Beberapa koleksi gambar anak2 semasa Majlis Perkahwinan Along ....... Seronok nampak diurang gembira kan dengan pose tersendiri ...
Wednesday, December 14, 2011
Tuesday, December 13, 2011
Perkahwinan Along ....
Nak share sedikit kat sini tentang Majlis Perkahwinan anak saudara aku @ anak kakak ke dua pada 26hb November yang lalu. Kalau kawan2 di FB, mungkin sudah nampak koleksi gambar2 yang aku ambil masa majlis tersebut, di sini aku nak share beberapa gambar saja ya...
Acara bertitik seminggu sebelum majlis dibawa khas dari kampung
Di bawah beberapa gambar semasa Majlis Akad Nikah
Malam Majlis Berinai
Di hari Persandingan
Bergambar bersama keluarga pengantin lelaki
Bergambar bersama keluarga pengantin perempuan
Bergambar bersama keluarga ibu pengantin perempuan
Pakaian Tradisi Bajau
Majlis Memotong kek
Didoakan semoga ikatan pasangan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat dan semoga kehidupan mereka diberkati hendaknya....
Amin...
Sibuk...sibuk.....
Hai ketemu lagi di ruangan ku kali ni....ya jarang2 gak aku menulis ni...tu la alasannya...SIBUK, SIBUK... tapi tak juga la sesibuk manapun....Blog sendiri pun jarang gak dijenguk2.... Bila dijenguk, banyak pula komen2 para pengunjung yang mungkin aku kenali ataupun tidak ku kenali terutama dalam ruangan forum di tepi ni...tersentuh pula baca komen2 kamu orang di situ yang kepingin nak melawat/menjenguk lagi blog ini walaupun, rasanya tak la banyak info yang aku tulis di ruangan dan dalam blog yang tidak seberapa ini. Itu cuma luahan hati, apa yang tersirat dan juga pengalaman serta cerita sendiri sahaja ...
Tu la, aku jarang juga nak menulis di sini. Kalau ada yang tersentuh dan tersirat dilubuk hati dan nak diluahkan...baru aku dapat catat di sini ... kalau sekadar sedikit sahaja atau idea tersekat2, makanya tak update la blog ini ..tapi setelah membaca komen2 tentang blog ini rasanya macam aku ada tanggungjawab pula terutama perkongsian info2 yang berguna juga untuk semua orang ... ya lah kan, kadang2 kita hidup ni ada yang mempunyai pengalaman yang sama dalam mengharungi kehidupan yang cuma sementara ni, jadi sewajarnya la kita kongsikan melalui alam maya ini... Insya Allah, aku dapat update blog ini dengan info2 berguna yang boleh dikongsi bersama ....
Terlalu singkat rasanya , dah nak habis tahun 2011 ini..dan sekarang tinggal beberapa hari lagi kita akan ketemu lagi dengan tahun baru, angka baru dan secara tidak langsung angka umur kita juga dah bertambah 1 .... Bersyukur juga ke hadrat Allah SWT, aku masih diberi nafas dan kehidupan hingga ke hari ini, dan moga hari2 yang mendatang akan aku gunakan sebaik mungkin di landasan yang betul mengikut ajaran Nya..Insya Allah......disamping juga memohon keampunan dari Allah SWT atas segala kesalahan dan kesilapan di hari2 yang telah ku lalui ... Semoga hal2 keduniaan ini tidak akan melalaikan aku dari menjalan kewajiban yang sebenar di dunia ini ...Amin...
Friday, October 21, 2011
Rawatan Penyakit
Lama benar rasanya tidak buat ulasan buku dalam blog ini kan....Bukan apa, ada gak buku di baca tapi bila dah habis baca tidak ada mood pula mau update blog masa tu ...Bila ada mood nak update blog, terlupa pula isi2 penting yang melekat dihati time baca buku ... Tapi tidak apa , ni kali aku update ja la blog ni walaupun sebenarnya aku belum habis baca buku ni ...
Rasanya buku yang baru aku beli ni ada kesenambungan dengan entri aku yang lepas. Entahlah akhir2 ini aku banyak search di internet dan berminat pula nak tahu perkara2 berkaitan dengan penyakit dan rawatan alternatifnya sehingga aku terbaca ngan satu blog rawatan Darussyifa. Dan kebetulan singgah di kedai buku, ternampak pula buku ni. Sebenarnya ada 5 jilid semuanya, tetapi buku jilid 2 ini aku rasa amat ku perlukan/sesuai dengan apa yang aku cari/mau buat masa ini.
Dalam buku ini diterangkan 10 ruqyah/jampi utama yang mana terdiri dari 5 ayat Alquran dan 5 Hadis sahih, bahan2 yang dibolehkan digunakan dalam rawatan dan cara mengambil bahan2 tersebut disamping penerangan tentang beberapa jenis penyakit jasmani dan cara rawatannya serta bahan2 yang digunakan.
Rasanya kita kena juga cari rawatan alternatif selain berubat di hospital dan berjumpa dengan doktor. Bukan apa, rawatan2 ini juga berlandaskan Alquran dan Hadis dan moga kita tidak terpesong dengan apa jua rawatan yang tidak dibenarkan semata2 hanya untuk sihat dan cepat sembuh....
Wallahualam bisawab...
Rasanya kita kena juga cari rawatan alternatif selain berubat di hospital dan berjumpa dengan doktor. Bukan apa, rawatan2 ini juga berlandaskan Alquran dan Hadis dan moga kita tidak terpesong dengan apa jua rawatan yang tidak dibenarkan semata2 hanya untuk sihat dan cepat sembuh....
Friday, October 7, 2011
Setiap penyakit ada ubatnya....
Aku tersentuh dan tersentak dengan kata2 seorang saudaraku yang jarang2 berkunjung ke rumah baru2 ini. Dia telah menceritakan dimana dia pernah terlantar sakit selama 6 bulan dimana lebih kurang 4 bulan beliau langsung tidak dapat buat apa2 sendiri tanpa bantuan isterinya. Menurut beliau dia kena penyakit "Kurap Tanah" dimana kulit2 kaki dan tangan beliau ada biji2 dan berair, lebih kurang kudis lah kali.......Bayangkan lah, kalau kita ditakdirkan begitu. Apapun tidak boleh buat, makan tak kenyang dan tidur tak lena. Mereka ni dikategorikan orang susah dan tinggal di kampung. Berubat di hospital dan berjumpa dengan doktor mungkin pilihan terakhir mereka memandangkan mereka tidak berkemampuan untuk itu lebih2 lagi pengangkutan sendiri pun tidak ada. Saudara mara terdekat tak ramai ...
Walaubagaimanapun, akhirnya mereka telah bertemu dengan seorang pakar dengan penyakit tersebut melalui orang lain (bukan doktor pakar tapi hanya orang kampung juga) dan memberi tahu penawar kepada penyakit tersebut iaitu hanya daun2 yang perlu digunakan untuk mencuci dan menampal kudis tersebut dan akhirnya, secara perlahan2 "kurap" tu hilang ... Tak ingat pula nama daunnya apa lagi rupanya ...
Bukan apa, teringat aku sebuah hadis dan yang sering juga kita dengar, seperti di bawah...
Sebuah hadis sahih
Bukhari, dari hadis Abu Hurairah R.A, dari Nabi S.A.W bersabda:“Allah tidak
menurunkan penyakit melainkan juga menurunkan penawar (ubat)
baginya.”
dan juga ...
dan juga ...
Di dalam sahih
Muslim diriwayatkan dari hadis Jabir bin Abdullah berkata: Rasulullah S.A.W
bersabda: “Setiap penyakit ada ubatnya. Jika suatu ubat penawar sesuai untuk
penyakit (tersebut), maka ia akan sembuh dengan izin Allah.”
Disamping itu, Moral of the story ... iaitu dalam menghadapi sebarang dugaan dan ujian seberat itu, seharusnya kita kena banyakkan bersabar, kuatkan hati, tawakkal dan tabah dengan ketentuan Illahi sesungguhnya Dia adalah Maha Penyembuh dan Maha Mengetahui apa yang kita tidak ketahui .....
Wallahualam Bisawab ...
Wallahualam Bisawab ...
Thursday, September 15, 2011
Syukuri segala nikmat NYA ....
Salam Aidilfitri dariku untuk semua pengunjung blog ini, rasanya belum terlambat lagi kan....
Marilah kita mensyukuri segala nikmat yang telah Allah SWT telah berikan kepada kita. Lihatlah sekeliling kita dimana ada lagi sebenarnya orang yang lagi susah dari kita. Kalau kita masih dikurniakan kereta dan sampai hingga ke tangga rumah/pintu rumah dari tempat kerja dsbnya, sebenarnya ada lagi yang tidak ada kemudahan pengangkutan sendiri yang terpaksa naik bas/berjalan kaki dan merentasi jambatan2 kecil untuk naik ke rumah mereka..
Kalau rumah kita di darat dan sebahagiannya diperbuat dari bata dan simen, adalah lagi rumah orang di air yang hanya menggunakan papan. Dan difahamkan, setiap beberapa bulan/tempoh masa tertentu rumah ini perlu diperbaiki disebabkan ianya cepat rosak disebabkan air laut. Kalau tidak ianya akan condong sebegini.
Cuba kita tanya diri kita yang sudah biasa hidup/tinggal di darat ni, sanggupkah kita membawa anak2 kecil kita tinggal di rumah sebegini yang tidak lari dari risiko air pasang, dihempas ombak besar dan tsunami?...Nauzubillah Min Zalik.... Walaubagaimanapun, mereka masih cekal, tabah dan sabar dengan dugaan hidup ini dan terus menjalani kehidupan seharian disamping menyara anak bini dengan titik peluh sendiri (bukan bergaji tetap setiap bulan) sebagaimana kehidupan kita ....Itulah Realiti Kehidupan sebenarnya ...
Renung-renungkan ayat ini ....
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” Surah Ibrahim : ayat 7
Subscribe to:
Posts (Atom)





