Friday, October 21, 2011

Rawatan Penyakit

Lama benar rasanya tidak buat ulasan buku dalam blog ini kan....Bukan apa, ada gak buku di baca tapi bila dah habis baca tidak ada mood pula mau update blog masa tu ...Bila ada mood nak update blog, terlupa pula isi2 penting yang melekat dihati time baca buku ... Tapi tidak apa , ni kali aku update ja la blog ni walaupun sebenarnya aku belum habis baca buku ni ...


Rasanya buku yang baru aku beli ni ada kesenambungan dengan entri aku yang lepas. Entahlah akhir2 ini aku banyak search di internet dan berminat pula nak tahu perkara2 berkaitan dengan penyakit dan rawatan alternatifnya sehingga aku terbaca ngan satu blog rawatan Darussyifa.  Dan kebetulan singgah di kedai buku, ternampak pula buku ni.  Sebenarnya ada 5 jilid semuanya, tetapi buku jilid 2 ini aku rasa amat ku perlukan/sesuai dengan apa yang aku cari/mau buat masa ini. 

Dalam buku ini diterangkan 10 ruqyah/jampi utama yang mana terdiri dari 5 ayat Alquran dan 5 Hadis sahih, bahan2 yang dibolehkan digunakan dalam rawatan dan cara mengambil bahan2 tersebut disamping penerangan tentang beberapa jenis penyakit jasmani dan cara rawatannya serta bahan2 yang digunakan. 

Rasanya kita kena juga cari rawatan alternatif selain berubat di hospital dan berjumpa dengan doktor.  Bukan apa, rawatan2 ini juga berlandaskan Alquran dan Hadis dan moga kita tidak terpesong dengan apa jua rawatan yang tidak dibenarkan semata2 hanya untuk sihat dan cepat sembuh....
Wallahualam bisawab...

Friday, October 7, 2011

Setiap penyakit ada ubatnya....

Aku tersentuh dan tersentak dengan kata2 seorang saudaraku yang jarang2 berkunjung ke rumah baru2 ini.  Dia telah menceritakan dimana dia pernah terlantar sakit selama 6 bulan dimana lebih kurang 4 bulan beliau langsung tidak dapat buat apa2 sendiri tanpa bantuan isterinya.  Menurut beliau dia kena penyakit "Kurap Tanah" dimana kulit2 kaki dan tangan beliau ada biji2 dan berair, lebih kurang kudis lah kali.......Bayangkan lah, kalau kita ditakdirkan begitu.  Apapun tidak boleh buat, makan tak kenyang dan tidur tak lena. Mereka ni dikategorikan orang susah dan tinggal di kampung.  Berubat di hospital dan berjumpa dengan doktor mungkin pilihan terakhir mereka memandangkan mereka tidak berkemampuan untuk itu lebih2 lagi pengangkutan sendiri pun tidak ada.  Saudara mara terdekat tak ramai ...

Walaubagaimanapun, akhirnya mereka telah bertemu dengan seorang pakar dengan penyakit tersebut melalui  orang lain (bukan doktor pakar tapi hanya orang kampung juga) dan memberi tahu penawar kepada penyakit tersebut iaitu hanya daun2 yang perlu digunakan untuk mencuci dan menampal kudis tersebut dan akhirnya, secara perlahan2 "kurap" tu hilang ... Tak ingat pula nama daunnya apa lagi rupanya ...

Bukan apa, teringat aku sebuah hadis dan yang sering juga kita dengar, seperti di bawah...

Sebuah hadis sahih Bukhari, dari hadis Abu Hurairah R.A, dari Nabi S.A.W bersabda:“Allah tidak menurunkan penyakit melainkan juga menurunkan penawar (ubat) baginya.”


dan juga ...

Di dalam sahih Muslim diriwayatkan dari hadis Jabir bin Abdullah berkata: Rasulullah S.A.W bersabda: “Setiap penyakit ada ubatnya. Jika suatu ubat penawar sesuai untuk penyakit (tersebut), maka ia akan sembuh dengan izin Allah.”

Disamping itu, Moral of the story ... iaitu dalam menghadapi sebarang dugaan dan ujian seberat itu, seharusnya kita kena banyakkan bersabar, kuatkan hati, tawakkal dan tabah dengan ketentuan Illahi sesungguhnya Dia adalah Maha Penyembuh dan Maha Mengetahui apa yang kita tidak ketahui .....

Wallahualam Bisawab ...

Thursday, September 15, 2011

Syukuri segala nikmat NYA ....

Salam Aidilfitri dariku untuk semua pengunjung blog ini, rasanya belum terlambat lagi kan....

Marilah kita mensyukuri segala nikmat yang telah Allah SWT telah berikan kepada kita.  Lihatlah sekeliling kita dimana ada lagi sebenarnya orang yang lagi susah dari kita.  Kalau kita masih dikurniakan kereta dan sampai hingga ke tangga rumah/pintu rumah dari tempat kerja dsbnya, sebenarnya ada lagi yang tidak ada kemudahan pengangkutan sendiri yang terpaksa naik bas/berjalan kaki dan merentasi jambatan2 kecil untuk naik ke rumah mereka..


Kalau rumah kita di darat dan sebahagiannya diperbuat dari bata dan simen, adalah lagi rumah orang di air yang hanya menggunakan papan.  Dan difahamkan, setiap beberapa bulan/tempoh masa tertentu rumah ini perlu diperbaiki disebabkan ianya cepat rosak disebabkan air laut.  Kalau tidak ianya akan condong sebegini.
Cuba kita tanya diri kita yang sudah biasa hidup/tinggal di darat ni, sanggupkah kita membawa anak2 kecil kita tinggal di rumah sebegini yang tidak lari dari risiko air pasang, dihempas ombak besar dan tsunami?...Nauzubillah Min Zalik.... Walaubagaimanapun, mereka masih cekal, tabah dan sabar dengan dugaan hidup ini dan terus menjalani kehidupan seharian disamping menyara anak bini dengan titik peluh sendiri (bukan bergaji tetap setiap bulan) sebagaimana kehidupan kita ....Itulah Realiti Kehidupan sebenarnya ... 


Renung-renungkan ayat ini ....

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” Surah Ibrahim : ayat 7

Sunday, August 28, 2011

Cubaan kedua buat Video

Hah ni cubaan kedua aku buat video, ni kali versi Facebook khas untuk family & friends aku dalam FB.  Aku dah belajar tambah caption dan ada animation sikit..gambarpun dah bertambah juga sesuai ngan panjang lagu .... memang banyak lagi yang perli diperbaiki, Insya Allah akan terus belajar & belajar benda baru, sekarang ini yang penting kita kena usaha dan berani mencuba...walaupun tak ada guru ...

Semua gambar dalam video ini diambil sendiri samada oleh husbandku dan aku ...

Friday, August 26, 2011

Percubaan Pertama Buat Video ...

Alhamdulillah, satu lagi benda baru aku buat iaitu buat klip video menggunakan Windows Live Movie Maker, sila lihat Ucapan Raya 2011 dalam blog ini..Outputnya taklah seberapa kan tapi basicnya dah ada...tak pe nanti belajar lagi untuk mencantik video2 klip seterusnya ....

Layannnnnn ...

Tuesday, August 23, 2011

Mengikuti Program Qaseh Ramadhan anjuran Tiaranita Sabah

Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan Salam Ramadhan kepada semua pengunjung blog ni yang beragama Islam...Moga segala amal ibadah yang telah kita lakukan disepanjang Ramadahan ini diterima oleh Allah SWT ..lebih2 lagi pada 10 terakhir Ramdhan tahun ini...Insya Allah ...

Sebenarnya, aku kembali sibuk selepas aku rajin meng update blog sebelum ini, tu la pasal, blog aku sunyi sekejap... Disamping tugas seharian di pejabat dan tanggungjawab di rumah aku juga sibuk untuk update blog ... Bukan blog kedua ku tapi blog Tiaranita di http://tiaranitasabah.blogspot.com. Memandangkan Tiaranita banyak aktiviti akhir2 ini makanya blog perlu juga di update senantiasa... tu la juga sebahagian dari tanggungjawabku sekarang ini....

Siang tadi aku terlibat dengan Program Qaseh Ramdadhan dimana beberapa wakil Tiaranita Sabah dan aku pergi menjejaki dan memberi sumbangan yang tidak seberapa kepada keluarga2 terpilih demi meringankan sedikit bebanan mereka dalam menyambut Syawal yang tak lama lagi ...

Waduh sayu juga hati melihat keadaan mereka yang serba kekurangan bila dibandingkan dengan aku ni, kita perlu bersyukur rupanya ada lagi orang yang diuji dengan dugaan sebegitu.  Itulah hakikat hidup sebenarnya .... Merekapun amat bersyukur dengan kunjungan kami.  Moga program sebegini dapat diteruskan lagi ..

Aku tak banyak ambil gambar dengan kameraku cuma menggunakan kamera kawan...Kalau berminat nak tengok gambar2 lain sila rajin2 kunjungi blog Tiaranita Sabah yang akan di update sedikit masa lagi ...


Ya Allah jadikan aku dari golongan yang senantiasa mensyukuri segala nikmat yang telah Engkau berikan dan jadikan aku senantiasa mengingati bahawa segala yang ada dalam dunia ini hanya milik Mu dan dunia ini hanya sementara bagi kami ....Amiin...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...