Tuesday, December 8, 2009

Sentuhan Ibu bapa - Dr. Mohd Shukri Abdullah Ph.D


Buat masa ini aku sedang membaca buku "Sentuhan Ibu Bapa - Anakku Bijak Belajar" hasil tulisan Dr. Mohd Shukri Abdullah Ph.D. Setakat ini belum habis lagi tetapi aku nak kongsi beberapa kata2 hikmah atau panduan yang aku dapat dalam buku ini. Mungkin kata2 ini sebagai pendorong atau sebagai peringatan khususnya untuk diriku sebagai seorang ibu yang mempunyai anak dan inginkan kehidupan yang cemerlang untuk anak2 di masa hadapan atau semasa diurang dah bawa haluan masing2.


Kadang2 kita rasa kita sudah tahu cara untuk mendidik atau beranggapan bahawa semua perkara memang sudah sedia maklum kepada kita seperti cara2 mendidik. Tetapi dengan membaca buku seperti ini barulah kita menyedari bahawa ada perkara yang sememangnya kita tahu tu, sebenarnya kita tidak praktik kan...atau kita buat juga tetapi tidak secara berterusan dek kesibukan kita dengan kerjaya atau urusan lain...

Antara petikan yang aku tertarik adalah

1. "Kita berpeluang mendidik anak kita sekali sahaja sementara mereka masih bersama kita. Masa berjalan begitu pantas sekali dan anak2 membesar dengan cepat dan suatu hari nanti mereka akan membawa haluan masing2".


Petikan tersebut menyedarkan kita supaya setiap detik dan saat itu terlalu berharga sekali.. Peluang yang hanya datang sekali sahaja ini, kita harus kita gunakan sebaik mungkin walau terpaksa berkorban masa , wang ringgit dsbnya.

2. "Kadangkala kita terlalu cenderung memenuhi keperluan dan keinginan anak dengan apa yang kita tidak dapat sewaktu kita membesar dahulu sehingga kita lupa untuk memberikan kepada mereka apa yang pernah kita dapat sewaktu kita dibesarkan - James Dobson".


Pada hakikatnya, ramai ibubapa beranggapan begini termasuk aku juga kadang2. Aku tidaklah sekaya orang lain, tetapi rasanya aku mampu memenuhi apa sahaja kemahuan mereka dimana suatu ketika memang aku tidak dapat semasa kecilku.


3. "Disiplin diri bermakna memaksa diri membuat apa yg kena buat, pada masa yang kena buat dan buat bersungguh2, buat samada suka atau tidak suka buat."


Ini satu perbuatan yang amat penting sekali bagi setiap individu samada dia ibubapa mahupun anak sekali pun jika inginkan sesuatu kejayaan...


4. "Kepintaran bukanlah ukuran terbaik yang menentukan kejayaan masa depan seseorang. Hanya sebahagian kecil sahaja daripada mereka yang pintar, berjaya dan cemerlang. Kalau begitu, apakah yang ada pada mereka yang berjaya?. Yang berjaya adalah mereka yang telah mempelajari tentang matlamat serta cara menentukan matlamat sebelum mereka tamat sekolah menengah. - Michele Borba".


Yang ini memang tidak dinafikan dimana kepintaran seseorang bukan penentu kejayaan seseorang dalam hidupnya.. Ada beberapa contoh yang pernah kita baca di dada akhbar, TV mahupun radio...


Sesiapa yang nak tahu apa lagi yang terkandung dalam buku ini, sila lah ke kedai2 buku yang berdekatan sekarang..(Macam promosi pula aku ni ya..). Memang akan ku buat buku ini sebagai rujukanku untuk mendidik anak2 ku yang sedang membesar sekarang.. Insya Allah..Aku mengharapkan yang terbaik sahaja untuk anak2 ku..Amiin..

2 comments:

Arrayyan said...

Suatu artikel yang sangat menarik dan berguna dengan sedikit ulasan dari Puan yang juga tidak kurang hebatnya. Syabas Puan. Saya doakan Puan, keluarga dan anak-anak berjaya didunia dan diakhirat. Saya berharap Puan dapat meneruskan artikel sebegini. Ambil beberapa buah buku yang Puan benar-benar minat dan berikan sedikit ulasan mengenainya. Sangat menarik. Ianya menjadi inspirasi kepada saya juga. Syabas.

salsbh said...

Terima kasih Ar-Rayyan diatas komen anda terhadap ulasan buku saya yang tak seberapa tu....

Insya Allah, saya akan mengulas beberapa buah buku lagi nanti sebagai panduan kepada kita semua dalam melayari kehidupan yang hanya sementara ini...

Terima kasih juga atas doanya..Amiin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...