Wednesday, May 13, 2009

Konsert AF7


Sedar tak sedar, AF7 dah sampai ke penghujungnya pada malam minggu ni....Sebenarnya aku mengikuti juga konsert ni sebagai pengisi malam mingguku.. Dairi...., aku tak berapa mengikutinya, cuma kalau ada masa ja tertengoklah juga....
Bagi aku, antara 9 konsert yang diadakan pada sesi ini, yang paling aku ingat adalah konsert ke 8 kalau tak silap iaitu yang bertemakan teater muzikal dimana tema ini pertama kali diadakan sepanjang AF diperkenalkan. Solute jugalah pada budak2 ni dalam masa singkat diurang mampu memberi persembahan yang membanggakan. Dan yang kedua adalah konsert minggu lepas dimana majoriti persembahan mereka gempak juga seolah2 menonton konsert akhir.
Bagi persembahan individu pula, beberapa persembahan yang masih aku ingat adalah
1. Hafiz - Lagu kita, Di manakan ku cari ganti dan I believe i can fly
2. Akim - Destinasi Cinta dan I'm yours
3. Aril - Aku dan dirimu (dgn Marsha) dan Nakal
4. Zizi - Aku dah bosan..

Persembahan yang lain tu biasa2 saja..jadi tidak melekat diingatanku...chewah...
Dalam pengamatan dan pemerhatian aku, Hafiz ni memang mempunyai vocal yang mantap dan sentiasa konsisten dengan apa sahaja lagu yang diberi. Tetapi dari segi persembahan macam biasa2 saja dimana beliau perlu memikirkan satu persembahan yang lain dari yang lain supaya persembahan dia pada masa2 akan datang sentiasa diingati. Bagi Akim pula, kita boleh nampak ada perubahan dan peningkatan dari segi vocal, persembahan dan juga penampilan beliau dari minggu ke minggu. Nampaknya dia telah menyahut cabaran tema TRANSFORMASI bagi tahun ini. Aril pula, walaupun aku kurang bersetuju dengan adanya AF masuk ni sebab tak adil dengan pelajar2 yang tinggal kan..tapi dengan kemasukan semula beliau, aku rasa boleh menghangatkan lagi konsert akhir nanti. Aril ni memang cukup pakej, rasanya selepas ni memang ramai yang akan menunggu beliau. Moga konsert akhir nanti akan menjadi sejarah kepada AF sepanjang diperkenalkan..Lagu2 yang diberi kepada diurang nantipun rasanya agak popular juga masa ni...
Siapa pemenang???... Bergantung kepada UNDIAN .... Nampaknya ada saingan dan kemungkinan ada kejutan....

Bagi OIAM pula (tengok juga...), kemenangan Tomok memang telah dijangkakan memandangkan persembahan beliau ada peningkatan dari konsert pertama hingga ke final...

Antara gambar2 terkini Yati yang ikut stail pelajar AF7....Bila ditanya pelajar yang dia suka, dia akan jawab...Zizi dan Aishah...

1 comment:

Zaidah Zul said...

oooo Sal follow AF7 ni.. saya dah malas dgn AF kenapa tah..
meluat pun ada.. sebab streotype je AF ni.. mana transformasinye tah..
sekali sekala je sy tertengok.. mmg Hafiz boleh menang .. dah menang pun.Tapi kn ingat Astro ada strategi sendiri utk tarik customer..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...