Monday, May 18, 2009

Konsert akhir AF7

Hai ketemu lagi ... Mungkin agak terlewat untuk aku review konsert akhir yang lalu disebabkan tak cukup masa agaknya, tapi tak apa la kan, lain orang lain pandangannya.
Bagi aku, konsert tersebut macam tak cukup ummphnya lah berbanding ngan konsert akhir sesi AF yang lalu2. ..tak tau mana silapnya. Mungkin kerana lagu2 yang dipilih dan lagu2 baru pelajar tersebut kurang menyenggatlah. Rasanya lagu2 konsert ke 9 lagi power dan mencabar kreadibiliti pelajar2 tersebut.. Tapi hairan juga yea, peratusan undian tahun ni naik pula 45% berbanding ngan tahun lepas ... kemungkinan kerana adanya AFMASUK jugalah...
Lagu bonus yang dinyanyikan oleh pelajar2 diawal konsert juga rasanya tak berapa kena sebab secara tidak langsung macam mengganggu penyampaian Hafiz pada lagu pertamanya. Sepatutnya lagu bonus perlu dinyanyikan di akhir konsert ataupun tak pelu diadakan langsung, biarlah pelajar2 konsentrate ngan lagu2 masing2 kan...
Berkenaan dengan vocal dan persembahan para pelajar juga macam diurang tak all outlah jadi nampak biasa2 saja. Macam menonton konsert mingguan ja rasanya...Sorakan penonton sahaja yang ada di dewan tersebut yang meriuhkan dan mengamatkan suasana. Walaubagaimanapun, lagu baru Hafiz tu memang sedap dan best melodinya walaupun baru pertama kali aku dengar (sebab aku tak layan diaripun..). Memang kena dengan vocal Hafiz yang mantap tu, bestlah jadinya.... Lagu baru Akim pula, first time dengar malam tu macam tak best ja tapi bila dengar pada pagi nya di radio Hotfm macam best juga rupanya. Dari segi persembahan, yang aku tertarik Akim punya persembahan ja, iaitu lain dari yang lain cuma vocalnya pada akhir lagu tu macam flat la suara dia ..yang aku dengarla ..Tak taulah kalau di dewan tu, penonton tak perasan pula dan pengkritik tak sentuh pun.. Mungkin OK lah kot pada sesiapa yang ada dalam dewan tersebut. Kalau ikut tone suara Akim ni memang sesuai ngan lagu Faizal Tahir tu, cuma perlu digilap lagi lah ..
Berkenaan ngan pengkritik, aku macam tertarik ngan kritikan Adlin ja, memang sesuaaiii ... Anyway, persembahan pembukaan dan penutupan oleh Stacy memang gempak ...
K, itu saja coretanku kali ini...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...