Thursday, March 11, 2010

Klinik UPSR Fasa 1 di Sabah

Wui na..lamanya aku nda update blog... Maaflah yea kawan2 semua, ini bukan apa, ini dek kesibukan dengan rutin harianku samada di rumah dan tempat kerja lah. Mungkin aku ni belum layak untuk jadi blogger dan mungkin sedikit masa lagi, aku nak rehat la dari menulis di blog ni. Kalau dah tak ada post terbaru nanti maknanya aku rehatlah tu ya...


Kalau nak tahu, perkembangan terkini keluargaku adalah hujung minggu yang lalu2 (6/7 Mac) kami sempat mendaftarkan Nisa pula untuk menghadiri Klinik UPSR anjuran Berita harian. Dia bernasib baik dapat masuk ke fasa pertama berbanding dengan Miza tahun lepas.... Dia excited sangat nak pergi...dan satu lagi dia ni ada berani sedikit ...Hari pertama dia mengadu tak dapat menjawab soalan dari penceramah masa tu walaupun dia tahu jawabannya dan telah angkat tangan. Sempat kami menyeloroh dan mengatakan berkemungkinan dia tak angkat tangan tinggi2. Walaubagaimanapun pada hari kedua, semasa kami nak ambil dia sebelah petang tu, dia dengan gembiranya memaklumkan kepada kami yang dia telah mendapat hadiah sebatang pen kerana dapat menjawab satu soalan subjek Sains dengan betul...Wah, apa lagi sampai sekarang pen tu dijaganya dengan baik dan tak sabar nak masuk ke Klinik UPSR fasa kedua ...Harap2 dia dapat sedikit sebanyak panduan dan bimbingan dari penceramah2 Klinik UPSR sebagai persediaannya untuk menduduki UPSR nanti...


Gambar2 yang sempat aku ambil masa tu...




2 comments:

CikSembang said...

lamanya Sal tak update blog.. sibuk aja ba
Semoga anak Sal berjaya dlm UPSR

salsbh said...

Thanks Zaidah..

Ya memang agak sibuk kebelakangan ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...