Showing posts with label Rumah terbuka. Show all posts
Showing posts with label Rumah terbuka. Show all posts

Wednesday, October 21, 2009

Pejabat Terbuka ITSC ..

Bulan Syawal dahpun berlalu, tapi aku nak share pasal kita orang punya "Pejabat Terbuka" sempena Aidil Fitri tempoh hari. Sebenarnya, inilah kali pertama unitku mengadakan "makan2" orang bilang dan OPEN untuk unit2 lain. Sebenarnya, sebelum tu kami telah adakan beberapa sesi "brainstorming" dan perbincangan siap dengan TRIAL lagi (sila tengok gambar di bawah..tapi ini untuk kita2 aje..) walaupun tanpa kehadiran BOS. Setelah semua dah beres baru kami buat laporan kepada BOS .. Nasib baik PASSED ... kalau tidak ...



Ini gambar2 kita orang semasa buat persiapan terakhir iaitu acara susun menyusun, potong lemang.. Siap ada pegawai inspektor lagi, saja nak tengok expire kah tidak ..hehehehe... Last sekali Mr. Joe buat pemeriksaan terakhir,.....dalam hati "....cukup kah tidak makanan ni ah?...."







Susunan minuman, desert dan kuih muih ...siap dengan hiasan buluh lagi tu ...



Antara kakitangan2 dari unit lain yang hadir... Meriah juga lah ...








Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan makanan masih ada walaupun sampai ke petang. Inipun berkat kerjasama dan tolong menolong sesama kami ..al maklumlah, pejabat kan rumah kedua kita ... Jadi kita kena ada rasa tanggungjawab dan untuk menjaga nama baik ...(tak gitu..)


Sehari selepas pejabat terbuka, ada Post Mortem lagi tu..tapi kali ini makanan "sendirian berhad" ...

Friday, October 16, 2009

Rumah Terbuka Aidil Fitri Tiaranita

Bulan Oktober ni aku agak sibuk sikit, macam2 program dan aktiviti yang akan dan telah diikuti. Selain pergi rumah terbuka sedara mara2 dan rumah kawan2, tidak kurang juga rumah terbuka di pejabat dimana beberapa unit telah mengadakan nya termasuk unit ku sendiri (tunggu artikelnya akan menyusul kemudian )... Pada tarikh 9/10 yang lalu Persatuan isteri2 dan anggota wanita TM cawangan Sabah telah mengadakan Rumah Terbuka Aidil Fitri sejurus selepas mengadakan Mesyuarat Agung Dwi tahunan. Seramai 10 kanak2 dari Sekolah Sri Mengasih dijemput dan diraikan pada majlis tersebut. Tersentuh juga hati kecilku bila melihat keadaan diurang, agaknya naluri keibuan dan kewanitaan tu ada ..chewah ..Ya lah memang betul..Sedih rasanya ..lebih2 lagi masa diurang nak balik tu ...



Walaubagaimanapun, gembira juga hati bila melihat diurang gembira bila diberi peluang bermain satu permainan berebut kerusi .. Seronok rasanya hati diurang tu ya...


Beberapa acara telah dipertandingkan, salah satunya adalah pertandingan menganyam ketupat dimana Sapia telah mencuba nasib...

Dan juga pertandingan siapa paling banyak makan sate .. cabarannya adalah sate kerbau dan bukannya sate ayam..jadi faham2 ja lah sate kerbau ni agak liat sikit ..lagipun masa tu masing2 dah kenyang .. selepas menikmati juadah ...


Walaubagaimanapun, tersangkut juga Noridah dari unit ku dan dapat no. 2 dalam pertandingan makan sate. Dan yang tak disangka2 kak Nor dapat hadiah misteri iaitu Wanita Teranggun pada majlis tersebut ...


Bagi kami yang tidak ikut apa2 acara, posing ja lah di pejabat sebagai kenang2 an...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...