Wednesday, September 30, 2009

Besi sudah dapat dibuka

Walaupun aku bercuti sehari sahaja selepas raya tempoh hari, tapi itupun kena bawa Hadif ke hospital untuk membuka besi di tangannya. Alhamdulillah setelah 4 kali kami ke hospital, akhirnya tulangnya dah hampir sembuh dan besi dah dapat ditanggalkan.

Pada mulanya fikir juga sama ada mau bius lagi atau cabut begitu sahaja. Ada yang cakap taklah sakit sangat semasa nak cabut tu. Tapi, besi di tanganlah katakan.. Kalau kita tengok memangpun sakit kan...Kalau luka sikitpun sakit, apa lagi besi dalam tangan nak di keluarkan.. Tapi fikir punya fikir, risau juga masuk wad lagi , macam2 lagi nanti difikirkan. Akhirnya, kami tawakal ja lah, cabut begitu sahaja... Belum masuk bilik lagi, air mata Hadif dah mengalir.. Takut dan risaulah tu ...

Aku hanya menunggu di luar bilik dan suamiku yang menemani beliau. Macam tak sangup juga tengok melihat beliau merasakan kesakitan tu... Semasa menunggu, aku dengar tangisan dan suaranya yang agak kuat juga.. Mau ja masuk ke dalam.. Tapi rasanya tangisannya sekejap ja.. jadi aku fikirpun OK lah tu .. Alhamdulillah tak apa2 yang merisaukan sangat...Mungkin rasa taku ja lebih..Sakitnya tak lah sakit sangat ..nyelu sahaja ...

Inilah rupa besi tersebut ...



Beraya di rumah pak cik

Raya ke tiga kami sekeluarga pergi beraya di rumah pak cik iaitu satu2 nya adik beradik bapaku yang tinggal.. Terkedu seketika melihat keadaan pak cik yang hanya mengenali kami melalui suara. Beliau sudah tak nampak apa2 hanya samar2 katanya. Sebenarnya, kami ada juga melawat beliau semasa kami dapat tahu yang beliau sakit masa tu dimana dia masih lagi nampak dan sibuk menunjukkan kad2 rawatan dari doktor kepada saya dan suami.

Dan pada satu ketika juga, suami ada pegi ke rumah beliau semasa kenduri, itupun difahamkan bahawa dia masih nampak menggunakan sebelah mata sahaja...Itulah, dek kerana kesibukan kita dengan urusan duniawi ni, hingga pak cik sendiri tak terlawat selalu walaupun jarak rumah taklah jauh sangat.
Yang sedihnya lagi tu, semasa kami nak pulang dia menghantar kami hingga ke luar rumah dan sempat melambai2kan tangan ke arah kami, walaupun sebenarnya beliau tak nampak apa2. Kami hanya mampu berdoa moga beliau masih boleh disembuhkan dan boleh melihat semula...Amiin....
Ini gambar kami semasa raya tahun lepas dimana beliau masih boleh melihat ...

Salam Aidilfitri 1430H

Mungkin belum terlambat lagi untuk aku ucap Salam Aidil Fitri 1430H untuk semua yang merayakan. Bagi yang mengenali diriku maaf dipinta kiranya ada salah dan silap disepanjang pergaulan kita dan mohon maaf sebab SMS pun tak terkirim dan terbalas bagi yang ada mengirim SMS mahupun mail...Al maklum..sibuk kunuun......


Raya tahun ni, aku sempat buat laksa saja ...





Disamping juadah2 yang lain tu ....



Walaubagaimanapun, sempat juga aku buat beberapa jenis kek ..Aku tengok resipi dalam blog Rozzan dan Diana ...

Ini kuih2 yang sempat di......tempah dan dibeli ...(he..he.., yang ni memang tak cukup masa sebab cutipun sikit sahaja lagi tinggal)...


Raya pertama kami sempat gi rumah mak mertua sahaja di Likas..


Memandangkan, ramai tetamu datang memang tak dapat beraya ke mana2. Anak2pun di rumah ja dan main online game di notebook ....



Ini gambar Hadif dan Yati main bunga api .....


Wednesday, September 9, 2009

Hadif beraya dengan besi masih di tangan

Hari ini kali ketiga kami pergi ke Hospital Queen dengan harapan moga besi akan ditanggalkan. Walaubagaimanapun, kami balik dengan perasaan sedikit kecewa sebab besi di tangan Hadif masih juga belum dapat ditanggalkan dengan alasan yang sama tulang baru belum berapa "form".. itu doktor cakap....Lagi pula, mesin X Ray di Hospital rosaklah pula..Terpaksa menggunakan mesin lain, yang mana doktor cakap keputusannya tak sejelas keputusan hasil X Ray. Mau tidak mau, terpaksalah lepas raya, buat temu janji lagi ....

Dengan itu terpaksalah Hadif beraya dengan besi di tangan..Apa boleh buat kan, itulah ketentuan Nya....Kami kena sabar dan redha ja..Insya Allah lepas raya nanti, besi betul2 dapat dikeluarkan.

Tuesday, September 8, 2009

UPSR bermula hari ini

Pada hari ini, UPSR sedang berjalan iaitu kertas BM I, BM II dan Matematik kertas II. Apa agaknya keadaan Miza di bilik peperiksaan di saat dan ketika ini yea?.. Aku harap dia dapat menjawab semua soalan dengan mudah, tenang dan teliti. Kita sudah berusaha, bertawakal, berdoa dan sekarang hanya terserah kepadaNYA untuk menentukan segalanya.. Amiin...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...