Wednesday, March 23, 2011

Pentas Akhir Rancangan Adik-Adikku Musim Kedua

Alhamdulillah dapat gak tengok Pentas Akhir rancangan ni yang bertemakan 1Malaysia 1Ummah.......

Pada keseluruhannya, point2 dalam pidato setiap peserta tak banyak beza sebab dah bertemakan 1Malaysia 1Ummah jadi nya bercerita berkaitan dengan Perpaduan, Muafakat, Kejiranan, Kepimpinan dan yang sewaktu dengannya la kan ...


Monday, March 21, 2011

Rancangan Adik-Adikku

Minggu lalu aku berkesempatan menonton Rancangan Adik-Adikku separuh akhir di TV1.  Sebelum ini memang tak pernah tengok.  Sebabnya, yang pertama, anak atau hubby yang tengok channel lain, walaupun ada TV lain..(tapi jauh dari bilik....alasan lagi). Kedua terpaksa mengikut rentak anak bila time sekolah, ikut diorang buat homework, ajar sikit2 mana yang tak faham, paling tidakpun ikut duduk sahaja di area diorang buat homework atau belajar...Aku buat benda lain lah, tengok facebook la, baca buku la, dan apa2 ja la....  Bila emaknya nonton TV nanti, si anak akan turut serta gitu...So, terpaksalah emaknya mengalah dan berkorban, dan tak tengok walau sebenarnya banyak rancangan2 bagus kat TV time 9-10 tu, teringin juga nak tengok sekali sekala...Memandangkan minggu lepas cuti sekolah, so aku biarkan anak2 aku rehat dari belajar juga.....hehhehe..ada chance la aku nonton ...

Friday, March 18, 2011

Program Ahsan Working By Heart And Mind...

Ketemu kembali kita di rungan ini, dan kali ini aku nak kongsi apa2 yang aku dapat pelajari dari kursus yang telah ku hadiri kelmarin.  Walaupun hanya memakan masa 4 jam (tetapi sebenarnya ia memakan masa 3 hari,menurut penceramah), terlalu banyak yang ku pelajari. Syukur Alhamdullilah kerna terbuka hati ku untuk menyenaraikan namaku menjadi salah seorang peserta hari tu.

Friday, March 11, 2011

Lembaran Baru....

Hari ini genaplah setahun aku tidak update blog ku, hanya sekadar ubah background sahaja tempoh hari...Entah kenapa ya, amat berat untuk tanganku menulis/menaip ataupun fikiranku buntu dek memikirkan sebenarnya ada lagi perkara yang lebih penting untuk ku lakukan selain memblog, menyebabkan aku tidak ada idea untuk dimasukkan di sini..Nama juga bukan Blogger Sepanjang Masa......chewahhhh...alasan....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...