Friday, October 7, 2011

Setiap penyakit ada ubatnya....

Aku tersentuh dan tersentak dengan kata2 seorang saudaraku yang jarang2 berkunjung ke rumah baru2 ini.  Dia telah menceritakan dimana dia pernah terlantar sakit selama 6 bulan dimana lebih kurang 4 bulan beliau langsung tidak dapat buat apa2 sendiri tanpa bantuan isterinya.  Menurut beliau dia kena penyakit "Kurap Tanah" dimana kulit2 kaki dan tangan beliau ada biji2 dan berair, lebih kurang kudis lah kali.......Bayangkan lah, kalau kita ditakdirkan begitu.  Apapun tidak boleh buat, makan tak kenyang dan tidur tak lena. Mereka ni dikategorikan orang susah dan tinggal di kampung.  Berubat di hospital dan berjumpa dengan doktor mungkin pilihan terakhir mereka memandangkan mereka tidak berkemampuan untuk itu lebih2 lagi pengangkutan sendiri pun tidak ada.  Saudara mara terdekat tak ramai ...

Walaubagaimanapun, akhirnya mereka telah bertemu dengan seorang pakar dengan penyakit tersebut melalui  orang lain (bukan doktor pakar tapi hanya orang kampung juga) dan memberi tahu penawar kepada penyakit tersebut iaitu hanya daun2 yang perlu digunakan untuk mencuci dan menampal kudis tersebut dan akhirnya, secara perlahan2 "kurap" tu hilang ... Tak ingat pula nama daunnya apa lagi rupanya ...

Bukan apa, teringat aku sebuah hadis dan yang sering juga kita dengar, seperti di bawah...

Sebuah hadis sahih Bukhari, dari hadis Abu Hurairah R.A, dari Nabi S.A.W bersabda:“Allah tidak menurunkan penyakit melainkan juga menurunkan penawar (ubat) baginya.”


dan juga ...

Di dalam sahih Muslim diriwayatkan dari hadis Jabir bin Abdullah berkata: Rasulullah S.A.W bersabda: “Setiap penyakit ada ubatnya. Jika suatu ubat penawar sesuai untuk penyakit (tersebut), maka ia akan sembuh dengan izin Allah.”

Disamping itu, Moral of the story ... iaitu dalam menghadapi sebarang dugaan dan ujian seberat itu, seharusnya kita kena banyakkan bersabar, kuatkan hati, tawakkal dan tabah dengan ketentuan Illahi sesungguhnya Dia adalah Maha Penyembuh dan Maha Mengetahui apa yang kita tidak ketahui .....

Wallahualam Bisawab ...

1 comment:

CikSembang said...

salah satu ujian Allah kpd umatnya dengan memberi kita sakit, maka bersabarlah dengan ujian itu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...