Wednesday, March 23, 2011

Pentas Akhir Rancangan Adik-Adikku Musim Kedua

Alhamdulillah dapat gak tengok Pentas Akhir rancangan ni yang bertemakan 1Malaysia 1Ummah.......

Pada keseluruhannya, point2 dalam pidato setiap peserta tak banyak beza sebab dah bertemakan 1Malaysia 1Ummah jadi nya bercerita berkaitan dengan Perpaduan, Muafakat, Kejiranan, Kepimpinan dan yang sewaktu dengannya la kan ...


 
Walaubagaimanapun aku tertarik dengan adik Syafiqah Fasiha yang begitu bersemangat dari awal dia mula berucap sehingga tamat.  Intonasi dan kelantangan suaranya la membezakan dia dengan peserta lain disamping setiap pengucapannya ada point di situ.  Cuma dia kurang membaca ayat2 suci Al Quran.  Tetapi dari segi persembahan adik Muhammad Amirul Munir yang banyak melakunkan beberapa watak dan banyak prop.  Bacaan Al Quran nya pun bagus juga.  Manakala adik Zaid, aku nampak tak sehebat minggu lalu, walaubagaimanapun bacaan Al Quran dan laungan azan nya cukup menyusuk kalbu.  Satu lagi persembahan yang aku suka adalah dari adik Siti Nur Alia dimana di akhir pidatonya membuatkan sesiapa yang mendengar rintihannya menjadi sayu sekali apa ta lagi bila melihat linangan air matanya ....



Dari segi menjawab soalan dari panel juri nampaknya mereka dah faham apa maksud soalan tersebut cuma adik Muhammad Amirul sahaja yang agaknya dia terlupa bahawa sekiranya kita mendengar khabar saudara meninggal dunia, sepatutnya perkara pertama kita buat adalah mengucap "Innalillahi wa inna ilaihi roji'uun" sebelum kita datang menziarah dan memberi bantuan ...

Walaubagaimanapun syabas kepada semua yang terlibat menjayakan program sebegini, insya Allah moga anak2 ini nanti menjadi seorang pemimpin yang berwibawa dan mengamalkan sikap JUJUR, IKHLAS dan AMANAH dalam mentadbir sebagaimana Sayyidina Umar Ibnu Al Khattab semasa zaman pemerintahannya....

Wallahualam ....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...