Friday, March 11, 2011

Lembaran Baru....

Hari ini genaplah setahun aku tidak update blog ku, hanya sekadar ubah background sahaja tempoh hari...Entah kenapa ya, amat berat untuk tanganku menulis/menaip ataupun fikiranku buntu dek memikirkan sebenarnya ada lagi perkara yang lebih penting untuk ku lakukan selain memblog, menyebabkan aku tidak ada idea untuk dimasukkan di sini..Nama juga bukan Blogger Sepanjang Masa......chewahhhh...alasan....


Hmmmm...Apa nak tulis ya????? Buntu ka lagi fikiran ku ini....Ohh, bagi yang senantiasa mengikuti perkembangan blog ini walau setahun tak update, aku nak kasih tahu result UPSR anakku la tahun lepas memandangkan last entri aku menceritakan Nisa telah mengikuti Klinik UPSR...Alhamdulillah semua subjek lulus walau tak seberapa bagus berbanding dengan kakaknya...Walaubagaimanapun aku bersyukur kerna Matematiknya juga lulus meskipun subjek yang paling tidak diminatinya....Harapanku moga dia akan berubah di Sekolah menengah nanti dimana PMR dan SPM akan menyusul...Sebagai seorang ibu, aku senantiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak ku semoga mereka menjadi insan yang cemerlang dalam bidang akademik, karier, mahupun akhlak...Amiin...

Awal tahun ini, aku dikejutkan dengan sesuatu yang tidak aku perasan selama ini ada di badan ku ... Bermacam2 fikiran bermain di minda ku, adakah ini salah satu penyebab almaklum umur dah lanjut dan bermacam2 penyakit bakal timbul... Dan yang paling aku risau adakah ini  xxxxxx? ..Takut mau tulis .. Sehari semalam tidurku tak lena, makanku tak kenyang memikirkan hal itu...chewahhh macam orang tengah angau pula...sehinggalah kakak ku memeriksa aku (nasib ada staff nurse dalam keluargaku) .. Penjelasannya mengurangkan sedikit sebanyak kerisauanku meskipun aku belum berjumpa dengan doktor pakar masa tu...   

Setelah diperiksa doktor pakar, aku pun mengambil keputusan yang singkat untuk membuangnya meskipun sebenarnya tidak juga berapa bahaya untuk disimpan tetapi peratusan untuk jadi xxxxxx masih ada walaupun sedikit.  Akhirnya pada 10 Januari lepas aku selamat menjalan minor pembedahan tanpa ada sebarang masalah... Aku pun tak sangka akan masuk lagi ke Bilik Pembedahan masa tu...Walaupun ianya cuma sekejap, namun kerisauan ada juga dihati...Siapa tidak takut kan....macam2 boleh berlaku.  Satu statement dari doktor yang amat bermakna dan sampai sekarang aku ingat adalah "...Yang amat penting sekali adalah bila masanya kita dapat kesan sesuatu penyakit samada awal mahupun sudah terlambat, sekiranya awal, kita masih boleh berikhtiar...Dan bila kita tidak mengetahui di dalam badan kita ada penyakit, walau macam manapun kita bersenam, ianya tidak akan bermakna ...." Lebih kurang macam tu lah kata2 nya...Tu lah lambat masuk dalam blog, hingga lupa macam mana nak susun ayat tu...Dipendekkan cerita, kita perlu selalu buat medical check up supaya kita dapat mengesan samada kecil atau besar penyakit dalam badan kita  dan setelah kita sedar kita berikhtiar la kan...dan akhirnya kita berdoa dengan Allah SWT moga kita diberi kesihatan yang baik, dijauhkan dari segala penyakit yang merbahaya semoga kita masih ada ruang untuk kita memperbaiki amal ibadat kita selagi kita masih bernyawa lagi di dunia ini ..Insya Allah...

Ni hah, yang telah dibuang tu...Sempat ambil gambar sebagai kenangan...hehehe...


2 comments:

Nurain said...

sal, welcome back ... lama tak dgr khabar... alhamdulillah sal selamat operate... eee sal... ngeri jugak bila difikirkan...

salsbh said...

Thx Ain, kerna mengikuti juga perkembangan Sal yg lama tak berkembang ni ... hehehehe...

A..ah, besar gak tu, macam besar hati ayam...ngeri juga la tengok..Apa2 pun, Alhamdulillah kerna selamat juga dibuang tanpa sebarang masalah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...