Tuesday, January 10, 2012

Perkahwinan lagi ....

Hai, selamat bertemu kembali di tahun baru ini dengan azam baru semoga ianya tercapai dihujung tahun nanti. Insya Allah, Amin....Dalam perjalanan untuk mencapai azam ini kita doakan moga Allah SWT memberikan kita kesihatan yang baik, semoga kita masih boleh lagi mendalami ilmu2 akhirat dan dunia ini dan kita masih dapat muhasabah diri supaya kita senantiasa dijalan Nya, dan moga kita diberikan rezeki yang halal dan diberkati hendakNya...Amin..Amin..Amin Ya Rabbb, sebagai pembuka kataku pada entri kali ini ....

Sepanjang bulan Disember tahun lepas, ramai sedara mara dekat dan jauh, rakan taulan mengambil kesempatan untuk mengadakan Majlis Perkahwinan.  Secara tidak langsung, percutianku ngan family pada hujung tahun tu agak kurang sedikit , lebih2 lagi cutiku juga tinggal beberapa hari ja pada masa tu.  Ini kerana banyak perkara yang aku tidak duga berlaku pada tahun lepas ...  Alhamdulillah Allah SWT telah memberikan aku kekuatan, kesabaran dan ketabahan untuk menghadapi segala dugaan Nya ... 

OK, kita tinggalkan cerita tahun lalu, ni kali... aku nak share lagi beberapa gambar sempena perkahwinan sepupuku pula ...

Malam berinai


Gambar2 ramai2 pada malam berinai ...


Tema warna kami ni kali,  oren kunun.....


Banyak gak kereta mengantar pengantin ke Tambunan ni ... Singgah sekejap di "Gunung Mas" .. 


Pose yang aku suka walau guna kameraku yang tidak canggih ...



Ni gambar ramai2 keluarga sebelah pengantin lelaki selepas persandingan (hanya sebahagian sahaja, ada lagi yang tidak ikut bergambar ni.  Group perempuan dan group lelaki.



Didoakan juga moga ikatan perkahwinan pasangan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat dan semoga hidup mereka senantiasa dibawah lindungan dan dirahmati Allah SWT ... Amin ...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...