Friday, July 22, 2011

Lama tak update blog, pasal apa??...

Rajin pula aku update blog tahun ini ya...Tahun lepas boleh kira ja entri aku...Bukan apa sebenarnya, kami sekeluarga diuji lagi dimana kalau tidak silap sebelum Raya puasa tahun lepas, bapaku telah dikesan ada batu karang di hempedu dan saluran darahnya...Untuk tidak membahayakannya , maka kami bersetuju untuk membuat pembedahan untuk ke tiga kali bapaku (kalau tidak silap).. Pembedahan pertama disebabkan oleh tulang/urat terseliuh sebelah pinggangnya, kedua pembedahan usus dimana didapati sebahagian ususnya rosak dan perlu dibuang.  Kalau tidak dia akan senantiasa ada masalah perdarahan dan ketiga tu pasal batu karang la pula... Masa tu dia lama sikit tinggal di Hospital disebabkan perlu banyak ujian ... Kesian kan...Tapi tu lah hakikatnya kami kena terima ketentuan dari Nya .... Alhamdulillah kami bersyukur pembedahan selamat dibuat di DSC tempat kakakku kerja ...


Dan tahun ini (awal bulan Mei yang lalu)...sekali lagi, kami dikejutkan dengan keadaan bapaku tiba2 tidak sihat dan muntah di tengah malam...Fikirkan masalah gastrik sahaja dan bawa dia ke hospital terdekat ja, tetapi alangkah terkejutnya kami tiba2 paginya beliau dah tak boleh bergerak sendiri.  Mujur kami cepat sedikit ...(tapi mungkin agak terlewat juga sedikit)..hantar dia ke DSC sekali lagi... Selepas diperiksa dan disahkan dia kena mild stroke dan walaubagimanapun tidak ada perdarahan di otak..... Syukur Alhamdulillah ...Pada mulanya selepas beliau keluar dari hospital beliau tak boleh bergerak sendiri dan perlu bantuan orang lain tetapi Alhamdulillah sekarang ini, beliau dah boleh bergerak/berjalan sendiri walaupun di rumah sahaja menggunakan tongkat ..Insya Allah kami doakan moga dia cepat sembuh seperti sedia kala ... Amin..Amin ya Rabb ...

Tu la kan, teringat pula aku dengan satu pepatah..."Dengan wang kita boleh membeli jam tapi kita tidak boleh membeli waktu, Dengan wang kita boleh membeli ubat dan membayar biaya perubatan tetapi kita tidak boleh membeli kesihatan yang sudah hilang " ... Lebih kurang macam tu la...

Tuesday, July 19, 2011

Party Tupperware

Tempoh hari aku ikut Party Tupperware dimana kita orang telah diajar cara buat Egg Tart...Of Course la guna product Tupperware la kan ... Nampak ringkas, senang dan cepat ....


Bukan itu saja, kita orang kena demonstrate  cara jaga bibir ...first time la aku tengok rupanya bibir pun boleh kena mask ... untuk mengekalkan kecantikan ..... ehem...no komen...

Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia

2 Julai yang lepas, aku join sekali ngan yati dalam Program 1M 1S 1M bagi SK St John Tuaran... Best gak sekali sekala kalau ada program macam ini ... Pihak sekolah dan PIBG sepatutnya boleh masukkan program sebegini dalam aktiviti sekolah masing2, disamping ianya dapat mengeratkan lagi silaturrahim diantara ibu bapa dan para guru , kita dapat juga execise untuk menyihatkan badan.  Almaklum kita ni jarang bersukan kan ...

Nasib SK St John masa tu terpaksa lari di padang yang berair memandangkan malam sebelumnya hujan lebat ... Walaubagaimanapun, salute gaklah dengan guru2 nya sporting juga dorang ... Ni antara gambar2 yang sempat diambil masa tu .... Semasa Senamrobik ...




Acara Tupperware

Hari Ahad lepas, pertama kali aku pegi ke Tupperware punya acara untuk celebrate Consultant2 yang dah naik ranking.  Kalau dulu aku masuk Tupperware hanya sempat beli beberapa jenis container Tupperware tanpa pernah mengikuti sebarang acara, aktiviti, party  ataupun training....Tapi ni kali, aku mo tengok sendiri macam mana rasanya ikut sekali walaupun aku baru bergelar Consultant ja...He...he...,bila agaknya aku naik ranking ni ya...



Memandangkan aku baru bergelar Consultant, makanya aku tidak beria2 dan terlupa pula nak bawa kamera.  Sebagai kenang2 an, maka aku ambil ja la guna HP yang nda canggih ni...So gambar tak berapa clear la....

Wahhhh...Memang Happy dan "High Energy" la semua orang dari MC nya, Motivator nya yang bersemangat ...dan para penari2 nya....ehem...ehem...bule tahan.....  Yang bestnya siapa2 yang dapat tiket bertuah dapat gak container Tupperware dan ada yang kena denda lagi ...yang lucunya ada yang kena menari chicken dance... teringat pula aku ngan budak2 tadika yang buat persembahan masa concert sekolah.... Walaubagaimanapun, tidak dilupakan juga kepada hadirin,  dapat gaklah attendance gift berupa product Tupperware beserta voucher RM50.00...OK gak lah kan.......

Ni gambar hadirin yang dapat tiket bertuah sedang menari "Chicken Dance" bersama MC ...


Di bawah adalah berstatus ranking tertinggi di Sabah....Memang diurang ni aktif lah....Kalau aku tak pasti lagi boleh kah tidak ...


Motivator Mr. Reggie.....penuh bersemangat owh...


Tengah mengayakan bakul@cenderahati dari Group Tupperware Sabah ..

Sunday, July 17, 2011

Ketika Cinta Bertasbih

Sebentar tadi aku baru habis tengok cerita Ketika Cinta Bertasbih selepas 2 hari berturut2 iaitu Siri 1 dan 2 di channel 142...Indo Pek, Astro...

Aku sukalah jalan ceritanya, dialog2 yang digunakan, karektar2 pelakon2nya seiring dengan nama2 yang digunakan dalam cerita ini sungguh sedap didengar seperti Abdullah Khaerul Azzam, Anna Anthafunnisa, Ayatul Husna, Furqan, Eliana (yang ini mungkin dah biasa dengar) dan yang lainnya.  dan yang paling penting Happy Ending la...Best, rugi kalau tak tengok.  Rasanya aku suka lagi cerita ini berbanding dengan cerita Ayat2 Cinta yang juga di adoptasi dari Novel Ayat2 Cinta.  Mungkin kerana aku ada baca novelnya, maka bila ceritanya ditayang di TV, macam ada lagi peristiwa2 yang berlaku dalam novel tersebut tetapi tak diceritakan/dilakonkan.  Seolah2 macam tak berapa lengkap pula...

Mungkin entri ini ada kaitannya dengan entri aku sebelum ini iaitu berkaitan dengan Wanita Solehah.  Dalam cerita ini, majoriti anak muda dan anak gadisnya  hidup berlandaskan agama, teguh dengan perinsip, berjiwa besar dan masih patuh dengan ajaran ibu bapa, patuh dengan kehendak orang tua terutama dengan soal jodoh.  Contohnya, karekter Abdullah Khaerul Azzam, anak muda lulusan Al Azhar yang belajar di Kaherah selama 9 tahun sambil melakukan part time job di sana, dengan membuat tempe serta masak memasak demi menampung perbelanjaan emak yang hanya melukis Batik  dan 3 adik perempuannya di Indonesia.  Walaupun dia cuba diuji dengan seorang perempuan yang cantik dan kaya tetapi dia berpegang kepada perinsipnya dimana ia hidup hanya berpandukan Al Quran dan Hadis.  Soal jodoh dia serahkan kepada ibunya dan para ulama atau kiai untuk memilih siapa saja yang layak untuk dirinya meskipun ia belum pernah melihat wanita itu ...Wah, adakah lagi lelaki macam ini pada zaman sekarang ya....suruh orang lain carikan jodoh untuk nya.....susah mo cari kan?....kalau ada pun mungkin 1 dalam seribu.... kalau la anak2 muda sekarang ini berkelakuan seperti karakter Azzam ini, rasanya gejala sosial yang melanda sekarang ini sedikit sebanyak dapat dikurangkan... Moga anak2 generasi kita senantiasa di bawah lindungan Nya dan dijauhkan dari segala godaan dunia dan senantiasa di jalan yang lurus...Amin..Amin..Amin..... Ya Rabbal Alamin....

Dipendekkan cerita jodoh itu ditangan tuhan, setiap perkara yang kita tidak ingini dan setiap musibah yang berlaku ada hikmah disebaliknya.  Kita kena redha dengan ketentuanNya dan percaya dengan Qada' dan Qaddar yang telah ditetapkan oleh Allah SWT ....

Wallahualam bisawab....

Saturday, July 16, 2011

Wanita Solehah

Aku amat tertarik dengan satu Artikel dalam Berita Harian kelmarin berkaitan dengan Wanita Solehah oleh Eksekutif Penyelidikan Editorial TV Alhijrah, Syed Shahridzan Syed Mohamed dimana mereka akan memperkenalkan satu lagi program realiti di TV. Sungguh dalam maksud yang tersirat dalam kata-katanya. Untuk dikongsi bersama dan juga sebagai panduanku dalam melayari dunia yang cuma sementara ini....Moga diri ini senantiasa di bawah lindungan dan rahmatNya ...Amiin...

“Kecantikan wanita Solehah itu terlihat apabila ilmu menjadi benteng jiwanya, auratnya sentiasa dipelihara, pergaulannya dibatasi, pertuturannya penuh hormat dan rendah diri, sifat malunya menjadi pengikat nurani dan kepetahannya menjadi saluran untuk memartabatkan agama tercinta,”.

Renung-renungkan la ya....

Thursday, July 14, 2011

Terjumpa kawan lama

Tak dijangka, kelmarin aku terjumpa kawan lama masa belajar kat ITM dulu.  Diurang datang dari KL untuk buat briefing sambil2 jumpa staff IT di sini. Pada mulanya memang aku tak perasanpun, tetapi setelah beberapa minit dalam mesyuarat, baru aku perasan macam kenal lah seseorang tu tapi tak berani nak tegur/sapa/tanya takut salah orang, sehinggalah namanya disebut dan sah memang kawan aku belajar dulu.  Wah punya lama kami nda berjumpa, hampir 22 tahun lamanya.  Walaubagaimanapun, masih boleh kenal jugala, ada berubah sikit2 saja mukanya, almaklum dah jadi orang penting...ehem..ehem..

Di bawah gambar kita orang dolu2....masih muda belia lagi...tak sangka terjumpa juga ya dalam satu pejabat...orang tua2 bilang (perasan masih muda)....dunia ni kecik nak....

Monday, July 11, 2011

Masuk semula ke Bisness Tupperware

Baru2 ni aku Masuk Semula ke Tupperware punya bisness ...Sebenarnya sudah lama aku tidak membeli produk Tupperware ni (suatu ketika dulu aku pernah jadi ajen juga la)...Alah...sebut Tupperware, di kepala mesti terlukis barang plastik untuk simpan barang2 di dapur, walaupun sebenarnya banyak jenama di pasaran, tupperware punya brand ni ..orang bilang ada nama la kan dan harganyapun boleh tahan juga ...Cantik memang cantik dan dapur kita tersusun gitu....taklah berserabut almari dan fridge kita kan...




Tapi bila diajak oleh kawan ke satu Party baru2 ni...(Tupperware memang guna term PARTY ni untuk berkumpul ramai2 sambil buat jualan)...Barula aku tau rupanya sekarang ni bukan sahaja bekas2 barang dijual, rupanya dari jenis bahan pencuci di dapur sehinggalah ke produk kesihatan dah barangannya...Bah apa lagi aku Rejoined lah...Macam minat juga kumpul dan mencuba produk2 Tupperware ni....Mana tau ngam kan sambil2 tu ada gak aktiviti lain aku kan...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...