Monday, November 30, 2009

Drama "Selagi Ada Waktu"

Salam Aidil Adha untuk semua pengunjung blog ini yang merayakan.

Sebelum pergi ke rumah mertua raya haji yang lepas aku melayan drama "Selagi Ada Waktu" di RTM iaitu lakonan Jalil Hamid, Faizal Yusof sebagi heronya dan pelakon2 lain. Best juga ceritanya ni, aku tengok dari mula hingga habis, memang bersesuaian ditayangkan sempena Aidil Adha .. Rasanya banyak juga cerita2/drama2/telemovie yang ditayangkan samada di RTM dan saluran lain yang begitu mengkagumkan dari segi jalan cerita, pelakon2 dan lain2nya. Memang kita patut berbangga denga semua ini. Ada banyak sudah drama/telemovie keluaran tempatan yang aku tengok memang ada pengajaran disebaliknya terutama drama2 yang berunsurkan kekeluargaan.

Ceritanya ini berkisarkan tentang kehidupan seorang bapa dengan 3 anak dimana 2 anaknya berjaya dari segi akdemik dan karier (dan telah tinggal di bandar) sedangkan yang satu lagi disebaliknya. Si bapa lakonan Jalil Hamid terlalu mengharapkan anak 2 orangnya yang berjaya dan langsung tak mempercayai kemampuan anak yang tidak berjaya. Memang tidak dinafikan pada realitinya memang ada juga ibubapa yang suka membezakan anak2 yang secara tidak langsung akan menyebabkan si anak yang disisihkan/tidak diharapkan itu jadi tertekan . Aku tengok lakonan Faizal Yusof sebagai anak yang nampak macam degil/keras kepala dari segi luaran tetapi sebenarnya mempunyai hati yang suci untuk berkorban hanya untuk bapanya (cuma beliau tak tunjukkan) amat berkesan sekali dan beliau amat menjiwai watak tersebut. Walaupun beliau cuba mengambil hati bapanya namun langsung tidak diendahkan malah dibandingkan lagi dengan abang dan kakaknya yang telah berjaya dalam kehidupan. Kedua abang dan kakaknya walaupun nampak baik dan mengambil berat tentang bapa mereka tetapi mereka masih medahului karier dan keluarga masing2 dahulu berbanding dengan masalah bapa mereka.

Pada akhir cerita, si Farid (anak yang disisih) sanggup mengorbankan kariernya dan masa depannya demi menjaga hati bapanya yang juga ingin menunaikan Ibadah Haji tetapi tak cukup duit. Walaupun dia hanya bekerja di kilang tetapi banyak wang simpanan berbanding abang dan kakaknya. Secara tidak disedari, beliau rupanya mengidap barah otak dan akhirnya meninggal dunia. Walaupun beliau sudah meninggal dunia, bapanya masih tidak percaya bahawa yang memasukkan duit dalam akaun tabung haji beliau adalah anak yang disisihkan sehinggalah dimaklumkan oleh Pak Lang...

Syabas untuk semua krew drama ini kerana membuatkan hati kecilku tersentuh sekali sepanjang menonton seolah2 aku masuk dalam cerita ini....chewah...

Drama "Nur kasih",....rupanya dah pun habis dan sayang aku tak tengok penghujung cerita sebab Yati tak berapa sihat malam tu sehingga aku lupa pula.... Kalau ikut teorinya, memangpun watak Nur berjumpa juga akhirnya dengan suaminya kan.. tetapi kalau difikirnya betul, tak kan sampai bertahun suaminya tak boleh berhubung dengan keluarganya pada zaman canggih sekarang yang dah ada kemudahan telefon dan internet kannnn...Itu pandangan aku ja..jangan marah .... Walaubagaimanapun, cerita drama bersiri ini best jugalah ...Syabas juga....

15 comments:

ItaJeff said...

Salam Sal..
boleh tgk episod akhir nur kasih dlm web tv3 'catchup tv'..mmg tidak tragislah penghabisan dia tu...mcm tiada umppphh hehe

CikSembang said...

salam sal dan ItaJeff.. saya juga setuju.. ending nye tak thrill

Anonymous said...

Assalamulaikum..

Saje sy nk berkongsi di sini.Ada tonton drama Taubat Nasuha lakonan Sheila Rusli n Fauzi Nawawi?Cerita itu mmg menyentuh hati & jiwa para penontonnya..Sy sekeluarga menangis bila tgk ending anak2 Sheila dibunuh didepan matanya & beliau juga akhirnya dibunuh.

salsbh said...

Walaikumsalam Anonymous,

Terima kasih beri komen di sini. Oh ya drama Taubat Nasuha tu yang selepas cerita Nur Kasih tu kah?..Sayang aku tak tengok sebab anak tak berapa sihat malam tu, kena jaga dia hingga akupun tertidur...Kalau aku tengok, sure banjir lagi pipiku masa tu ...hehehee...

Best kan tengok cerita2 macam tu, yang ada pengajaran di sebalik jalan ceritanya...Memang aku minat tengok cerita2 macam tu, meskipun airmataku terkeluar..chewah...

rizal said...

salam.nk tanya.kat mn boleh lht drama selagi ada waktu ni..puas sy cari tp xjumpa..

Anonymous said...

salam..nk tnya..dimana leh sy tonon drama selagi ada waktu ni..puas sy cari tp xjumpa..

salsbh said...

Salam Rizal N Anonymous,

Terima kasih kerna sudi mengunjungi blog ini. Sebenarnya drama ini aku tengok tahun 2009 lagi di TV2 semasa Raya Aidil Adha, kurang pasti kalau ada ulangan atau mana2 tempat untuk ditengok semula...Ya memang best drama ini ...I Like....

Salsbh ...

safwan92 said...

cerita selagi ada waktu ni tak ada ke ? nak download ?

Unknown said...

citer slagi ada waktu nie memg takde kat intrnet ke??xjumpa pun..

Anonymous said...

Soundtracknya lagu indonesia :)...

Unknown said...

Best drama selagi ada waktu sebak mengalir air mata bila tonton drama ni best sangat..

Unknown said...

Dok cari jgak drama ni xdak best kan..

Unknown said...

Mcm mne nk dpt video selagi ada waktu ni nyer... aq suka sngt tngok cerita niii...

Harith Luqman said...

Saya pon masih ingat cerita ini walaupon dh tgk masa zaman sekolah rendah dahulu. Harap akn ada disiarkan semula

Anonymous said...

Baru lepas tengok drama ni tadi kat TV6 siaran digital my freeview...sbb x tengok dr mula so sy cuba cari kalau2 boleh tengok full..tp x dapat..jumpa blog ni je..tp mmg sedih betul tengok, arwah Faizal sgt menjiwai watak ni 🥲🥲

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...