Monday, March 4, 2013

Insiden Pencerobohan di Lahad Datu Sabah


Agak lama gak tak update blog ni ..Tapi hari ini, macam terpanggil untuk menulis sepatah dua pasal insiden ni selepas mendengar Hot Chat kat radio HOT FM pagi tadi dimana kejadian ini telah belaku sejak 20 hari yang lalu... Sayu sangat hati mendengar lagu2  patriotik dimain kan tadi...tanpa ku sedar mengalir juga air mata ini meskipun tidak ada seorangpun dalam keluargaku yang terdekat bertugas sebagai askar mahupun polis .. saudara2 melangkah ada juga lah... Bait2 lagu masih lagi terngiang2 di telinga sambil mengenang nasib balu2 yang telah ditinggalkan bersama anak2 yang masih kecil, yang masih belum faham apa sebenarnya yang berlaku, cuma yang mereka tahu ayah/bapa mereka telah pergi meninggalkan mereka untuk menjalankan tugas, itu sahaja .... 

Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban
Untuk Ibu Pertiwi

Sebelum kami berjaya
Jangan harap kami pulang
Inilah sumpah kami semua
......

Andai kata kami gugur semua
Taburkan bunga atas pusara
Kami mohon doa
Malaysia berjaya

Semboyan telah berbunyi 
Menuju medan bakti

Itu lah kan, kalau dulu kita terdengar atau melihat di media massa pertempuran darah di negara orang lain sekarang terjadi juga di negara sendiri.  Kurang arif dengan sejarah lama & perjanjian terdahulu, namun insiden ini amat merisaukan kita terutamanya kami sebagai penduduk di Sabah ni.  Tidak mengaitkan sebarang politik seperti ada sesetengah khabar angin yang berkata begitu namun secara logiknya tak kan ada orang yang sanggup mengorbankan nyawa bangsa sendiri untuk kepentingan pihak2 tertentu .. Wallahualam bisawab ... Kalau betullah ada dalang disebaliknya maka orang tu la sebenarnya pengkhiaanat negara dan moga akan dapat pembalasan bukan sahaja di dunia malah di akhirat nanti ...

Apa yang mampu kami doakan agar para perajurit/polis/wartawan dan sesiapa sahaja yang bertugas di sini, semoga anda semua tabah/tawakal/bersabar dengan apa sahaja yang bakal kalian tempohi & moga kalian selamat dan dijauhi dari segala mala petaka semasa menjalankan tugas. Kepada keluarga yang ditinggalkan, kami harap kalian diberi ketabahan dan kesabaran yang kuat untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Berat mata memandang, berat lagi rasanya apa yang kamu rasa. Cuma doa kami sahaja yang dapat kami panjatkan dan mengiringi keluarga kalian. Kami amat menghargai segala pengorbanan anda semua demi menjaga keamanan negara amnya dan keamanan negeri kami khususnya.  Moga isu ini dapat diselesaikan dengan seberapa segera tanpa ada lagi pertumbahan darah .... Amin..Amin..Amin Ya Rabb ...







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...