Monday, March 21, 2011

Rancangan Adik-Adikku

Minggu lalu aku berkesempatan menonton Rancangan Adik-Adikku separuh akhir di TV1.  Sebelum ini memang tak pernah tengok.  Sebabnya, yang pertama, anak atau hubby yang tengok channel lain, walaupun ada TV lain..(tapi jauh dari bilik....alasan lagi). Kedua terpaksa mengikut rentak anak bila time sekolah, ikut diorang buat homework, ajar sikit2 mana yang tak faham, paling tidakpun ikut duduk sahaja di area diorang buat homework atau belajar...Aku buat benda lain lah, tengok facebook la, baca buku la, dan apa2 ja la....  Bila emaknya nonton TV nanti, si anak akan turut serta gitu...So, terpaksalah emaknya mengalah dan berkorban, dan tak tengok walau sebenarnya banyak rancangan2 bagus kat TV time 9-10 tu, teringin juga nak tengok sekali sekala...Memandangkan minggu lepas cuti sekolah, so aku biarkan anak2 aku rehat dari belajar juga.....hehhehe..ada chance la aku nonton ...

Rancangan ini bagus rupanya ditonton oleh anak2 mahupun ibu-bapa sebabnya majoriti peserta di bawah umur 12 tahun tetapi mereka fasih berpidato, walau apa tajuk sekalipun, dan yang manisnya seawal umur mereka dah pandai bergaya di atas pentas dengan stail tersendiri dengan intonasi suara yang cukup baik dan merdu  sekali (suara kanak2 la katakan, menyusuk sekali)...Seolah2 mereka penceramah profesional juga...bagi pendapat aku la...Belakang kiralah kalau skripnya telah dibuat oleh orang lain kan...Itupun dah cukup baik sebagai pendedahan kepada generasi muda seperti mereka moga bila besar nanti akan menjadi pemimpin  yang berwibawa...Insya Allah....Beruntung ibu-bapa mereka ya....




Sebenarnya aku tidak berapa ingat nama2 mereka, almaklum baru sekali menonton.  Tapi yang aku ingat isi kandungan pidato mereka.  Ada beberapala point yang aku ingat....

Pertama, kalau tidak silap peserta ketiga (perempuan) bercerita pasal hal kebersihan.  Dalam pidatonya dia menekankan bahawa Islam memang telah diajar dengan kebersihan tetapi sayang sekali, tandas2 di masjid2 ada yang berlumut, ada kepala paip tercabut dan bla, bla, bla.... Teringat pula hal yang menimpa aku Hari Isnin lepas dimana aku tergelincir hingga terbaring (bayang kan la..terbaring terus...) gara2 lantai licin akibat kebocoran atap ..(agaknya la)...di sebuah masjid semasa kami singgah untuk bersolat Zohor bersama anak2 .  Mujur bukan anak2 ku yang terjatuh sebab diorang mendahului aku masa tu.....Aku terfikir juga, kalau masjid mesti ada jawatankuasa kan...Sekurang2 nya letak lah amaran ka, atau buat pembaik pulih ka, atau maklumkan pihak2 berkuasa ka.  Bukan sahaja itu, ada pintu2 tandas dah tercabut kunci/lock nya, paip tak ada air la, ..... Dan yang paling sedih aku pernah masuk ke surau awam dimana telekungnya tidak bercuci untuk kesekian kalinya...faham2 ja la harumnya...Sedih kan..., Cuba bayangkan kalau dalam keadaan terdesak .. Kalau perempuan ni kan susah sikit, kalau lelaki senang la...Macam mana lah nak mendapatkan solat yang khusyuk ...... Diharap kita semua diberi kesedaran memandangkan kebersihan adalah perkara asas juga kan yang perlu kita titik beratkan.....

Point kedua yang aku ingat adalah dari peserta kedua terakhir (lelaki) dimana diawal pidatonya dia menunjukkan gambar bayi yang dibuang ... Ya, memang hakikatnya la kan, dimana hampir setiap hari kita disajikan dengan berita sebegini, bahkan ada diantaranya adalah pelajar universiti/kolej yang membuang bayi mereka sendiri..Peserta tersebut menghuraikan diantara punca adalah disebabkan pengaruh dari televisyen...Ya ini juga benar, dimana kita sanggup membeli televisyen yang besar dan canggih, HD lagi tu supaya anak2 tidak keluar rumah...Tetapi sebaliknya, dari situ juga, anak2, remaja2, bahkan orang2 tua dan berumur meniru ikon2 yang masing2 banggakan, dari iklan2 TV dan macam2 lagi ditiru...Di akhir pidatonya, dia merayu kepada pengamal2 media untuk menyajikan banyak santapan rohani bagi membangunkan hati generasi mereka...dengan suara yang merayu lagi tu...waduh tersentuh juga hari kecilku mendengar , rayuan yang mendayu2, betapa besarnya harapan mereka moga generasi mereka tidak terjerumus ke arah yang tidak bermoral ini ...Peserta tersebut, kalau tidak silap baru berumur 11 tahun tetapi boleh berzanzi dengan bacaan yang amat merdu sekali ...Alhamdulillah ....

Dan ada beberapa lagi point, seperti kerna sebiji bola, perbezaan gadis melayu dulu dan sekarang, cerita pasal aurat  dan lain2 lagi..dimana kebanyakan nya berkisar kepada keadaan dan situasi sekarang ini ...

Cuma satu ja yang saya nampak dan perasan, ada beberapa peserta tak dapat menjawab soalan yang diajukan oleh panel juri dengan tepat, macam kurang faham apa soalan sebenar , jadi nya, lain soalan yang diberi lain pula jawaban yang mereka jawab...... Walau bagaimana pun syabas kepada semua peserta di atas keberanian dan juga bakat semula jadi mereka ...

Rasanya malam ini adalah Final jam 9:00 malam di TV1.  Moga aku berkesempatan menontonnya ...

Renung2 kan juga ya...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...