Sunday, July 17, 2011
Ketika Cinta Bertasbih
Wednesday, March 23, 2011
Pentas Akhir Rancangan Adik-Adikku Musim Kedua
Monday, March 21, 2011
Rancangan Adik-Adikku
Saturday, January 9, 2010
Idola Kecil 2 - TV9
...
Semoga mereka sukses dalam apa jua bidang diceburi kelak dan tak lupa kepada pelajaran mereka untuk menjamin masa depan masing2....
Monday, November 30, 2009
Drama "Selagi Ada Waktu"
Sebelum pergi ke rumah mertua raya haji yang lepas aku melayan drama "Selagi Ada Waktu" di RTM iaitu lakonan Jalil Hamid, Faizal Yusof sebagi heronya dan pelakon2 lain. Best juga ceritanya ni, aku tengok dari mula hingga habis, memang bersesuaian ditayangkan sempena Aidil Adha .. Rasanya banyak juga cerita2/drama2/telemovie yang ditayangkan samada di RTM dan saluran lain yang begitu mengkagumkan dari segi jalan cerita, pelakon2 dan lain2nya. Memang kita patut berbangga denga semua ini. Ada banyak sudah drama/telemovie keluaran tempatan yang aku tengok memang ada pengajaran disebaliknya terutama drama2 yang berunsurkan kekeluargaan.
Ceritanya ini berkisarkan tentang kehidupan seorang bapa dengan 3 anak dimana 2 anaknya berjaya dari segi akdemik dan karier (dan telah tinggal di bandar) sedangkan yang satu lagi disebaliknya. Si bapa lakonan Jalil Hamid terlalu mengharapkan anak 2 orangnya yang berjaya dan langsung tak mempercayai kemampuan anak yang tidak berjaya. Memang tidak dinafikan pada realitinya memang ada juga ibubapa yang suka membezakan anak2 yang secara tidak langsung akan menyebabkan si anak yang disisihkan/tidak diharapkan itu jadi tertekan . Aku tengok lakonan Faizal Yusof sebagai anak yang nampak macam degil/keras kepala dari segi luaran tetapi sebenarnya mempunyai hati yang suci untuk berkorban hanya untuk bapanya (cuma beliau tak tunjukkan) amat berkesan sekali dan beliau amat menjiwai watak tersebut. Walaupun beliau cuba mengambil hati bapanya namun langsung tidak diendahkan malah dibandingkan lagi dengan abang dan kakaknya yang telah berjaya dalam kehidupan. Kedua abang dan kakaknya walaupun nampak baik dan mengambil berat tentang bapa mereka tetapi mereka masih medahului karier dan keluarga masing2 dahulu berbanding dengan masalah bapa mereka.
Pada akhir cerita, si Farid (anak yang disisih) sanggup mengorbankan kariernya dan masa depannya demi menjaga hati bapanya yang juga ingin menunaikan Ibadah Haji tetapi tak cukup duit. Walaupun dia hanya bekerja di kilang tetapi banyak wang simpanan berbanding abang dan kakaknya. Secara tidak disedari, beliau rupanya mengidap barah otak dan akhirnya meninggal dunia. Walaupun beliau sudah meninggal dunia, bapanya masih tidak percaya bahawa yang memasukkan duit dalam akaun tabung haji beliau adalah anak yang disisihkan sehinggalah dimaklumkan oleh Pak Lang...
Syabas untuk semua krew drama ini kerana membuatkan hati kecilku tersentuh sekali sepanjang menonton seolah2 aku masuk dalam cerita ini....chewah...
Drama "Nur kasih",....rupanya dah pun habis dan sayang aku tak tengok penghujung cerita sebab Yati tak berapa sihat malam tu sehingga aku lupa pula.... Kalau ikut teorinya, memangpun watak Nur berjumpa juga akhirnya dengan suaminya kan.. tetapi kalau difikirnya betul, tak kan sampai bertahun suaminya tak boleh berhubung dengan keluarganya pada zaman canggih sekarang yang dah ada kemudahan telefon dan internet kannnn...Itu pandangan aku ja..jangan marah .... Walaubagaimanapun, cerita drama bersiri ini best jugalah ...Syabas juga....
Saturday, November 14, 2009
Drama bersiri Nur Kasih ..
Sunday, August 2, 2009
Pentas Pilih Kasih
Semalam bertemakan Bolywood VS Malaywood. Terhibur jugalah. Pengkritik jemputan adalah Ahmad Idham. Sepanjang aku tengok rancangan ini, aku tengok para pengkritik memang mengkritik secara terus terang...Kalau yang tak bagus tu, memang diurang akan cakap tak baguslah. OK jugalah kepada para peserta demi memperbaiki hasil lakonan mereka pada masa2 akan datang. Bagi tugasan monolog, yang aku nampak hanya beberapa peserta saja yang betul2 menjiwai, ekspresi muka yang berubah mengikut dialog, posture tubuh yang betul dan lontaran suara yang penuh keyakinan..iaitu bagi monolog yang kedua dimana pesertanya adalah Kahfie, Wanina Zaki, Sofian Bujang dan Zulin Aziz (..aku dah mula mengenali diurang ni)..Aku rasa Rosyam Nor memang ada sebab kenapa Zulin masih terselamat walaupun dah 6 kali (termasuk semalam) di kedudukan 3 terbawah ......Chewah..macam pandai ja aku ni kan..Bagi cereka pendek, rupanya ada 2 cereka pendek yang bersambung2 iaitu yang pertama diarah oleh Along Kamaludin yang bertajuk Mangsa dan yang kedua oleh siapa ntah ..(maaf lupa..) yang bertajuk Pemburu. Semalam diurang gabungkan kedua2 nya sekali dan dipanggil Mangsa Pemburu. Bila aku tengok cereka ini, aku rasa kesian bebudak tu, macam sengsara ja nampaknya..Tapi tak apa lah kan, sebagai pendedahan kepada diurang juga nanti. Di sini, ada beberapa peserta juga yang aku nampak yang menonjol. Bagi tugasan ke tiga iatu Teater Muzikal yang diarah oleh Erma Fatimah pula ...Aku rasa dalam tugasan ini, ramai yang menonjol dan aku terhibur bila menontonnya. Setakat yang aku tengok (di TV atau melalui internet), semuanya teater muzikalnya best2lah. Antara lain adalah Batu Belah Batu Bertangkup, Tranformasi dan Azura...
Bagi aku, peserta yang berpotensi adalah Wanina Zaki, Zulin Aziz dan Sofian Bujang. Aku suka dengan karektor mereka ni. Bukan yang lain tu tak berpotensi cuma kureng sikit dari diurang bertiga ni. Memang 20 peserta yang dipilih dalam program ni memang ada bakat tersendiri dan perlu digilap lagi dengan menambahkan ilmu2 lakonan serta perlukan pendedahan lagi ...
Friday, July 10, 2009
Pentas Pilih Kasih (petikan dari Berita harian 10/07/09)
Zulin 'buah hati' Rosyam Nor?
PESERTA Pilih Kasih minggu kelima melakonkan aksi Batu Belah Batu Bertangkup.
Pilih Kasih makin hangat apabila peserta itu masih bersaing walaupun sering duduki tempat paling bawah undian SMS
AKTOR popular, Rosyam Nor terus menjadi mangsa cacian dan platform untuk dipersalahkan apabila beliau sekali lagi menyingkirkan seorang peserta dari program realiti cetusan ideanya sendiri, Pilih Kasih pada malam Sabtu lalu.
Pentas Pilih Kasih yang bersiaran secara langsung dari Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad Senawang hujung minggu lalu menyaksikan penyingkiran kelima yang membawa Ayu Ruhaizah Rosly atau nama komersialnya U Haizah untuk terus meninggalkan akademi seni lakon Pilih Kasih serta 15 teman yang lain dalam perjuangan demi bergelar seorang pelakon.
Menurut Rosyam juga pemilik kuasa veto untuk menyingkirkan mana-mana tiga peserta yang mendapat undian terendah menyifatkan tanggungjawabnya adalah sangat berat dan kuasa yang berada di tangannya mampu membawa elemen kebencian penonton serta ahli keluarga peserta.
Meskipun begitu, beliau terpaksa akur untuk terus membuat keputusan bagi menyingkirkan seorang peserta dalam misi mencari seorang pemenang dan bakal dinobatkan sebagai pelakon layar lebar dalam filemnya yang akan menyusur selepas program ini, Kekasih arahan pengarah tersohor, Bade Hj Azmi.
"Setiap minggu saya akan berdepan dengan senario cukup memeningkan. Saya tahu keputusan saya akan menimbulkan rasa tidak puas hati banyak pihak, baik ahli keluarga peserta, penyokong mereka malah kalangan tenaga pengajar Pilih Kasih juga sering mempertikaikan keputusan saya.
REAKSI peserta apabila U Haizah disingkirkan.
"Namun itulah cabaran dan risiko yang perlu saya ambil untuk merealisasikan objektif program terbitan saya yang mencari seorang pemenang. Sebab utama dan alasan mengapa saya menyingkirkan seseorang peserta itu hanya dalam hati saya dan saya tidak lihat ia sebagai satu bahan yang boleh dikongsi dengan sesiapa termasuk pihak penerbitan sendiri," katanya yang pernah dikaitkan isu bermasam muka dengan Erma Fatima yang juga tenaga pengajar teater atas keputusan yang dilakukan.
Rosyam yang kini sibuk di lokasi penggambaran filem terbarunya, Libas arahan Jurrey Latiff bagaimanapun menegaskan tiada unsur pilih kasih atau pilih bulu kerana masih menyimpan seorang peserta wanita yang sudah kali keempat berada di tangga terbawah, Zulin Aziz, namun masih terselamat.
"Keputusan yang saya ambil berdasarkan beberapa faktor pada perspektif pengalaman sendiri. Tidak timbul isu pilih bulu setiap kali saya mengadili mereka meskipun ramai yang menganggap begitu hanya kerana saya masih menyimpan Zulin.
"Seperti yang saya tegaskan, segala sebab dan faktor membawa kepada keputusan saya setiap minggu tidak perlu saya jelaskan kepada sesiapa kerana ia satu milik peribadi saya selaku penerbit dan pencetus konsep," katanya lagi.
ZULIN masih meneruskan cabaran dalam Pilih Kasih.
Justeru, tiada siapa yang mampu mempertikaikan setiap keputusan yang diambil oleh pemenang pelakon lelaki terbaik di Festival Filem ke-21 menerusi filem Kala Malam Bulan Mengambang ini kerana kuasa yang ada padanya adalah mutlak dan selari dengan konsep program yang membawa judul pilih Kasih.
Bagaimanapun, mangsa terbaru Rosyam, anak jati Sabah dan juga pelajar jurusan Seni Kreatif dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), U Haizah ketika ditemui di sidang media selepas tamat Pentas Pilih Kasih hanya menyerahkan segala keputusan atau perancangan selanjutnya kepada pihak pengurusan dan Rosyam sendiri yang telah dianggap seperti ayah dalam Pilih Kasih.
"Saya tidak menyalahkan Abang Rosyam sebaliknya hanya memandang segala yang berlaku dari aspek positif yang mana ia telah memberi ruang kepada saya untuk mempamerkan bakat saya selama ini. Pilih Kasih adalah sebuah program atau platform kepada saya dan rakan lain untuk menjual bakat dan kebolehan kami di pasaran terbuka dan kepada industri hiburan tanah air.
"Justeru segala kemungkinan dan keputusan yang diambil untuk menyingkirkan saya dari medan tempur itu hanya satu ujian awal demi bergelar anak seni. Jadi memang tidak timbul langsung rasa terkilan atau marah kerana Abang Rosyam menyingkirkan saya dan terus menyimpan Zulin kerana saya sendiri akui bakat yang dimilikinya (Zulin) jauh lebih menonjol berbanding saya," katanya yang terpilih ke program ini melalui sesi uji bakat yang diadakan di pusat beli belah 1 Borneo, Kota Kinabalu April lalu.
Kedudukan rapuh U Haizah selepas undian ditutup adalah pada skala selamat iaitu meraih 3.45 peratus undian berbanding Zulin Aziz yang juga pelajar Aswara hanya mendapat 3.1 peratus. Manakala bekas ahli kumpulan Flava, Ahdan mendapat 3.0 peratus.
Penerbit dan pembikin filem popular, David Teo telah dijemput menjadi juri undangan bersama juri tetap setiap minggu, Dr Abu Hassan yang juga Pensyarah Kanan Jabatan Komunikasi Universiti Malaya.
Ketika diminta mengulas mengenai penyingkiran U Haizah, penerbit yang kini tersenyum dengan kutipan box-office filem terbarunya, Jangan Pandang Belakang Congkak, hanya beranggapan ia lumrah sebagai peserta program realiti.
Namun, perjuangan U Haizah dalam bidang seni perlu diteruskan. David yang banyak memberi komen membina juga sempat berseloroh untuk menerbitkan sebuah filem berjudul Pilih Kasih kerana beliau cukup teruja dengan bakat yang ditampilkan peserta.