Wednesday, December 14, 2011

Gambar anak2 .......

Beberapa koleksi gambar anak2 semasa Majlis Perkahwinan Along ....... Seronok nampak diurang gembira kan dengan pose tersendiri ...











Tuesday, December 13, 2011

Perkahwinan Along ....

Nak share sedikit kat sini tentang Majlis Perkahwinan anak saudara aku @ anak kakak ke dua pada 26hb November yang lalu.  Kalau kawan2 di FB, mungkin sudah nampak koleksi gambar2 yang aku ambil masa majlis tersebut, di sini aku nak share beberapa gambar saja ya...


Acara bertitik seminggu sebelum majlis dibawa khas dari kampung


Di bawah beberapa gambar semasa Majlis Akad Nikah





Malam Majlis Berinai



Di hari Persandingan



Bergambar bersama keluarga pengantin lelaki


Bergambar bersama keluarga pengantin perempuan


Bergambar bersama keluarga ibu pengantin perempuan


Pakaian Tradisi Bajau



Majlis Memotong kek






Didoakan semoga ikatan pasangan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat dan semoga kehidupan mereka diberkati hendaknya....
Amin...


Sibuk...sibuk.....

Hai ketemu lagi di ruangan ku kali ni....ya jarang2 gak aku menulis ni...tu la alasannya...SIBUK, SIBUK... tapi tak juga la sesibuk manapun....Blog sendiri pun jarang gak dijenguk2.... Bila dijenguk, banyak pula komen2 para pengunjung yang mungkin aku kenali ataupun tidak ku kenali terutama dalam ruangan forum di tepi ni...tersentuh pula baca komen2 kamu orang di situ yang kepingin nak melawat/menjenguk lagi blog ini walaupun, rasanya tak la banyak info yang aku tulis di ruangan dan dalam blog yang tidak seberapa ini.  Itu cuma luahan hati, apa yang tersirat dan juga pengalaman serta cerita sendiri sahaja ...

Tu la, aku jarang juga nak menulis di sini.  Kalau ada yang tersentuh dan tersirat dilubuk hati dan nak diluahkan...baru aku dapat catat di sini ... kalau sekadar sedikit sahaja atau idea tersekat2, makanya tak update la blog ini ..tapi setelah membaca komen2 tentang blog ini rasanya macam aku ada tanggungjawab pula terutama perkongsian info2 yang berguna juga untuk semua orang ... ya lah kan, kadang2 kita hidup ni ada yang mempunyai pengalaman yang sama dalam mengharungi kehidupan yang cuma sementara ni, jadi sewajarnya la kita kongsikan melalui alam maya ini... Insya Allah, aku dapat update blog ini dengan info2 berguna yang boleh dikongsi bersama ....

Terlalu singkat rasanya , dah nak habis tahun 2011 ini..dan sekarang tinggal beberapa hari lagi kita akan ketemu lagi dengan tahun baru, angka baru dan secara tidak langsung angka umur kita juga dah bertambah 1 .... Bersyukur juga ke hadrat Allah SWT, aku masih diberi nafas dan kehidupan hingga ke hari ini, dan moga hari2 yang mendatang akan aku gunakan sebaik mungkin di landasan yang betul mengikut ajaran Nya..Insya Allah......disamping  juga memohon keampunan dari Allah SWT atas segala kesalahan dan kesilapan di hari2 yang telah ku lalui ... Semoga hal2 keduniaan ini tidak akan melalaikan aku dari menjalan kewajiban  yang sebenar di dunia ini ...Amin...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...