Tuesday, September 25, 2012

Pengalaman dalam bidang pemasaran...

Hei, bertemu kembali ya...Sorry, lambat muncul...Terima kasih atas semua komen pengunjung2 yang sudi menjenguk blog saya ni .. Thanks for your support & praise ..i hope to be able to update this blog often ...Insya Allah...
 
Kebelakangan ini agak sibuk juga sedikit, mana tidaknya sibuk ngan kerja seharian & terlibat menjual produk TM walaupun tidak ada pengalaman sebelum ini, almaklum kerja mengadap PC ja, sekali sekala seronok gak pula berjumpa ngan pelanggan ini...Satu pelanggan berharga rasanya .. Bukannya dipaksa pun cuma sebagai sukarela ja & saja-saja nak merasa bagaimana susahnya nak dapat satu pelanggan untuk membeli produk & servis kita ... Walaupun tidak seberapa pelanggan yang dapat kami cari & dapat, sedikit sebanyak dapat juga membantu & sekaligus menambah pendapatan majikan ...tempat kita cari makan la katakan...
 
Nak sharelah beberapa gambar2 yang ku ambil semasa Program Jom Redah & Program Gerak Gempur iaitu Program mencari dan berjumpa ngan pelanggan ni ...
 
 

 
Ni gambar ramai2 sebelum flag off ....
 
 
Semasa flag off oleh pihak pengurusan
 
 
Susah rupanya nak jumpa pelanggan ni, lebih2 lagi kalau pintu pagar berkunci , itu belum lagi kes kena kejar anjing ...hehehe ..
 
 
Mission completed .... ya hoo..
 

Wednesday, August 8, 2012

Lamanya tak jenguk blog ...

Woi, lamanya aku nda jenguk2 sini, last entri bulan Januari 2012 lagi rupanya ...kesibukan sangatlah tu ataupun aku memang nda ada idea apa mo tulis....

Walaubagaimanapun, terima kasihlah kepada pengunjung2 yang tidak tersengaja jenguk sini ya... kalau nak tau sebenarnya blog ni dibuat pada mulanya bertujuan untuk mempelajari macam mana nak buat blog sendiri dan belajar benda2 baru, teknologi baru .. Tu la pasal kadang2 ada kadang2 tidak ada entri...macam Chipsmore la pula...

Salam Ramadhan untuk semua ya, dan hanya tinggal lebih kurang 10 hari ja lagi kita akan meninggalkan bulan Ramadhan yang mulia ini, moga segala amalan yang telah kita lakukan di bulan baik ini akan diterima di sisi Allah SWT dan moga kita menjadi pilihan oleh Nya untuk bertemu dengan Malam Lailatul Qadar, malam yang  kelebihan pahalanya melebihi 1000 bulan itu... Amin..Amin..Amin Ya Rabb ..

Moga aku diberi kemudahan, kesenangan, masa, kesihatan dan yang paling penting umur yang panjang untuk mengemaskinikan blog yang tidak seberapa ini ...

Wednesday, February 1, 2012

Blog berwajah baru ....



Di tahun baru ni, aku cuba ubah penampilan blog ku mengikut apa yang telah aku pelajari dan ketahui ...... chewah... Pengemaskinian masih dalam proses dan akan senantiasa diubah dari masa ke semasa... Entri lain akan menyusul kemudian setelah penampilannya siap ya .... Tunggu....



Tuesday, January 10, 2012

Perkahwinan lagi ....

Hai, selamat bertemu kembali di tahun baru ini dengan azam baru semoga ianya tercapai dihujung tahun nanti. Insya Allah, Amin....Dalam perjalanan untuk mencapai azam ini kita doakan moga Allah SWT memberikan kita kesihatan yang baik, semoga kita masih boleh lagi mendalami ilmu2 akhirat dan dunia ini dan kita masih dapat muhasabah diri supaya kita senantiasa dijalan Nya, dan moga kita diberikan rezeki yang halal dan diberkati hendakNya...Amin..Amin..Amin Ya Rabbb, sebagai pembuka kataku pada entri kali ini ....

Sepanjang bulan Disember tahun lepas, ramai sedara mara dekat dan jauh, rakan taulan mengambil kesempatan untuk mengadakan Majlis Perkahwinan.  Secara tidak langsung, percutianku ngan family pada hujung tahun tu agak kurang sedikit , lebih2 lagi cutiku juga tinggal beberapa hari ja pada masa tu.  Ini kerana banyak perkara yang aku tidak duga berlaku pada tahun lepas ...  Alhamdulillah Allah SWT telah memberikan aku kekuatan, kesabaran dan ketabahan untuk menghadapi segala dugaan Nya ... 

OK, kita tinggalkan cerita tahun lalu, ni kali... aku nak share lagi beberapa gambar sempena perkahwinan sepupuku pula ...

Malam berinai


Gambar2 ramai2 pada malam berinai ...


Tema warna kami ni kali,  oren kunun.....


Banyak gak kereta mengantar pengantin ke Tambunan ni ... Singgah sekejap di "Gunung Mas" .. 


Pose yang aku suka walau guna kameraku yang tidak canggih ...



Ni gambar ramai2 keluarga sebelah pengantin lelaki selepas persandingan (hanya sebahagian sahaja, ada lagi yang tidak ikut bergambar ni.  Group perempuan dan group lelaki.



Didoakan juga moga ikatan perkahwinan pasangan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat dan semoga hidup mereka senantiasa dibawah lindungan dan dirahmati Allah SWT ... Amin ...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...