Showing posts with label Cerita pejabat. Show all posts
Showing posts with label Cerita pejabat. Show all posts

Tuesday, September 25, 2012

Pengalaman dalam bidang pemasaran...

Hei, bertemu kembali ya...Sorry, lambat muncul...Terima kasih atas semua komen pengunjung2 yang sudi menjenguk blog saya ni .. Thanks for your support & praise ..i hope to be able to update this blog often ...Insya Allah...
 
Kebelakangan ini agak sibuk juga sedikit, mana tidaknya sibuk ngan kerja seharian & terlibat menjual produk TM walaupun tidak ada pengalaman sebelum ini, almaklum kerja mengadap PC ja, sekali sekala seronok gak pula berjumpa ngan pelanggan ini...Satu pelanggan berharga rasanya .. Bukannya dipaksa pun cuma sebagai sukarela ja & saja-saja nak merasa bagaimana susahnya nak dapat satu pelanggan untuk membeli produk & servis kita ... Walaupun tidak seberapa pelanggan yang dapat kami cari & dapat, sedikit sebanyak dapat juga membantu & sekaligus menambah pendapatan majikan ...tempat kita cari makan la katakan...
 
Nak sharelah beberapa gambar2 yang ku ambil semasa Program Jom Redah & Program Gerak Gempur iaitu Program mencari dan berjumpa ngan pelanggan ni ...
 
 

 
Ni gambar ramai2 sebelum flag off ....
 
 
Semasa flag off oleh pihak pengurusan
 
 
Susah rupanya nak jumpa pelanggan ni, lebih2 lagi kalau pintu pagar berkunci , itu belum lagi kes kena kejar anjing ...hehehe ..
 
 
Mission completed .... ya hoo..
 

Tuesday, August 23, 2011

Mengikuti Program Qaseh Ramadhan anjuran Tiaranita Sabah

Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan Salam Ramadhan kepada semua pengunjung blog ni yang beragama Islam...Moga segala amal ibadah yang telah kita lakukan disepanjang Ramadahan ini diterima oleh Allah SWT ..lebih2 lagi pada 10 terakhir Ramdhan tahun ini...Insya Allah ...

Sebenarnya, aku kembali sibuk selepas aku rajin meng update blog sebelum ini, tu la pasal, blog aku sunyi sekejap... Disamping tugas seharian di pejabat dan tanggungjawab di rumah aku juga sibuk untuk update blog ... Bukan blog kedua ku tapi blog Tiaranita di http://tiaranitasabah.blogspot.com. Memandangkan Tiaranita banyak aktiviti akhir2 ini makanya blog perlu juga di update senantiasa... tu la juga sebahagian dari tanggungjawabku sekarang ini....

Siang tadi aku terlibat dengan Program Qaseh Ramdadhan dimana beberapa wakil Tiaranita Sabah dan aku pergi menjejaki dan memberi sumbangan yang tidak seberapa kepada keluarga2 terpilih demi meringankan sedikit bebanan mereka dalam menyambut Syawal yang tak lama lagi ...

Waduh sayu juga hati melihat keadaan mereka yang serba kekurangan bila dibandingkan dengan aku ni, kita perlu bersyukur rupanya ada lagi orang yang diuji dengan dugaan sebegitu.  Itulah hakikat hidup sebenarnya .... Merekapun amat bersyukur dengan kunjungan kami.  Moga program sebegini dapat diteruskan lagi ..

Aku tak banyak ambil gambar dengan kameraku cuma menggunakan kamera kawan...Kalau berminat nak tengok gambar2 lain sila rajin2 kunjungi blog Tiaranita Sabah yang akan di update sedikit masa lagi ...


Ya Allah jadikan aku dari golongan yang senantiasa mensyukuri segala nikmat yang telah Engkau berikan dan jadikan aku senantiasa mengingati bahawa segala yang ada dalam dunia ini hanya milik Mu dan dunia ini hanya sementara bagi kami ....Amiin...





Friday, November 6, 2009

Team Building ...

Sebenarnya ada beberapa artikel aku nak masukkan dalam blog ni tetapi disebabkan akhir2 ini aku agak sibuk juga dengan urusan keluarga dan kerja maka tertangguhlah sedikit. Bagi kawan2 yang tidak dapat tengok facebook, aku nak share tentang aktiviti2 dan program2 yang aku ikut sejak kebelakangan ini.
Pada 23hb Oktober yang lalu unitku telah mengadakan Team Building, lokasinya di Hotel Hyatt Kota Kinabalu. Rasanya inilah Team Building yang pernah aku ikuti yang aku rasa sungguh santai sekali dan tak perlu memerahkan otak berabis. Seronok rasanya bila sesekali diberi peluang macam ini oleh pihak pengurusan. Boleh mengurangkan stress juga la....



Kami telah di bahagi kepada 3 kumpulan termasuk bos2 dari KL. Di bawah adalah antara gambar2 semasa kami buat aktiviti atau perlawanan antara kumpulan masa itu. Kalau tidak silap ada 9 games yang perlu kami buat dan dipertandingkan. Ia cuma permainan tetapi disebalik setiap permainan itu ada tujuannya seperti menggalakkan kita kerja berkumpulan, kepekaan terhadap sesuatu tugasan, cara konsentrasi kiranya ada gangguan dari sekeliling dan macam2 lagi lah.




Pada malamnya kita orang dikehendaki membuat persembahan kumpulan masing2. Persembahan yang juga suka2 dan tidak perlu serius sangat.




Dan kami juga telah buat surprise game untuk bos2 kami dari KL iaitu lumba makan langsat. Pada awalnya nak suruh diurang makan buah tarap, tetapi memandangkan buahnya kami tak sempat beli, jadi makan buah langsat ja lah. Sebenarnya, game ni diurang tak tahu pun. Minta maaf ya bos. Sekadar suka2 ja...


Dan ini acara penyampaian hadiah kepada pemenang2 ... "The most popular man/women..."




Yea..kumpulan kami juara ...Mamarazzi Yakin Boleh ....






Seronoknya kak Nor bawa bos2 menari ...tak pe sekali sekala kan......

Lagi gambar kita orang sila layari .. http://picasaweb.google.com/Yannik9396/SabahTeamBuilding

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...