Wednesday, August 26, 2009

Besi/wayar belum dapat ditanggalkan

Hari ini, kali kedua kami ke Hospital QEH bagi tujuan untuk menanggalkan besi/wayar di tangan Hadif tetapi malangnya, sekali lagi kami dimaklumkan oleh doktor pakar bahawa tulangnya masih belum berapa sambung lagi setelah lihat keputusan X-ray beliau. Risau juga tengok Hadif masih berkeadaan begitu. Dah sebulan lebih tak pergi sekolah sebab yang patah adalah tangan kanannya. Ini kena jumpa lagi 2 minggu dari sekarang.. Harap2 sebelum Raya dapatlah dibuka...


Kerana kerisauan tu, aku cuba cari2 di internet kot2 ada petua bagi untuk mempercepatkan sembuh patah tulang ni .. dan aku dapat satu petua yang dikongsi oleh BONDA seperti berikut


"Ayat 78 dan 79 surah Yaasin tu maksudnya macam nie..
[78]Serta ia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu), dan ia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil ia bertanya: “Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu?”
[79]Katakanlah: “Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya; dan Ia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya);

Khasiat ayat ni diberikan oleh penceramah Dr Fatimah Zahra.. orang Arab yang kahwin orang Kelantan tu..

Caranya.. sediakan air..bacakan surah Yaasin dari mula sampai akhir, 2 ayat di atas diulang 3 kali. Bacalah dengan penuh harapan agar Allah akan menyembuhkan si pesakit tadi.
Air tu buat minum dan sapu ke tempat sakit dalam keadaan sehala ke bawah. Amalkan selalu. InsyaAllah.. dengan amalan tadi mudah-mudahan dapat menarik rahmat Allah utk sembuhkan pesakit.

Sebenarnya, apa-apa kesembuhan pun dari Allah. Ikhtiarnya ada macam macam cara. Tengoklah mana yang sesuai dengan kondisi pesakit dan gerak hati kita yang mengusahakannya. Ape pun.. ikut pengalaman lepas.. kalau selalu beristikharah.. kita tidak akan menyesal dengan apa pun keputusan yang kita buat… sebab ianya di pandu oleh Allah.
Petua BONDA"


Insya Allah, akan ku ikut petua ni moga Hadif cepat sembuh dan besi tersebut dapat dikeluarkan 2 minggu akan datang.. Amiin...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...