Showing posts with label Jumpa kawan. Show all posts
Showing posts with label Jumpa kawan. Show all posts

Thursday, July 14, 2011

Terjumpa kawan lama

Tak dijangka, kelmarin aku terjumpa kawan lama masa belajar kat ITM dulu.  Diurang datang dari KL untuk buat briefing sambil2 jumpa staff IT di sini. Pada mulanya memang aku tak perasanpun, tetapi setelah beberapa minit dalam mesyuarat, baru aku perasan macam kenal lah seseorang tu tapi tak berani nak tegur/sapa/tanya takut salah orang, sehinggalah namanya disebut dan sah memang kawan aku belajar dulu.  Wah punya lama kami nda berjumpa, hampir 22 tahun lamanya.  Walaubagaimanapun, masih boleh kenal jugala, ada berubah sikit2 saja mukanya, almaklum dah jadi orang penting...ehem..ehem..

Di bawah gambar kita orang dolu2....masih muda belia lagi...tak sangka terjumpa juga ya dalam satu pejabat...orang tua2 bilang (perasan masih muda)....dunia ni kecik nak....

Monday, February 9, 2009

Jumpa dengan seseorang....

Selamat ketemu kembali..Lama tak update blog. Sebenarnya ada banyak perkara yang perlu diselesaikan dan mungkin agak sibuk sikit tahun baru ni..Almaklum, tahun baru kena aggresive sikit chewah...

Ni nak share, hari tu aku ketemu aku punya ex classmate semasa belajar di ITM dulu.. dah lama tidak berjumpa rasanya hampir 20 tahun gitu.. tapi masih maintain bah... Pertemuan memang tidak diduga, tidak dirancang dan langsung tak terfikir dapat berjumpa di tempat tu.. Terkejutpun ada...Nak tau siapa dia....Jeng..jeng...jeng....

Inilah orang kuat e-group kami Ex-ITM86-89, Hj Ramlie namanya. Atas usaha beliau lah, kami senantiasa berhubung antara satu sama lain ngan member2 yang lain. Masih kenal lagi bah walaupun dah lama tak berjumpa. Inilah kebaikan adanya kemudahan internet sekarang ni. Seolah2 selalu gak jumpa..Walaupun jumpa sekejap, dapatlah kami sembang2 dan tanya khabar masing2. Ini pula gambar kita orang sama-sama tengah makan...

Jumpa di mana yea....??????

Friday, December 5, 2008

Jumpa Mimi - Ex-ITM



Minggu lepas Mimi dan keluarganya datang ke rumah. Lebih kurang 20 tahun endah berjumpa. Tak sangka boleh juga berjumpa setelah sekian lama kan, dah jadi mama2 budak... Itulah dia persahabatan kan.. nak seribu daya tak nak seribu dalih, kalau tak ada usaha tu taklah dapat berjumpa kan.... Entahlah tak pasti lagi, bila agaknya kami boleh berjumpa selepas ni..., Mimi ni dulu komander kesatria tau, suaranya memang power woh... Tak banyak perubahan beliau, style dan percakapan masih sama..Walaupun jumpa sekejap, tapi sekurang-kurangnya aku tau juga sedikit sebanyak cerita2 member2 di Semenanjung yang tidak ada diceritakan dalam e-group, ..... Ah...apa dia?... rahsiaaaa.... Ni pula, gambar kita urang berdua....

Wednesday, October 22, 2008

Gambar ngan member ex-ITM di KL (Anor dan Alang)





Nak share ckit gambar kita orang semasa berkursus di KL ari tu bersama Sapia. Ni di rumah Anor tapi tidak ingat tempat dimana..KL lah kan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...