Friday, June 12, 2009

Drama Matahari TV3

Semalam aku melayan episod akhir Drama Bersiri Matahari lakonan Lis Dawati dan beberapa pelakon handalan yang lain seperti Fahrin Ahmad, Ako Mustapha, Adi Putera dll...

Sebenarnya, aku taklah mengikuti kesemua episod kadang2 ja mana yang sempat ditengok.. Ini disebabkan kesuntukan masa terluang dan masa tayangannya pula tak mengizinkan aku untuk duduk saja menonton dari mula hingga tamat rancangan .... Walaubagaimanapun, aku suka jalan cerita drama ini .. Ia mengisahkan seorang wanita kampung, yatim piatu dan hanya ada seorang kakak, hidup mengharungi beberapa cabaran dan dugaan hidup berseorangan dimana ia terpisah juga dari kakaknya yang telah berkahwin dan tinggal di luar negara bersama suaminya. Beliau pada mulanya baik tetapi pada akhirnya menjadi seorang yang jahat hanya kerana untuk mencapai impiannya yang tidak kesampaian sebelum itu. Walaupun kesenangan dan kemewahan hidup telah beliau nikmati namun rasa ketidakpuasan terhadap apa yang telah diperolehi dan demi mencapai impiannya mendorong beliau melakukan sesuatu yang tak masuk akal dan akhirnya ia tersungkur jua.. Best ceritanya. Kalau ada ulangan dan masa tayangan sesuai, nak tengok lagi cerita ini...

Bagi aku, ambil yang positif ja dari kesimpulan drama ini dimana kita haruslah sentiasa bersyukur dengan apa jua nikmat dan kurnian yang kita perolehi dari Nya tak kira ianya sama atau sedikit dari orang sekeliling kita. Jangan sampai kemahuan kita di dunia ini menguasai akal dan fikiran kita dan seterusnya mendorong kita lari dari tujuan kita sebenar-benarnya ........

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...