Friday, July 22, 2011

Lama tak update blog, pasal apa??...

Rajin pula aku update blog tahun ini ya...Tahun lepas boleh kira ja entri aku...Bukan apa sebenarnya, kami sekeluarga diuji lagi dimana kalau tidak silap sebelum Raya puasa tahun lepas, bapaku telah dikesan ada batu karang di hempedu dan saluran darahnya...Untuk tidak membahayakannya , maka kami bersetuju untuk membuat pembedahan untuk ke tiga kali bapaku (kalau tidak silap).. Pembedahan pertama disebabkan oleh tulang/urat terseliuh sebelah pinggangnya, kedua pembedahan usus dimana didapati sebahagian ususnya rosak dan perlu dibuang.  Kalau tidak dia akan senantiasa ada masalah perdarahan dan ketiga tu pasal batu karang la pula... Masa tu dia lama sikit tinggal di Hospital disebabkan perlu banyak ujian ... Kesian kan...Tapi tu lah hakikatnya kami kena terima ketentuan dari Nya .... Alhamdulillah kami bersyukur pembedahan selamat dibuat di DSC tempat kakakku kerja ...


Dan tahun ini (awal bulan Mei yang lalu)...sekali lagi, kami dikejutkan dengan keadaan bapaku tiba2 tidak sihat dan muntah di tengah malam...Fikirkan masalah gastrik sahaja dan bawa dia ke hospital terdekat ja, tetapi alangkah terkejutnya kami tiba2 paginya beliau dah tak boleh bergerak sendiri.  Mujur kami cepat sedikit ...(tapi mungkin agak terlewat juga sedikit)..hantar dia ke DSC sekali lagi... Selepas diperiksa dan disahkan dia kena mild stroke dan walaubagimanapun tidak ada perdarahan di otak..... Syukur Alhamdulillah ...Pada mulanya selepas beliau keluar dari hospital beliau tak boleh bergerak sendiri dan perlu bantuan orang lain tetapi Alhamdulillah sekarang ini, beliau dah boleh bergerak/berjalan sendiri walaupun di rumah sahaja menggunakan tongkat ..Insya Allah kami doakan moga dia cepat sembuh seperti sedia kala ... Amin..Amin ya Rabb ...

Tu la kan, teringat pula aku dengan satu pepatah..."Dengan wang kita boleh membeli jam tapi kita tidak boleh membeli waktu, Dengan wang kita boleh membeli ubat dan membayar biaya perubatan tetapi kita tidak boleh membeli kesihatan yang sudah hilang " ... Lebih kurang macam tu la...

2 comments:

CikSembang said...

jagalah ibu bapa semasa mereka masih ada..

salsbh said...

Ya CZ..InsyaAllah ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...