Hari ini genaplah setahun aku tidak update blog ku, hanya sekadar ubah background sahaja tempoh hari...Entah kenapa ya, amat berat untuk tanganku menulis/menaip ataupun fikiranku buntu dek memikirkan sebenarnya ada lagi perkara yang lebih penting untuk ku lakukan selain memblog, menyebabkan aku tidak ada idea untuk dimasukkan di sini..Nama juga bukan Blogger Sepanjang Masa......chewahhhh...alasan....
Friday, March 11, 2011
Thursday, March 11, 2010
Klinik UPSR Fasa 1 di Sabah
Wui na..lamanya aku nda update blog... Maaflah yea kawan2 semua, ini bukan apa, ini dek kesibukan dengan rutin harianku samada di rumah dan tempat kerja lah. Mungkin aku ni belum layak untuk jadi blogger dan mungkin sedikit masa lagi, aku nak rehat la dari menulis di blog ni. Kalau dah tak ada post terbaru nanti maknanya aku rehatlah tu ya...
Saturday, January 9, 2010
Idola Kecil 2 - TV9
Minggu lepas aku berkesempatan tengok Final Idola Kecil 2 di TV9. Sebenarnya inilah kali pertama aku tengok rancangan ini dan tak perasan bila rancangan ini bermula. Tup2 dah final rupanya....
Bagi pandangan dan pendengaran aku yang buat pertama kali tengok rancangan ini, semua finalis memang berbakat besar dan sedap ja dengar suara2 diurang samada semasa mendendangkan lagu artis sedia ada mahupun lagu baru diurang... Mungkin kerana mereka budak2, jadi macam diurang tak segan2 keluarkan segala suara dan persembahan yang bertenaga.....
Persembahan yang paling aku suka tengok adalah dari Azzam iaitu semasa membawa lagu barunya dan juga Ain membawa lagu keduanya..(tak ingat dah lagu apa ya...). Si Tasya memang aku dengar macam artis dah sedia ada dan tak sangka dia baru berapa tahun ja... Si Aril pula, semasa bawa lagu rock dan suara yang ala2 rock gitu...Tak kurang juga persembahan dan nyanyian dari Dayana..Si Maulud, memang agak kurang dari segi vokal berbanding dengan yang lain tapi dia agak kreatif semasa membuat persembahan
...
...
Bila keputusan diumumkan tak sangka Dayana pula yang menang...Yang aku dengar lagu pertamanya, pada mulanya macam tak berapa clear ja suara tapi bila korus baru OK..dan lagu barunya macam tak sedap ja.....walaubagaimanapun, keputusan dahpun ditentukan oleh juri2 profesional yang lebih arif dan telah mengikuti perkembangan finalis dari mula rancangan ini hingga ke rancangan akhir...Lagipun, Dayana ni ada packagelah orang bilang....Bila dia bawa lagu barunya kali kedua selepas diumumkan sebagai pemenang, macam sedap pula dengar...
Dan yang aku perasan, budak2 ni nyanyi tak pakai kasut bertumit tinggilah..(Tasya, Ain dan Dayana)..mungkin belum biasa agaknya...Kalau dah pakai kasut tinggi betul2 dah penyanyi profesional...
Semoga mereka sukses dalam apa jua bidang diceburi kelak dan tak lupa kepada pelajaran mereka untuk menjamin masa depan masing2....
Monday, January 4, 2010
Hari pertama sekolah Miza dan Yati
Hari ini adalah hari pertama Miza naik ke Tingkatan Satu dan Yati masuk Darjah Satu. Memandangkan diurang masuk ke sekolah yang berlainan, terpaksalah juga kami berbagi dimana papanya hantar Miza dan aku hantar Yati ke sekolah. Bukan apa, sebab ada beberapa perkara lagi perlu diuruskan seperti pembayaran dan lain2 nya..
Ini gambar diurang dalam kereta...Yati nampak excited mau pergi sekolah baru dengan pakaian, stail dan yang penting penampilan baru nya...Miza nampak rileks ja...


Ini gambar Yati semasa dalam kelas..Pada mulanya agak susah juga nak lepas, mungkin tengok suasana baru dan kawan2 baru dia jumpa serta cikgu2 baru..kalau di Tadika dulu, dah biasa dengan suasana di situ dan murid2 sedikit sahaja bilangannya berbanding dengan sekolah rendah ni, murid agak ramai ... jadi ada sedikit kerisauan agaknya ...


Rasanya sekarang ni time rehat di sekolahnya, diharap Yati sudah dapat dapat menyesuaikan diri dengan suasana sekolah tersebut ....Bukan untuk hari ini sahaja malah untuk hari2 berikutnya .............
Friday, December 18, 2009
Salam Maal Hijrah..
Salam Maal Hijrah untuk semua moga di tahun ini dan tahun2 yang akan datang kita dapat mempergunakan setiap saat ke jalan yang di redhoi ..Insya Allah...
Begitu jugalah dengan diriku dimana hari ini adalah hari yang amat bermakna juga buat diri ku iaitu dah bertambah setahun lagi aku telah hidup di dunia ini dan semoga saki baki hidupku dapat aku gunakan dengan sebaik mungkin ... Moga aku senantiasa diberi hidayah dan petunjuk... dan aku berdoa bersempena juga dengan Maal Hijrah ini "semoga perjalanan hidup ini senantiasa di jalanMu ya Allah ".. Amiin ...
Sebenarnya, aku malas nak sambut2 birthday ni, tetapi memandang Nisa punya birthday sehari awal dari tarikh lahirku, jadi secara tidak langsung sambutlah sekali. Taklah seramai mana dan se "glamour" mana atau semewah mana, cuma jemput sedara mara terdekat dan majlis dimulai dengan bacaan doa selamat dan kesyukuran oleh bapaku dan sedikit jamuan yang sempat aku sediakan untuk dinikmati bersama...
Tuesday, December 8, 2009
Sentuhan Ibu bapa - Dr. Mohd Shukri Abdullah Ph.D

Buat masa ini aku sedang membaca buku "Sentuhan Ibu Bapa - Anakku Bijak Belajar" hasil tulisan Dr. Mohd Shukri Abdullah Ph.D. Setakat ini belum habis lagi tetapi aku nak kongsi beberapa kata2 hikmah atau panduan yang aku dapat dalam buku ini. Mungkin kata2 ini sebagai pendorong atau sebagai peringatan khususnya untuk diriku sebagai seorang ibu yang mempunyai anak dan inginkan kehidupan yang cemerlang untuk anak2 di masa hadapan atau semasa diurang dah bawa haluan masing2.
Kadang2 kita rasa kita sudah tahu cara untuk mendidik atau beranggapan bahawa semua perkara memang sudah sedia maklum kepada kita seperti cara2 mendidik. Tetapi dengan membaca buku seperti ini barulah kita menyedari bahawa ada perkara yang sememangnya kita tahu tu, sebenarnya kita tidak praktik kan...atau kita buat juga tetapi tidak secara berterusan dek kesibukan kita dengan kerjaya atau urusan lain...
Antara petikan yang aku tertarik adalah
1. "Kita berpeluang mendidik anak kita sekali sahaja sementara mereka masih bersama kita. Masa berjalan begitu pantas sekali dan anak2 membesar dengan cepat dan suatu hari nanti mereka akan membawa haluan masing2".
Petikan tersebut menyedarkan kita supaya setiap detik dan saat itu terlalu berharga sekali.. Peluang yang hanya datang sekali sahaja ini, kita harus kita gunakan sebaik mungkin walau terpaksa berkorban masa , wang ringgit dsbnya.
2. "Kadangkala kita terlalu cenderung memenuhi keperluan dan keinginan anak dengan apa yang kita tidak dapat sewaktu kita membesar dahulu sehingga kita lupa untuk memberikan kepada mereka apa yang pernah kita dapat sewaktu kita dibesarkan - James Dobson".
Pada hakikatnya, ramai ibubapa beranggapan begini termasuk aku juga kadang2. Aku tidaklah sekaya orang lain, tetapi rasanya aku mampu memenuhi apa sahaja kemahuan mereka dimana suatu ketika memang aku tidak dapat semasa kecilku.
3. "Disiplin diri bermakna memaksa diri membuat apa yg kena buat, pada masa yang kena buat dan buat bersungguh2, buat samada suka atau tidak suka buat."
Ini satu perbuatan yang amat penting sekali bagi setiap individu samada dia ibubapa mahupun anak sekali pun jika inginkan sesuatu kejayaan...
4. "Kepintaran bukanlah ukuran terbaik yang menentukan kejayaan masa depan seseorang. Hanya sebahagian kecil sahaja daripada mereka yang pintar, berjaya dan cemerlang. Kalau begitu, apakah yang ada pada mereka yang berjaya?. Yang berjaya adalah mereka yang telah mempelajari tentang matlamat serta cara menentukan matlamat sebelum mereka tamat sekolah menengah. - Michele Borba".
Yang ini memang tidak dinafikan dimana kepintaran seseorang bukan penentu kejayaan seseorang dalam hidupnya.. Ada beberapa contoh yang pernah kita baca di dada akhbar, TV mahupun radio...
Sesiapa yang nak tahu apa lagi yang terkandung dalam buku ini, sila lah ke kedai2 buku yang berdekatan sekarang..(Macam promosi pula aku ni ya..). Memang akan ku buat buku ini sebagai rujukanku untuk mendidik anak2 ku yang sedang membesar sekarang.. Insya Allah..Aku mengharapkan yang terbaik sahaja untuk anak2 ku..Amiin..
Subscribe to:
Posts (Atom)