Friday, March 18, 2011

Program Ahsan Working By Heart And Mind...

Ketemu kembali kita di rungan ini, dan kali ini aku nak kongsi apa2 yang aku dapat pelajari dari kursus yang telah ku hadiri kelmarin.  Walaupun hanya memakan masa 4 jam (tetapi sebenarnya ia memakan masa 3 hari,menurut penceramah), terlalu banyak yang ku pelajari. Syukur Alhamdullilah kerna terbuka hati ku untuk menyenaraikan namaku menjadi salah seorang peserta hari tu.


 
Penceramahnya adalah Tn.Hj. Jaafar Muhammad atau dipanggil dengan nama Abu Faiz dari Perdana Consultant. Memang tak boring mengikuti kursus ini memandangkan apa yang dicakapnya berkisar kepada diri kita sendiri dan apa yang kita lakukan setiap hari...

Selain nak kongsi ilmu sebenarnya aku tulis ini adalah untuk menyedarkan juga diriku sebagai hamba Allah SWT di muka bumi ini...opps... serius pula aku ni kali... tapi itulah hakikat sebenarnya kan....

Memandangkan masa yang singkat, Tn Hj hanya tekankan hal2 yang berkaitan dengan kami sebagai pekerja sahaja...Pada keseluruhannya, apa yang disampaikan sangat mudah tetapi perkara semudah ini selalu kita lupa...iaitu sebenarnya kita adalah makhluk Allah SWT yang telah dijadikan sebagai TANDA kewujudan Nya. Bila dikaitkan dengan kerja pula, persoalannya kita kerja untuk apa dan siapa, apa sebenarnya tanggungjawab kita sebagai makhluk Nya di muka bumi ini, adakah kita bekerja mengikut kehendakNya seperti JUJUR, IKHLAS dan AMANAH dan siapa sebenarnya yang telah memberi rezeki kepada kita selama ini. Memang terlalu banyak dan tidak ternilai nikmat Allah SWT kepada kita setiap masa bermula dari diri kita sendiri, pancaindera kita, kesihatan, ibu bapa, suami, isteri, anak, harta benda, kegembiraan , kehidupan, kedamaian,kasih sayang, kekayaan dan banyak lagi yang tidak mampu ku tulis semua dalam blog ini tetapi sedarkah kita,bagaimana caranya kita menghargai setiap pemberianNya kepada kita?.  Cuba kita hitung2kan berapa masa kita peruntukkan untuk menghargai setiap pemberianNya?...Padahal setiap pemberian dan nikmat itu hanya milik Nya dan boleh diambil bila2 masa tanpa memaklumkan kepada kita dan tanpa meminta izin daripada kita terlebih dahulu.  Cuba kita bayangkan contohnya nikmat penglihatan kita yang tiba2 ditarik balik oleh Nya dan kita tidak mampu melihat apa2 di sekeliling kita, kita tidak mampu melihat orang2 yang kita sayangi lagi, kita tidak mampu bekerja sepertimana orang lain...seperti dalam cerita Begitukah Cinta di TV3 setiap petang...masya Allah...Astaghfirullahalazim, Itu baru satu nikmat diambil....ya Allah jadikan aku sebagai hambaMu yang sentiasa mensyukuri segala nikmat yang telah Engkau berikan...Amiin...

Disamping itu kita hendaklah senantiasa menjaga, mengguna dan membangunkan AKAL dan HATI dengan BERFIKIR dan BERZIKIR sebagai salah satu  cara kita menghargai nikmat dan pemberian Allah SWT.  Dan ketahuilah sesungguhnya SOLAT itu adalah ZIKIR yang paling besar.

Dan banyak lagi contohnya yang Tn. Hj berikan disepanjang kursus tersebut...sedikit sebanyaknya mengingati dan memberi kesedaran pada diri ini .  Rasanya kursus sebegini juga perlu diberi kepada pekerja bagi membangunkan diri sebab ini adalah asas yang perlu diketahui sebenarnya dan perlu ada dalam setiap individu dalam menjalankan tugas seharian moga menjadi seorang kakitangan yang dedikasi dan  amanah menjalankan tugas demi untuk menaikkan prestasi syarikat dan sekaligus menjadi insan mulia di sisi Allah SWT.

Wallahualam bisawab... Moga ketemu lagi di lain ruangan...Renung2 kan....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...