Showing posts with label Percutian. Show all posts
Showing posts with label Percutian. Show all posts
Tuesday, June 16, 2009
Tuesday, June 2, 2009
Cuti Pesta Menuai dan cuti sekolah....
Minggu lepas, Sabah cuti Pesta Menuai 30 dan 31 Mei .. So hari Isnin, kita orangpun cuti gak lah..tapi walaupun cuti anak aku terutama Miza padat juga jadualnya pada minggu pertama cuti sekolah ni. Mana tidaknya, sekolah diurang adakan kelas bimbingan hingga jam 11:00 pagi. Lepas tu kena bekejar ke Tuaran untuk mengikuti kelas gantian tusyen yang tidak dapat diadakan pada 13hb Jun, ni hingga jam 1:00 petang. Lepas tu nanti, kelas membaca Al Quran juga terpaksa diadakan waktu siang memandangkan ustazah diorang tak boleh mengajar waktu malam pula. Waduh, bukan cutilah namanya....Fikir punya fikir dan ambil kira siapa nak hantar diurang dari sana ke sini (almaklum, aku dan husband kena ke KK juga - aku memang terpaksa bekerja dalam minggu ni sebab dah ramai staff ambil cuti termasuk bos, so tak boleh ambil cuti), dengan itu terpaksalah anak2 aku belajar membaca Al Quran di rumah ja lah. Siang belajar dengan parents dan nanti malam kami yang ajar ... Sebenarnya, boleh juga kita nak mengajar tetapi tahulah anak2 sekarang kalau bergantung hanya belajar di rumah ni, ada saja alasan diurang....Itulah pasal disamping belajar di rumah , kami terpaksa cari guru lain juga ......bikin tambah2 orang bilang...
So hari minggu lepas, memandangkan diurang Miza dan Nisa tak ada kelas tusyen, aku dan husband bercadang bawa diurang jalan2 ke KK ja sebab dah lama tak bawa diurang ni..Yalah setiap weekendpun ada saja urusan termasuk tusyen hujung minggu dan kadang2 ada undangan kahwin, kenduri dll. Tak kemana pun, cuma nak bawa diurang round2 kat 1Borneo, tempat diurang suka lepak...Lepas makan tengah hari di rumah, kita orangpun jalan, dan sampai saja ke kawasan 1Borneo, waduh banyaknya orang plus kereta park sampai di luar....di dalam pun dah full parking, mau tidak mau terpaksa kami ke Likas ja lah iaitu ke rumah mak mertua. Terpaksalah kami memujuk anak2 sebab nenek diurangpun tak berapa sihat untuk berjalan lagi, so kena jengok2 selalu...At last diurangpun setuju dan kamipun beli lah apa2 makanan untuk di bawah ke sana...
Balik dari Likas, anak2 aku masih nak bawa jalan2..tapi bila masuk bandar..waduh, kereta blok sana sini lagi....agaknya ada function sempena Harvest Festival ni.. At last, aku cadang gi ke CityMall tengok buku. Di sana OK sikit tak banyak kenderaan...Kamipun ambil masa beberapa minit, masing2 nak cari buku yang nak dibeli.....Selepas anak2 membeli apa buku diurang mau, ternampak pula Novel "Ayat2 cinta" ..Terfikir sejenak, ...ini kah novel yang Ain pernah cerita dalam blognya ya..Apa lagi, atas dasar nak tau isi ceritanya akupun belilah plus satu buku resipi...
Balik dari CityMall, seperti biasa singgah di Masjid Bandaraya, untuk solat Maghrib...On the way pulang, anak2 aku bawa singgah juga ke 1Borneo ... Makan kat situ dan jalan2 jap baru kita orang balik ... Letih jugak lah...Anyway, anak2 seronok ....
Minggu depan, aku punya turn cuti tapi aku tak tau nak ke mana ya, sebab Miza masih dengan kelas bimbingan di sokolah hingga jam 11:00 pagi... Dan satu lagi masalah yang mungkin kami terpaksa hadapi dimana amahku nak terminate servicenya dan memandangkan passportnya pun akan habis bulan Julai ni dan dia mungkin tak mau sambung pass kerja... Masalah lagi ni ..mana nak cari pembantu lain , emakpun kurang sihat lagi .........
Tidak apa, fikir kemudian......
Thursday, December 18, 2008
Pantai Tanjung Aru - 13/12/2008
Dan pada hari sabtu lepas aku & family gi pantai Tg. Aru.. Sudah lama rasanya kami tak pergi ke sana bersama keluarga yang ramai dan makan2 di situ.. Dikesempatan cuti ni, bawalah keluarga lain ke situ.. enjoy gak lah.. Selain makan2, apa lagi anak-anak seronok mandi air masin .. Bah apa lagi balik rumah, abis muka berbelang2 ...
Wednesday, December 17, 2008
Pergi ke National Park dan Hot Spring - 11/12/08

Pada mulanya, memang plan nak stay overnight di situ, tapi cari punya cari resort, at last kita urang fikir bagus pegi balik ja lah, bukanya jauh sangatpun. So, kita pegi National Park dahulu singgah untuk isi perut dan meluruskan urat2 sebab dah sejam dalam kereta. Anak2 pun dah nak boring, sebab kena bawa kereta slow sikit pasal naik bukit ja ...
Lepas tu kitapun bertolak ke Hot Spring lebih kurang sampai ke situ jam 11:30 pagi..Wah ramainya orang, bukan hujung minggu pun ramai gak yang datang ya.. So, kita pun booking tab yang tertutup ja lah...Seronok tengok anak2 aku mandi air panas....
Dengar cakap orang, tempat ni airnya terlalu panas dan boleh masak telur ..memang panaspun sebab nampak asap2 nya..


Ini gambar kami di stesen Timpohon, tempat bermulanya pendakian...almaklum, aku ni enda pernah naik gunung Kinabalu dan endak akan..pasal umurpun dah lanjut...tak ada chancelah..hubby aku dia cakap pernah naik..so dia ada pengalamanlah sikit, banding ngan aku ni...


Ini aksi anak2 aku yang tengah kesejukan, tapi sempat bergaya lagi ........

Dan ini muka kami yang kepenatan ......
Ini keadaan semasa perjalanan balik, sudahlah hujan, kabus tebal lagi tu...
Pegi Zoo Lokawi dan Taman Rimba 10/12/2008
Sebenarnya kedua2 tempat ni pun memang selalu gak kita urang pegi ..tapi anak2 memang endak pernah puas ..So bawa jalah diurang ke sini lagi.. kot2 ada binatang baru ditempatkan di sini.. Tapi yang lagi seronok hubby akulah..sebab dia tak bosan2 tangkap gambar binatanglah, bungalah dan macam2..sebab memang dah hobi dia .. Kadang2 seronok gak tengok gambar2 yang dia telah ambil dan edit.. dalam diam2, hasil gambar yang dia ambil tu, aku ambil gak..dan masuk dalam blog aku ni .. Ni gambar dia tengah concentrate memfokus ..(betulkah ejaan ni).. sori ya.. bahasa pasar ...
Tapi kali ini kami bawa emak jalan2..sebab dia belum pernah lagi gi sini. Anak2 akulah yang jadi tourist guidenya masa tu..Sian juga, sebab asyik di rumah ja selama ni ..Ayah tak ikut sekali....

Hubby and my kids..speakinglah pula......
Ni pula, dua pos anak2 aku di Taman Rimba..Sebenarnya banyak lagi, tapi cukup sekadar tu ja lah yea.. Si kecik aku ni yang suka bergaya, asal nampak ja gambarnya diambil, adalah pos2 baru dia tu..

Yeah ..aku mula bercuti 9/12/08
Hari ni aku start cuti ..mau kasih abis cuti tahunan dan kununnya mau bawa anak2 cuti2 di Sabah sahaja...memandangkan Raya Haji tak pegi rumah mentua, so, aku & family melawat mak mentua di Likas dahulu ..Sembang2 jap ... Pas tu kita urang gi jalan2 kat Taman Teluk Likas..Yang baru kena ubah suai...Cantik jugalah..Kalau anda perasan, bangunan di belakang gambar kita urang adalah bangunan Tun Mustapha yang dulunya dikenali sebagai Bangunan Yayasan Sabah.

Lepas tu bawa anak2 ke 1Borneo.., diurang ambil kesempatan berposing di loby yang kena buat decoration...so colourfull..

Ini pos diurang di U-Bowl..baru ja dibuka. OK jugalah..Kalau boring di Centre Point nanti, bule lah cuba di 1Borneo pula....
Hah, nampak gaya, papanya lagi exited nak main...tengok tangan pun terikut nak gerak...
Di bawah ni, antara aksi2 diurang tengah concentrate main game...
Hafiq cuti di KK
Wednesday, November 26, 2008
Pantai Shahbandar Tuaran
Memandangkan aku belum sempat gi nak ambil cuti, minggu lepas aku & hubsband bawa anak2 ke Pantai Shahbandar Tuaran. Ala..dekat ja dengan rumah kami.. Tapi bila tengok anak2 happy bermain ngan ombak, senang gak hati kan... Sebenarnya kami tidak merancang nak gi Pantai masa tu dan tidak buat persediaan pun, jadi kita urang balik ngan baju yang basah dan berpasir, habisla kereta...Jadi, tengoklah gambar2 yang sempat kami ambil ....


Subscribe to:
Posts (Atom)


