Thursday, July 14, 2011

Terjumpa kawan lama

Tak dijangka, kelmarin aku terjumpa kawan lama masa belajar kat ITM dulu.  Diurang datang dari KL untuk buat briefing sambil2 jumpa staff IT di sini. Pada mulanya memang aku tak perasanpun, tetapi setelah beberapa minit dalam mesyuarat, baru aku perasan macam kenal lah seseorang tu tapi tak berani nak tegur/sapa/tanya takut salah orang, sehinggalah namanya disebut dan sah memang kawan aku belajar dulu.  Wah punya lama kami nda berjumpa, hampir 22 tahun lamanya.  Walaubagaimanapun, masih boleh kenal jugala, ada berubah sikit2 saja mukanya, almaklum dah jadi orang penting...ehem..ehem..

Di bawah gambar kita orang dolu2....masih muda belia lagi...tak sangka terjumpa juga ya dalam satu pejabat...orang tua2 bilang (perasan masih muda)....dunia ni kecik nak....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...