Friday, October 16, 2009

Rumah Terbuka Aidil Fitri Tiaranita

Bulan Oktober ni aku agak sibuk sikit, macam2 program dan aktiviti yang akan dan telah diikuti. Selain pergi rumah terbuka sedara mara2 dan rumah kawan2, tidak kurang juga rumah terbuka di pejabat dimana beberapa unit telah mengadakan nya termasuk unit ku sendiri (tunggu artikelnya akan menyusul kemudian )... Pada tarikh 9/10 yang lalu Persatuan isteri2 dan anggota wanita TM cawangan Sabah telah mengadakan Rumah Terbuka Aidil Fitri sejurus selepas mengadakan Mesyuarat Agung Dwi tahunan. Seramai 10 kanak2 dari Sekolah Sri Mengasih dijemput dan diraikan pada majlis tersebut. Tersentuh juga hati kecilku bila melihat keadaan diurang, agaknya naluri keibuan dan kewanitaan tu ada ..chewah ..Ya lah memang betul..Sedih rasanya ..lebih2 lagi masa diurang nak balik tu ...



Walaubagaimanapun, gembira juga hati bila melihat diurang gembira bila diberi peluang bermain satu permainan berebut kerusi .. Seronok rasanya hati diurang tu ya...


Beberapa acara telah dipertandingkan, salah satunya adalah pertandingan menganyam ketupat dimana Sapia telah mencuba nasib...

Dan juga pertandingan siapa paling banyak makan sate .. cabarannya adalah sate kerbau dan bukannya sate ayam..jadi faham2 ja lah sate kerbau ni agak liat sikit ..lagipun masa tu masing2 dah kenyang .. selepas menikmati juadah ...


Walaubagaimanapun, tersangkut juga Noridah dari unit ku dan dapat no. 2 dalam pertandingan makan sate. Dan yang tak disangka2 kak Nor dapat hadiah misteri iaitu Wanita Teranggun pada majlis tersebut ...


Bagi kami yang tidak ikut apa2 acara, posing ja lah di pejabat sebagai kenang2 an...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...