Wednesday, October 21, 2009

Pejabat Terbuka ITSC ..

Bulan Syawal dahpun berlalu, tapi aku nak share pasal kita orang punya "Pejabat Terbuka" sempena Aidil Fitri tempoh hari. Sebenarnya, inilah kali pertama unitku mengadakan "makan2" orang bilang dan OPEN untuk unit2 lain. Sebenarnya, sebelum tu kami telah adakan beberapa sesi "brainstorming" dan perbincangan siap dengan TRIAL lagi (sila tengok gambar di bawah..tapi ini untuk kita2 aje..) walaupun tanpa kehadiran BOS. Setelah semua dah beres baru kami buat laporan kepada BOS .. Nasib baik PASSED ... kalau tidak ...



Ini gambar2 kita orang semasa buat persiapan terakhir iaitu acara susun menyusun, potong lemang.. Siap ada pegawai inspektor lagi, saja nak tengok expire kah tidak ..hehehehe... Last sekali Mr. Joe buat pemeriksaan terakhir,.....dalam hati "....cukup kah tidak makanan ni ah?...."







Susunan minuman, desert dan kuih muih ...siap dengan hiasan buluh lagi tu ...



Antara kakitangan2 dari unit lain yang hadir... Meriah juga lah ...








Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan makanan masih ada walaupun sampai ke petang. Inipun berkat kerjasama dan tolong menolong sesama kami ..al maklumlah, pejabat kan rumah kedua kita ... Jadi kita kena ada rasa tanggungjawab dan untuk menjaga nama baik ...(tak gitu..)


Sehari selepas pejabat terbuka, ada Post Mortem lagi tu..tapi kali ini makanan "sendirian berhad" ...

Friday, October 16, 2009

Rumah Terbuka Aidil Fitri Tiaranita

Bulan Oktober ni aku agak sibuk sikit, macam2 program dan aktiviti yang akan dan telah diikuti. Selain pergi rumah terbuka sedara mara2 dan rumah kawan2, tidak kurang juga rumah terbuka di pejabat dimana beberapa unit telah mengadakan nya termasuk unit ku sendiri (tunggu artikelnya akan menyusul kemudian )... Pada tarikh 9/10 yang lalu Persatuan isteri2 dan anggota wanita TM cawangan Sabah telah mengadakan Rumah Terbuka Aidil Fitri sejurus selepas mengadakan Mesyuarat Agung Dwi tahunan. Seramai 10 kanak2 dari Sekolah Sri Mengasih dijemput dan diraikan pada majlis tersebut. Tersentuh juga hati kecilku bila melihat keadaan diurang, agaknya naluri keibuan dan kewanitaan tu ada ..chewah ..Ya lah memang betul..Sedih rasanya ..lebih2 lagi masa diurang nak balik tu ...



Walaubagaimanapun, gembira juga hati bila melihat diurang gembira bila diberi peluang bermain satu permainan berebut kerusi .. Seronok rasanya hati diurang tu ya...


Beberapa acara telah dipertandingkan, salah satunya adalah pertandingan menganyam ketupat dimana Sapia telah mencuba nasib...

Dan juga pertandingan siapa paling banyak makan sate .. cabarannya adalah sate kerbau dan bukannya sate ayam..jadi faham2 ja lah sate kerbau ni agak liat sikit ..lagipun masa tu masing2 dah kenyang .. selepas menikmati juadah ...


Walaubagaimanapun, tersangkut juga Noridah dari unit ku dan dapat no. 2 dalam pertandingan makan sate. Dan yang tak disangka2 kak Nor dapat hadiah misteri iaitu Wanita Teranggun pada majlis tersebut ...


Bagi kami yang tidak ikut apa2 acara, posing ja lah di pejabat sebagai kenang2 an...


Musim buah tempatan ...

Hujung minggu aku dan suami pergi ke tamu Tuaran..Wah seronoknya tengok orang banyak jual buah2 tempatan.. Musim buah lah katakan. Sambil jalan2, ternampak pula ikan belut dijual, kepala masih gerak2 lagi tu walaupun dah potong dekat kepala.. Orang cakap sedap masak lemak..Tapi aku tak pernah makan.. Nampak macam ular ja ...


Singgah sebentar di restoran untuk makan roti nan kegemaran suamiku...


Nilah gambar2 buah yang dijual yang sempat aku ambil masa tu ...

Rambuatan, durian dan langsat ...

Ini buah bambangan, kalau orang Sabah, biasanya buah ni dibuat jeruk .. Kalau makan ditambah dengan cili padi , wah sedap rasanya ..


Ini pula buah tarap, harga ikut saiz.. 50 sen sebiji pun ada ...

Aku paling suka buah cempedak, kalau dibuat kuih pun boleh ....

Tuesday, October 6, 2009

Sesi Fotografi

Alhamdulillah, kami panjatkan syukur kepada Allah SWT. dimana kami masih diberi kesempatan untuk menyambut Aidilfitri pada tahun ini dengan kedua ibu dan bapa kami. Tidak seperti orang lain yang dah tak ada samada ibu atau bapa ataupun kedua2 nya sekali. Dengan kesempatan ini, beberapa hari selepas raya tempoh hari, kami telah adakan satu sesi fotografi ...(macam selebriti lah pula...). Bukan senang nak kumpulkan ahli keluarga (walaupun tak lah ramai sangat) dalam satu masa, almaklum ada yang bekerja dan belajar tempat orang. Alhamdulillah segala yang dirancang tercapai juga akhirnya. Walaubagaimanapun, terlupa lah pula nak ambil gambar kita orang semua dengan kamera aku ni .. Mengharap juru foto yang diundang ja. Buat masa ni belum siap di edit. Nantilah masukkan kemudian.....


Ini antara gambar yang sempat diambil guna kamera kecil ku.....



Inilah adik beradikku, seorang ja lelaki dan aku anak tengah. Tu pasal ahli keluarga terdekat biasa panggilku Ngah ja....
Bersama menantu2 ....
Gambar keluargaku bersama emak @ eyang dan ayah @bapa

Inilah cucu2 diorang, seorang lagi tak ada (berada di Tawau) ...Yang sedondon tu adik beradiklah ...

........ Hadif .......

Monday, October 5, 2009

Ulang tahun Yati ke 6 tahun

Pada 29/09/2009 (cantik tarikh ni kan....), genaplah umur Yati ke 6 tahun. Seperti tahun lepas, dia sambut ulang tahunnya dengan kawan2 sekelas di sekolahnya sahaja. Lagipun tahun depan dah masuk darjah satu, jadi kami biarkan saja dia raikan di sekolahnya tahun ni. Ni antara gambar2 yang sempat diambil oleh cikgu kelasnya.
Bersama kawan2 perempuan.. Dia senyum serba tak kena pasal dah tak ada gigi, atas dan bawah (gigi kekal dah nak tumbuh) ....he..he..he


Ni, dengan budak lelaki pula....Agaknya terlalu ramai kalau diambil sekali, tu lah pasal ada 2 versi ...

Birthday girl ngan kek serta hadiah2 dari kawan2 nya....

Suasana dalam kelas ....tengah menikmati juadah yang ala kadar ja aku buat ....Mana yang sempat ...

Yati cakap, masa ni kelas komputer .... Cikgu ada di depan lah tu....


Kesian pula tengok kakak2 dan abangnya. jadi petangnya, aku sediakan juga kek untuk mereka sama2 raikan ...

Sibuk membuka hadiah2 yang diterima hari tu....

Friday, October 2, 2009

Sukaneka Sempena Aidil Fitri

Pada 26/09 tempoh hari, AJK Badan Masjid kampungku telah menganjurkan Sukaneka Sempena Aidil Fitri. Lokasinya kali ini adalah di perkarangan rumah kami, jadi secara tidak langsung agak sibuk juga lah. Kebanyakan acaranya untuk kanak2 dan tujuan utamanya pun untuk mengeratkan silaturrahim antara penduduk kampungku. Memandangkan, hari tersebut hujan, maka semua acara terpaksa diadakan di garage kereta ja la...Nasib baik besar juga kawasan nya...


Jadi, layan je lah antara acara2 yang telah diadakan hari tu....Sebenarnya banyak lagi acara, tapi cukup sekadar ni jal la yea...




Selain acara2 sukan, ada juga acara untuk meneka bilangan biji dalam buah betik. Semua yang hadir kena teka. Antara ramai2 kami meneka hanya Imam kampungku sahaja mendapat jawaban yang hampir dekat. Fikirkan jumlah bijinya tak lah banyak, sekali dikira lebih juga angka 1000.


Acara cari duit dalam tepung....


Ini acara untuk orang dewasa (para bapa2 dan ibu2), masukkan benang dalam jarum ....


Aku, enda juga mau ketinggalan, saja untuk memeriahkan lagi...Sekali sangkut juga bah, dapat no 2 lagi tu ..chewah....
Gambar kenang2an para ibu2 ....



Ini adalah juara bagi pertandingan menyusun pelita. Selain itu, ada juga kategori menyusun "colour light". AJK Masjid akan megelilingi kampung pada malam raya dan mencari rumah yang telah di hiasi oleh pelita dan "clolour light" mengikut kreativiti masing2. Mana2 rumah yang dihiasi oleh kedua2 kategori ini dengan begitu kreatif dan cantik akan mendapat markah tinggi..



Ini acara suka2, dimana lagu joget raya didendangkan dan ketua kampung begitu sporting dan tak terlepas join sama....



Acara makan.....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...