplin diri, cara beri tumpuan di kelas, cara menghafal dan macam2 lagi ... Seronok pula dia mengkhabarkan kepada kami apa yang dia dapat hari tu ...

Pada hari Ahad, ibubapa dijemput hadir semasa Majlis Penutupan selepas minum petang. Acara tersebut dimulakan dengan menjemput lebih kurang 6 peserta kursus bercerita tentang pengalaman diurang sebelum, semasa dan selepas menghadiri kursus ini. Aku amat terharu dengan peserta pertama yang menyampaikan ucapan dengan penuh keyakinan tanpa tengok skrip. Pelajar ni akan mengambil PMR tahun ini.. Ucapannya, waduh menyentuh perasaan sekali. Agaknya di sekolah mungkin dia dah biasa berucap di hadapan orang ramai ..terfikir sejenak, kalaulah anak ku jadi macam ni suatu hari nanti.....Insya Allah ... Ada jugalah peserta kursus teragak2 dan ada tengok skrip tapi yang amat membanggakan adalah keberanian dan keyakinan mereka untuk menyampaikan ucapan masing2.


Gambar di bawah semasa Dr. Tengku Asmadi memberi ucapan. Ucapan beliau dimulakan dengan rasa terkejut beliau dan rombongan tentang sambutan yang begitu memberangsangkan di Sabah. Pada mulanya, diurang agak risau juga mengadakan kursus ini di sini memandangkan jaraknya jauh, belanja pun berganda dan khuatir bila tak ada sambutan dari orang sini. Walaubagaimanapun, menurut beliau bilangan peserta kursus selama 2 hari tersebut(di Sabah) hampir mencecah 300 orang dan masih ada lagi yang nak masuk last minit. Tetapi memandangkan tempat amat terhad, terpaksa diurang tidak terima. Kebiasaannya, menurut beliau, setiap kursus yang diurang pernah adakan hanya menerima lebih kurang 200 peserta sahaja...



Selepas itu, beliau memberi tip2 atau tanggungjawab ibubapa kepada anak2 pula..Aku amat kagum dengan ucapan beliau yang begitu bersemangat sekali. Rasanya macam tak puas pula mendengarnya walaupun hampir sejam beliau berucap. Apa yang dimaklumkan memang ada kebenarannya. Terutama bab emak2 yang suka membebel kepada anak2 ni .. Realitinya memang ada dan kadang2 ianya sampai menguji kesabaran kita sebagai mak ni bila melayani karenah anak2 ... Antara lain juga , dia cakap kita sebagai ibubapa jangan mengharapkan anak berubah untuk selama2 lamanya. Tetapi kita hendaklah suruh dia berubah untuk satu hari sahaja. Dan esok harinya lagi, kita buat lagi benda yang sama supaya anak berubah untuk hari tersebut . So kesimpulannya di sini ibubapa kena istiqamah dalam mendidik,membimbing dan menasihati anak2. Dan lagi satu, kalau nak anak berubah, terlebih dahulu ibubapa kena berubah juga .....Ada lagilah tip2 yang dikongsikan oleh beliau ..



Memandangkan sambutan amat menberangsangkan, Dr. Tengku Asmadi memaklumkan bahawa kursus ini akan diadakan sekali lagi di Sabah pada hujung tahun ini (semasa cuti sekolah) tetapi tarikh belum ditetapkan lagi ...Pada sesiapa yang teringin nak masukkan anak dalam kursus ini, rajin2lah melawat laman web MAP di http://www.laman-map.com/.

Ini gambar kita orang masa tu ..Thanks to Zaidah kerana maklumkan awal perkara ni...Tapi buku2 tu kami tak sempat belilah, dah habis stok katanya .... Laris bah buku2 nya tu ...


Monday, July 6, 2009

Pentas Pilih Kasih di TV2

Malam minggu yang lalu, first time aku tertengok rancangan ini. Sebenarnya dah lama aku tahu tetapi keadaan tidak mengizinkan aku duduk depan TV dan kekadang tu terlupa pula. Sebelum ini, kawan aku dan bapa aku cakap OK rancangan ini ... Dia cakap para peserta melakonkan cerita2 dari filem Allahyarham P. Ramlee. Bah apa lagi, bapa aku tak tinggallah setiap minggu ...

Rupanya dah sampai episod ke lima dimana pesertanya hanya tinggal 16 orang dimana sudah ada 3 peserta tersingkir.. dan aku tertengok pun lebih kurang jam 9 lebih. Yang sempat aku tengok adalah monolog Tan Tin Tun. Mungkin disepanjang rancangan ini mereka kena bagi beberapa kumpulan untuk melakonkan beberapa monolog di atas pentas.. Disamping tu, ada satu cereka pendek yang mereka lakonkan di lokasi .. Cereka ini bertajuk Pemburuan (kalau tidak silap) dan setiap minggu bersambung2.. Agak ku lah ...Dalam cereka tersebut mereka semua ada, macam suspen ja ceritanya.. Dari segi dailog, mereka bercakap clear dan tak teragak2 ..diurang ni pun baru lagi..tapi tak nampak teragak2. Tetapi aku rasanya yang kurangnya adalah eksperasi muka mereka ...adalah beberapa peserta.. nampaknya macam kekok sedikit ..mungkin ini boleh diperbaiki dari minggu ke minggu ...yang perempuannya, ada juga sampai mengeluar air mata ..rasanya macam real lah ...ikut kondisi mereka masa tu konon....

Dan yang last part tu, kesemua mereka melakonkan cerita "Batu belah batu bertangkup" arahan Erma Fatimah ... hah, part yang ini aku tertarik ...hampir kesemua peserta berjaya membawa watak masing2 terutama watak Damak, Pekan dan ibu mereka tu ..best lah ...

So, lepas ni aku kena ikuti rancangan ini dan akan mencari data2 yang berkaitan seperti senarai peserta, episod2 yang lepas dan yang lain2 tu ... Kalau tidak silap ada di internet ..Senang2 akan ku cari ..

Selamat menonton ....

Thursday, July 2, 2009

Klinik UPSR anjuran Berita Harian di Sabah

Pada 27 dan 28 Jun hari tu, kami hantar Miza ke Klinik UPSR Fasa 2 yang diadakan di UMS. Excited bercampur nervous ja aku rasa ..macam aku ja yang pegi kan.. Tengok Miza macam rileks ja... (Fasa 1 hari tu dia tak dapat pegi) ...Bukan apa, inilah pertama kali Miza gi ke suatu tempat yang beliau belum pernah pergi, environment baru dan jumpa kawan yang belum dikenali. Sebelum ini memang tak pernah kecuali pergi ke sekolah dan ke rumah jiran2 terdekat ja. Al maklum, anak2 aku ni agak pendiam dan pemalu sikit.


Tengok Dewan Kuliahnya, waduh teringat masa dulu2. Kalau bilik kuliah macam ni, bah senang untuk kita mengangguk2 tanda setuju apa lecturer cakap kat depan ...faham2 lah yea ... Tulisan masa tupun, daripada terang pada mulanya lama kelamaan akan ke laut .. Lepas kelas, bila tengok balik, entah apa2 ja yang ditulis... Ini terutama kelas sebelah petanglah . Al maklum, dahlah perut masih penuh dan panas2 lagi bah jalan dari asrama ke dewan kuliah tu, naik bukit turun bukit...baru sampai .. apa tidaknya kan ... Tu lah pasal tak dapat 3 pointer tu ...ha..ha..


Inilah gambar terbaru Miza dengan penampilan dan imej terbaru ...Dah nak masuk alam remajalah anak ku ni ... Alhamdulillah selama 2 hari tu, nampaknya dia OK ja tanpa kami di sisi ..Insya Allah, dengan ilmu dan tunjukajar para perunding masa tu akan digunakannya untuk menjawab kertas2 UPSR dengan tenang yang hanya tinggal 2 bulan lah lagi .. Kita sebagai ibubapa hanya dapat membimbing, mendidik, menyediakan keperluan, memberi peluang dan mendoakan kejayaan mereka kelak. Yang selebihnya, bergantung juga dengan usaha, ikthiar dan keupayaan mereka juga kan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...